Cerpen : Musafir Dari Tuhan Kepada Tuhan

Salah satu minat saya ialah menulis.

Salah satunya ialah ingin menulis novel dan cerpen.

Namun, minat menulis novel kadang-kadang datang kadang-kadang hilang.

Akhirnya,  sebuah novel pun saya gagal menghasilkannya.

Novel yang tergendala sampai sekarang ialah Musafir : Dari Tuhan kepada Tuhan yang berjaya saya tulis hanya 7 mukasurat sahaja.

Anda boleh membacanya dengan mendownloadnya di sini.

Saya amat berterima kasih jika pembaca semua memberi komen atas penulisan tersebut untuk saya kembangkan.

Amin Al-Kalantani

Advertisement

Madrasah Tarbiyyah Hassan Al-Banna oleh Yusof Qadhawi

Sebuah buku karya Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang membicnangkan dengan tuntas faktor-faktor dan prinsip seputar Madrasah Tarbiyyah Imam Hasan Al-Banna. Syeikh Yusuf Qardhawi sendiri merupakan ahli Jamaah Ikhwanul Msulimin yang menerima didikan secara langsung daripada Hasan Al-Banna. Di dalam bukunya Pengalamanku bersama Ikhwanul Muslimin beliau menceritakan setiap detik-detik yang di alami sepanjang bersama jamaah ini.


Di dalam buku ini, Yusf Qadhawi menjelaskan aspek-aspek yang terdapat di dalam Madrasah Tarbiyyah Ikhwanul Muslimin yang sejajar dengan methodologi pendidikan di dalam ajaran Islam sendiri. Beberapa ciri-ciri dan sifat tarbiyyah jamaah ini di kemukakan untuk menjelaskan keseriusan jamaah Ikhwan dalam membina peribadi-peribadi muslim yang syumul keIslamannya.

Menurut Al-Qadhawi,

Pendidikan Islam menurut pengertian Ikhwanul Muslimin dan penerapannya mempunyai ciri-ciri khas yang menonjol, yang terpenting ialah :

1. Tekanan pada segi Ketuhanan

2. Sempurna dan lengkap

3. Keserasian dan keseimbangan

4. Bersifat kreatif dan membina

5. Persaudaraan dan kesetiakawanan

6. Beridentiti dan berdikari

Dan beliau menyatakan beberapa contoh praktikal bagaimana perlaksaan pendidikan ini dalam jamaah Ikhwanul Muslimin.

Di dalam muqaddimah kepada buku, Syeikh menyatakan beberapa faktor-faktor yang menyebabkan keberhasilan jamaah Ikhwan melahirkan peribadi-peribadi muslim yang soleh dan berjiwa dakwah. Faktor-faktor itu ialah;

Teruskan membaca

Kesan dan Pengaruh Maksiat Bahagian I

Alhamdulillah malam ini saya mengambil sedikit masa untuk membelek-belek beberapa buku yang berada dalam simpanan Maktabah AMRA.

Suasana semasa banyak memperihalkan soal-soal politik yang begitu PANAS dan GEMPAR.

Di celah-celah itu, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri.

Sebagai ahli gerakan Islam, kita wajib meneliti tajuk ini supaya generasi yang benar-benar ampuh dan mantap jiwanya dapat dibina bagi menegakkan panji-panji Islam.

Saya pilih dua buku untuk diulas dan diperbincangkan di sini.

Buku pertama bertajuk ‘Taubat Untuk Allah’ karangan Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi yang ditejemahkan oleh Ustaz Mohammad Zaini bin Yahya.

Buku ini mengandungi 7 bab keseluruhannya.

Bab 1 : Kewajipan dan keperluan bertaubat

Bab 2 : Ciri-ciri asas taubat

Bab 3 : Kesempurnaan taubat serta hukum-hukum berkaitan dengannya

Bab 4 : Dosa yang dituntut bertaubat serta pembahagiannya

Bab 5 : Faedah bertaubat

Bab 6: Penghalang-penghalang taubat

Bab 7 : Pendorong-pendorong taubat

Buku kedua ialah Penyakit Rohani dan Penyembuhannya karangan Ibnu Qayyim al-Jauziyah.

Buku ini dibahagikan kepada beberapa fasal. Saya akan memfokuskan kepada beberapa fasal yang bersangkutan tajuk di atas.

Teruskan membaca

MERDEKAKAH KITA?

Semalam saya pergi ke GIANT Seksyen 13 kerana ada urusan di Pejabat Pos di sana. Sementara menunggu giliran, saya sempat berlegar-legar di ruang jualan buku-buku second hand yang dijual dengan harga yang murah.

Saya telah membeli 3 buku. Tajuk buku-bukunya ialah PILIH BELAIAN ATAU PUKULAN (Karangan Drs. Wahid Litfullah), HORIZON BARU DALAM PENDIDIKAN ISLAM (Karangan Syed Ali Ashraf dan Seyyed Hussein Nasir diterjemah oleh Ismail Ahmad) dan RUH TAUHID DALAM GERAKAN ISLAM (karangan Ustaz Ramli Awang).

Sekarang saya sedang bertumas mengkhatamkan buku RUH TAUHID DALAM GERAKAN ISLAM. Buku ini diterbitkan pada tahun 1989 oleh Al-Rahmaniah, Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia.

Hari ini saya ingin mengkoreksi satu tajuk berkait rapat dengan ISU SEMASA hari ini khususnya di MALAYSIA. Tarikh 31 Ogos sememangnya ditunggu oleh segenap lapisan masyarakat kerana tarikh bersejarah. Tarikh Penjajah meninggalkan Tanah Air kita.

Tajuk tersebut ialah dalam BAB 3: MENGHIDUPKAN KEMBALI RUH AL-TAUHID DALAM MASYARAKAT UMAT ISLAM (MS 109) dalam fasal 1: Ruh al-Tauhid dan Kemerdekaan Hakiki (ms 109). Anda boleh membuat rujukan pada buku tersebut jika anda memilikinya.

Saya hanya memetik beberapa point penting dalam buku tersebut sahaja untuk kita perbahaskan bersama. Ianya juga boleh dibawa perbincangan lanjut dalam USRAH-USRAH kita. Saya memetik pada perenggan ke-5 dalam fasal ini iaitu :

“Sesungguhnya kami merasakan begitu kesal dan kekesalan ini dirasakan juga oleh setiap du’at(pendakwah) yang benar-benar ingin memerdekakan manusia, bilamana kita melihat berpalingnya fahaman tauhid dari hakikat dan realiti yang sebenarnya di  zaman kita ini. Kefahaman yang mendasari kandungan asas keagamaan sebenar sudah tidak diberi perhatian lagi sebagai suatu kefahaman kearah mendalami tujuan pembebesan ummat manusia serta menyedarkan mereka terhadap sifat-sifat kemanusiaan yang kini sedang ditindas dengan begitu hebat”.

KEMERDEKAAN HAKIKI

Teruskan membaca