



Saya sebenarnya amat kagum dengan Ust Riduan Mohd Nor yang terus istiqamah menerbitkan buku-buku berunsurkan perjuangan Islam.
Sebelum beliau pergi bersama dengan beberapa ajk MUSLIMCARE ke Gaza, saya sempat mendengar khutbahnya di Masjid Ibtisam, TTDI Shah Alam.
Saya sudah menjangkakan akan terbit satu buku lagi oleh Jundi Resources yang dimiliki oleh beliau sendiri yang bertemakan Gaza.
Minggu lepas saya tercari-cari juga untuk memiliki buku ini sebagai koleksi MAKTABAH AMRA di rumah kami.
Namun, saya terlebih dahulu meminjamnya daripada seorang rakan sekerja dan seperjuangan dek kerana sangat teruja ingin mengetahui butir-butir yang terkandung dalam buku ini.
Saya cuba menyelami yang tersirat dan tersurat di sebalik buku ini untuk dikongsi bersama.
Tajuk buku beliau ialah Gaza Menangis: Menelusuri Sejarah Perjuangan Palestin dan Pembantaian Di Gaza merupakan karangan dua tokoh muda gerakan Islam iaitu Aris Hazlan Ismail dan Riduan Mohamad Nor.
Buku ini mengandungi 11 bahagian yang penting.
Isi kandungannya ialah :
1.Sejarah Duka Palestin
2.Semenanjung Gaza : Wilayah Kecil Yang Dipenjara
3.Cast Lead Serangan Paling Kejam Dekad Ini
4.Reaksi Pemimpin Dunia
5.Rakyat Malaysia Sepakat Kecam Keganasan Yahudi
6.Pemimpin Yang Terbunuh
7.Mesir Mendera Mangsa Gaza?
8.Mengenali Kumpulan Pejuang Palestin
9.Catatan Saksi Mata Pembantaian Gaza
10.Hassan al-Banna dan Ikhwanul Muslimin Menjuarai Isu Palestin
11.Galeri Foto
Pada bahagian yang ke-9, dinyatakan sendiri pengalaman beliau (Ust Riduan Mohamad Nor), bersama rombongan MUSLIM CARE Sdr Hj Zulkifli Wahijan dan Sdr Zul Nani semasa lawatan jihad mereka ke bumi Palestin.
Tidak mudah untuk mereka bersama dengan NGO lain untuk melepasi sempadan ‘Rafah Crossing’.
Saya memetik satu kenyataan dalam buku ini pada m/s 142:
“Keterujaan kami untuk memasuki Gaza telah mampu memadamkan istilah lapar pada hari itu. Aahh…..orang Gaza sedang berlapar” pujuk hati saya yang biasanya tidak boleh berkompromi dengan kelaparan.
Ikutilah kisah dalam buku ini bagaimana akhirnya mereka berjaya menembusi sempadan Rafah dan menuju ke bumi Jihad Ghazzah!
Buku ini hanya berharga RM20.00 sahaja, tidak rugi anda memilikinya.
Nilai pengalaman yang mereka perolehi tidak dapat dibayar dengan nilai wang ringgit kerana mereka mempertaruhkan nyawa mereka untuk ke bumi jihad ini.
Sila miliki buku ini. Klik di sini.
Lawatan jihad anggota MUSLIMCARE ini juga ada tercatat pada majalah Milenea Muslim terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Mac 2009 Bil.79 Tajuk Khas : Air Mata Gaza.
Anda boleh membacanya pada muka surat 17 sehingga 21.
Catatannya cukup menarik dan menyayat hati kerana disertakan gambar-gambar kesan tragedi di Ghazzah.
Masih tergiang-ngiang di telinga saya Ucapan Ketua Whip Parlimen Palestin ketika beliau berucap di Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar.
Ucapannya penuh inspirasi iaitu:
“Sesungguhnya JIHAD di Palestin adalah PINTU kepada kebangkitan ISLAM!”.
Kepada pembaca budiman semua apakah tindakan kita selepas berlalunya tragedi Ghazzah ini.
Tindakan secara berterusan yang kita boleh laksanakan ialah :
Teruskan membaca →