Freemason & Iluminity

Salam Perjuangan,

Mereka merancang dan Allah merancang, dan sesungguhnya perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik.

Di hujung minggu lepas saya cuba melihat dokumentari The Arrival yang mempunyai 50 siri. Anda boleh download vedio di www.wakeupproject.com.

The Arrival merupakan siri penerangan dan pembongkaran mengenai teori kewujudan Dajjal yang telah dikhabarkan oleh Baginda SAW.

Setelah meneliti beberapa siri, kali ini saya cuba mengulas perihal agenda Freemason.

Freemason merupakan organisasi rahsia yang mencetuskan New Wordly Order.

Antara objektif mereka ialah mengawal pemikiran manusia seawal usia mereka.

Antara media untuk mendekati kanak-kanak ialah melalui animasi kartun, filem dan majalah-majalah.

Semua jenis ‘racun pemikiran’ digunakan agar jiwa dan raga kanak-kanak terfokus kepada hiburan, muzik, sex dan materialism.

Apa yang mengejutkan saya ialah, remaja seusia awal 7 tahun sudah mulai memahami apa itu seks.

Bahkan mungkin ada yang mungkin lebih awal.

Ini merupakan kisah benar yang diceritakan kepada saya.

Bagaimana organisasi ini melemahkan pemikiran anak-anak kita agar agenda mereka untuk menguasai dunia berjaya tanpa ada tentangan.

Semua ini berlaku dalam keadaan kita tidak sedar.

Awas! Filem terkini misalnya Transformer mempunyai racun pemikirannya tersendiri.

Awas! Filem-filem daripada Barat kebanyakkanya meracuni pemikiran anak-anak kita dan diri kita sendiri!!

Awas! Mungkin anda dan keluarga anda telah dikawal oleh Dajjal!

Dalam siri yang berikutnya saya akan cuba mengulas beberapa teori konspirasi yang dilakukan oleh Barat ke atas dunia umat Islam.

Semua agenda ini menunjukkan bahawa Dajjal sudah wujud.

Kita sebagai umat Islam perlu berpegang teguh dengan al-Quran & Sunnah agar tidak terpesong dengan rancangan dajjal ini.

Agenda mereka telah menjalar masuk ke dalam seluruh struktur sistem social, ekonomi, politik, sukan, pentadbiran dan sistem pendidikan.

Awas!!!!

Beberapa kajian lanjut boleh anda baca di blog berikut :

http://pewarismalaysia.blogspot.com

Amin Al-Kalantani

Advertisement

Panduan Bijak Menggunakan Internet

Alhamdulillah dalam berita semalam seingat saya, Malaysia antara negara yang rakyatnya banyak memanfaatkan internet.

Atas faktor itu saya telah mengambil inisiatif yang kerdil ini untuk menulis serba sedikit panduan bijak menggunakan internet.

Antara objektif yang saya letakkan ialah :

OBJEKTIF

1.Memberi panduan kepada pengguna internet untuk menggunakan internet secara bijak.
2.Memberi langkah-langkah penting dalam memaksimumkan penggunaan.
3.Menetapkan disiplin-disiplin dalam penggunaan.

Seringkali kita berhadapan dengan masalah dengan internet.

Apa yang kita hendakkan tidak pula kita ketemui, sebaliknya kita telah menerewang ke tempat lain yang bukan asal tujuan kita.

Teruskan membaca

Bagaimana anda membaca akhbar?

Suatu pandangan

Malam ini di kesempatan cuti hujung minggu, saya membelek-belek HARAKAH edisi Jumaat. Sebenarnya sejak banyak akhbar online, saya sudah jarang membeli akhbar hardcopy. Saya rasa saudara/I pun sama.

Permasalahan

Masalah yang dihadapi setiap orang ialah dalam banyak2 lambakan isu di dalam akhbar, yang mana patut didahulukan? Bahagian mana yang patut dibaca dengan penuh perhatian dan yang mana dilihat sepintas lalu ataupun mungkin tak dilihat langsung.

Skill ini mungkin berbeza-beza di antara setiap orang. Saya sendiri mengakui diri masih lemah untuk membaca akhbar mengikut garis panduan yang sebenar.

Saya cuma berkongsi bagaimana saya membaca akhbar. Akhbar online yang saya terjah setiap hari ialah http://harakahdaily.net, http://malaysiakini.net, http://klpos.com dan http://utusan.com.my.

Pastinya kita tidak mampu menghadam kesemua maklumat yang dipaparkan di dalam akhbar. Mungkin hambatan masa dan kekangan tanggungjawab yang menyebabkan kita tiada kesempatan membaca satu persatu isu-semasa.

Saya ambil contoh HARAKAH. Jika diteliti HARAKAh, ia dibahagikan kepada beberapa bahagian : Teruskan membaca

MELAYU VS JEPUN

Hari ini saya sempat YM dengan seorang senior yang sedang menyelesaikan PHD di Japan.

Antara yang dinyatakan sikap jepun ialah :

bersih,cekap,amanah,jujur,sabar,x rasuah, dll yg islam suruh….

Antara yang dinyatakan sikap melayu :

Tapi pun kalau kita tengok…..banyak org yang beriman pun…tak boleh tanding dgn budaya jepun….kadang-kadang kita cakap saja…..masa pun kita tewas….kita tengok meeting org PAS…..cukuplah…..kebersihan masih jauh ……pi saja masjid….tandas pun kotor…….banyak lagi yang kita tak ikut…..utk tunjukkan imej islam itu baik ….terutamanya kat org jepun…..

Teringat satu hadist akhir zaman:

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”.

H.R al-Baihaqi

Keterangan

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su’ yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa

Islam tidak lagi dilaksanakan secara menyeluruh. Islam hanya diamalkan jika berkenan dengan hati sahaja.

Itulah reality yang berlaku dalam dunia Islam. Kita punya rujukan yang baik, tetapi sebahagian besar antara kita merujuk kepada BARAT LIFESTYLE. Kita kini hilang identity.

Bila sebut ummat Melayu Islam, bagaimana orang bleh membayangkan ciri dan perlakuan kita? Bila sebut ummat Jepun, tergambar akan kegigihan mereka dan punch time dan sebagainya.

Kesimpulan saya

Teruskan membaca

PENGARUH BOLA

Malam ini sewaktu pergi mesyuarat di seksyen 9, saya telah melalui jalan stadium shah alam. Pelik juga kenapa ramai sangat orang malam ni. Bersusun-susun kereta.

Biasanya ramai macam ni kalau ada ceramah-ceramah umum anjuran PR. Tapi malam ni rasanya tak ada ceramah. Saya cuba berfikir sejenak apalah agak-agaknya. Tengok dari jauh stadium bergitu cerah. Sahlah ada perlawananan bola sepak.

Saya cuma tidak pasti kumpulan mana yang sedang bertanding. Tapi pastinya kumpulan yang bertanding ini bukan calang-calangnya kerana menarik begitu ramai penonton.

Mungkin perlawanan Chelesea dan Malaysia kot. Saya baru teringat. Wah adakah ini namanya pengaruh? Tidak perlu dipaksa hadir. Semua yang hadir datang dengan sukarela. Ingin melihat aksi setiap pasukan bola sepak yang mereka minat.

Saya cuba menyamakan dengan teori politik yang saya telah belajar melalui ILHAM. Sahlah ini dalam kategori pengaruh. Pengaruh bola! Ini kerana ramai yang datang sanggup menghabiskan wang, minyak, masa dan lain-lain kerana nak tengok bola.

Teruskan membaca

Muzakarah PAS dan UMNO

Pada pandangan peribadi saya, saya tidak bersetuju dilaksanakan muzakarah PAS dan UMNO waktu sekarang. Tapi untuk masa akan datang bleh dipertimbangkan.

Apapun saya sediakan link para pembaca membaca pandangan-pandangan di bawah :

Ust One-G

http://al-bakistani.blogspot.com/2008/07/muzakarah-ditayangkan-dalam-tv.html

Ust Nik Abduh

http://nikabduh.wordpress.com/2008/07/21/politik-damai/

Saya tinggalkan anda dengan pendapat ini. Mudah-mudahan membantu kita membuat pendirian.

ANTARA CINTA DAN TANGGUNGJAWAB

ANTARA CINTA DAN TANGGUNGJAWAB

“Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumah tangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga”

Majalah anis

Begitulah ungkapan sisipan dalam majalah anis. Isteri saya yang menunjukkan sisipan itu kepada saya . Saya berfikir sejenak apabila membaca bait-bait kata di atas. Cuba menghayati apakah di sebalik pengertian kata-kata yang diungkapkan.

Sekilas pandang, saya tidak bersetuju. Saya nyatakan ketidak setujuan saya kepada isteri saya dengan beberapa alasan.

Pertamanya, cinta itulah melahirkan tanggungjawab. Tanpa cinta, tanggungjawab akan menjadi lesu dan tempang. Tanggungjawab tanpa cinta seolah-olah ‘kosong’ dari perasaan. Cinta dan tanggungjawab tidak dapat dipisahkan.

Seringakali saya berbincang dengan isteri. Kami bersetuju bahawa rumahtangga kami di bina atas prinsip aqidah Islam. Aqidah Islam yang membawa cinta (hubbul) kepada Allah dan RasulNya lebih tinggi daripada segala-galanya.

Keduanya, hujjah saya ialah cinta bukan sekadar keindahan perasaan. Cinta ialah makhluk Allah yang diletakkan dalam diri manusia sebagai pelengkap kepada insan.

Firman Allah SWT :

Cintalah yang melahirkan tanggungjawab. Jika kita cinta Allah dan Rasul lebih dari segalanya, maka kita akan bertanggungjawab untuk bekorban apa saja.

Ketiganya, hujjah saya cinta tidak akan berubah menjadi tanggungjawab apabila berumahtangga kerana cinta adalah seiringan dengan tanggungjawab. Cinta adalah adunan dengan tanggungjawab.

Saya menyampaikan hujjah kepada isteri. Nampaknya, isteri saya mengangguk-angguk tanda setuju.

Saya berfikir kembali ungkapan di atas dengan reality masyarakat hari ini. Dari satu sudut saya menolak ungkapan di atas dan dari sudut reality hari ini ia boleh diterima.

“Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga” inilah yang menyebabkan rumahtangga kosong dan tidak ceria sebagaimana awal perkahwinan. Cinta tidak dapat disuburkan kerana tanggungjawab bertumpuk-tumpuk.

Masalah duit, masalah anak-anak, masalah hutang dan pelbagai lagi telah menyebabkan pasangan kekasih (suami dan isteri) tidak dapat menyuburkan cinta dalam rumahtangga mereka.

Sebenarnya cinta tidaklah 100% bertukar menjadi tanggungjawab. Cinta itu tetap ada. Tidak berubah sepenuhnya menjadi tanggungjawab. Pada pandangan saya, cinta tetap ada cuma tidak disuburkan akibat tanggungjawab yang pelbagai. Fokus tidak lagi pada cinta tetapi fokus kini lebih kepada tanggungjawab.

Saya tinggalkan ulasan saya di sini. Saya pohon membaca memberi komen lebih lanjut. Komen pembaca setia semua saya amat alu-alukan. Wallahua’alam.

Dialog Antara Artis dan PAS

Isu hangat di Selangor hari ini ialah apabila Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) telah menghantar memorandum bantahan kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana bercadang menjemput artis Mas Idayu dan Ella sempena program Sambutan 100 hari Kerajaan Selangor dan Pesta Bola Sepak.

Saya sempat membaca beberapa respon artis berkaitan dengan usaha DPPNS ini untuk membantah tindakan kerajaan Selangor menjemput artis-artis ini. Ada yang respon begitu marah kerana PAS telah berusaha menghijaukan semua orang. Ada unsur-unsur politik dalam hal ini.

Masa membaca komen artis ini di Malaysiakini.com/bm yang bertajuk BANTAH KONSERT ‘EGO ORANG AGAMA’ saya mulanya ‘naik angin’ juga. Adalah dalam hati sebut jahil benar artis ini, tak belajar ISLAM ke apa. Tapi saya cepat-cepat beristighfar mudah-mudahan Allah SWT memberi petunjuk kepada artis ini. Saya yakin mereka masih belum faham terhadap message PAS yang terasnya ISLAM. Mereka Nampak kalau teguran dari PAS, semuanya itu semata-mata politik.

Respon mereka ini bagi saya berpunca daripada kejahilan yang dihasilkan oleh tarbiah UMNO dan BN. Artis telah diberikan tempat yang tertinggi berbanding mufti, ulama’, pemimpin dan cendiakawan. Tiada satu program khusus untuk memberikan kefahaman yang jelas dan terang kepada artis-artis kita tentang ISLAM dan kehidupan. Akhirnya mereka tidak faham dengan CARA HIDUP ISLAM.

Lantaran kejahilan itu, saya berpendapat inilah masanya PAS mencadangkan satu dialog terbuka antara PAS dan artis-artis. Dialog ini adalah bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan yang akan dilontarkan oleh artis-artis. Boleh menjemput sama artis-artis seperti Amy Search, Akhil Hay, para nasyid, Ramli Sarip, Mawi dan lain-lain.

Dialog ini mestilah ditetapkan beberapa perkara. Objektif dialog. Susun atur dialog. Garis panduan dialog. Soal-jawab dan sebagainya yang difikirkan perlu. Usaha ini pada pandangan saya mesti bermula daripada Dewan Pemuda PAS Selangor itu sendiri. Selepas menghantar memorandum, DPPNS perlu menyatakan kepada artis secara ‘face to face’ kenapa mereka membantah artis tersebut, bukan menolak secara total seni dan kesenian itu sendiri.

LIHAT BERITA BERKAITAN :

PEMUDA PAS BANTAH KONSERT BABITKAN MAS IDAYU DAN ELLA

BANTAH KONSERT ‘EGO ORANG AGAMA’

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT BERSAMA NON-MUSLIM

BENTUK SYARIAH YANG DIJAHILI OLEH PKR DAN DAP

MINYAK NAIK, NAIK MINYAK

SEBAGAIMANA YANG DIMAKLUMI HARI INI MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI MERAMALKAN HARGA MINYAK AKAN NAIK. SEMUA ORANG MAKLUM, BILA MINYAK NAIK SEMUA ORANG PUN NAIK MINYAK!

KESAN KENAIKAN MINYAK AKAN MENYEBABKAN SEMUA HARGA KEPERLUAN MENINGKAT. SARA HIDUP MENINGKAT DSBGNYA. GAJI TAK NAIK-NAIK JUGAK. HARAPNYA KERAJAAN MEMBERIKAN REASON DAN FAKTA YANG JELAS UNTUK DITERANGKAN PADA RAKYAT JIKA MINYAK TERPAKSA DINAIKKAN JUGA!

CELIK POLITIK

NAMPAKNYA POLITIK DI MALAYSIA SEMAKIN PANAS SELEPAS TDM KELUAR DARIPADA UMNO. ORANG-ORANG POLITIK YANG BIJAK MEMBACA SITUASI MEMBERI PANDANGAN MASING-MASING DENGAN STRATEGI TERBARU TDM.

FENOMENA POLITIK INI SEJAUH MANA MEMBARI IMPAK KEPADA MASYARAKAT KHUSUSNYA ORANG MELAYU? BAGAIMANA RAKYAT MARHAIN MEMERHATIKAN ISU INI? MENILAI SETIAP TINDAKAN YANG DIBUAT OLEH PEMIMPIN DARI KERAJAAN ATAUPUN PAKATAN RAKYAT?

RAKYAT SEPATUTNYA SUDAH CELIK POLITIK. RAKYAT SEHARUSNYA BANGUN MENYATAKAN PENDIRIAN. HARI INI SEOLAH-OLAH RAKYAT DIPERMAINKAN OLEH PEMAIN-PEMAIN POLITIK. RAKYAT SEOLAH-OLAH TUKANG SORAK KEPADA SEBUAH PERLAWANAN BOLA SAHAJA. MENANG SORAK SAHAJA.

SITUASI POLITIK SEMASA HARI INI SEMESTINYA MENGAJAK KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA BINGKAS BANGUN MEMBACA DAN MENGKAJI POLITIK. POLITIK RAYKAT UNTUK RAKYAT.

ORANG POLITIK BERGADUH RAKYAT YANG TERSEPIT. RAKYAT TIDAK MENDAPAT HAK YANG SEWAJARNYA. BANGUNLAH RAKYAT, CELIK POLITIK DAN NYATAKAN PENDIRIAN HATTA KALAU BOLEH PRU13 BOLEH DIADAKAN DALAM TAHUN INI JUGA. BIAR JADI SEJARAH! 

PERINGATAN ALLAH BUAT YANG ALPA

SEMALAM SAYA MENYAMPAIKAN TAZKIRAH DI SURAU SALAH SATU APARTMENT DI PUNCAK ALAM, SELANGOR. MEMETIK BEBERAPA HADIS RASULULLAH SAW BERKAITAN DENGAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG AKAN BERLAKU DI AKHIR ZAMAN.

SAYA JUGA MENGULAS DAN MEMBAWA JAMAAH SUPAYA MEMAHAMI RENTETAN DEMI RENTETAN PERISTIWA BESAR YANG BERLAKU SEJAK AKHIR-AKHIR INI.

SETELAH TAUFAN NARGIS DI MYANMAR, GEMPA BUMI DI CHINA, DAN GEMPA BUMI DI INDONESIA APAKAH RAKYAT MALAYSIA MENDAPAT PERINGATAN DAN BERMUHASABAH DIRI?

APA YANG MENARIKNYA, PANGSAPURI TEMPAT SAYA BAGI TAZKIRAH ITU JUGA TURUT TERASA GEGARAN HASIL GEMPA BUMI DI INDONESIA. BEGITU ANEH SEKALI SEJAK AKHIR-AKHIR INI.

BUMI SEOLAH-OLAH DEMAM. DEMAM KERANA MANUSIA RAMAI TIDAK LAGI BERIMAN DENGAN PENCIPTANYA.

HANYA ORANG YANG BERIMAN AKAN MENGAMBIL PENGAJARAN!

242 BUDAK HILANG

ENTRY SAYA KALI INI MENYENTUH PERIHAL BUDAK HILANG. SEMENJAK DUA MENJAK NI ISU BUDAK HILANG KERAP KEDENGARAN. KALI TERAKHIR BUDAK HILANG YANG MENJADI KONTREVASI IALAH ADIK SHARLINIE. SEHINGGA HARI INI MASIH BELUM TAHU NASIB ADIK SHARLINIE. SEDIH!

242 BUDAK HILANG. ANTARA YANG PATUT DIFIKIRKAN SEMUA ISU INI IALAH :
1) SIAPAKAH YANG MENGHILANGKAN BUDAK-BUDAK INI SEMUA?
2) SIAPAKAH YANG PATUT DIPERSALAHKAN? IBUBAPA? POLIS? KERAJAAN? MASYARAKAT? PENJENAYAH DAN PENCULIK?SIAPA?
3) SEJAUH MANA MASALAH INI DIPANDANG SERIUS OLEH PIHAK BERWAJIB?
4) APAKAH MEKANISMA ATAU PERANCANGAN KITA UNTUK MEMPERTINGKATKAN LAGI TAHAP KESELAMATAN KANAK?

SEMUA INI SEPATUTNYA DIHADAM OLEH SETIAP AHLI MASYARAKAT. HARI INI ANAK SIPOLAN YANG HILANG. NTAH ESOK LUSA ANAK KITA PULA YANG HILANG.

LIHAT BERITA PENUH DI UTUSAN BERTAJUK 242 kanak-kanak hilang hingga Mac

242 kanak-kanak hilang hingga Mac

——————————————————————————–

KUALA LUMPUR 21 Mei – Sebanyak 242 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen (gambar).

Sambil melahirkan kebimbangan dengan jumlah tersebut, beliau berkata, fenomena itu menunjukkan kes kanak-kanak hilang tetap serius dan berterusan pada setiap tahun.

Jelasnya, ini dibuktikan, apabila sepanjang tahun lalu, sebanyak 1,168 kes dilaporkan manakala pada 2006 pula, sebanyak 1,478 kes kanak-kanak hilang.

”Secara purata, sebanyak 3.5 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam sehari dan hampir 80 peratus kes tersebut membabitkan kanak-kanak perempuan. Angka ini amat membimbangkan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Dasar Perlindungan Kanak-Kanak dan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak, di sini hari ini.

Selain kes kanak-kanak hilang, menurutnya, perangkaan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga meningkat saban tahun.

Jelasnya, pada 2002, sebanyak 1,242 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan dan jumlah tersebut semakin meningkat kepada 2,279 kes pada tahun lalu.

”Peningkatan ini melibatkan hampir sekali ganda dalam tempoh lima tahun dan saya juga dimaklumkan lebih 60 peratus mangsa penderaan ialah kanak-kanak perempuan,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, lebih 2,000 kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun di negara ini berada dalam penjara kerana terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah.

Katanya, 400 daripada mereka masih ditahan reman bagi menanti kes dibawa ke mahkamah.

Menurutnya, antara kesalahan jenayah yang dilakukan ialah samun, bunuh, jual cakera padat haram dan sebagainya.

”Saya dimaklumkan ada kalangan remaja ini yang terpaksa menunggu sehingga tiga tahun untuk kes mereka dibawa ke mahkamah.

”Sehubungan itu, kami akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membantu agar kes mereka dapat dipercepatkan,” katanya.