Peta Dewan Bunga Kertas. Klik di sini
Salam Perjuangan,
Sedar tak sedar Ramadhan 1430H bakal kita temui lagi tahun ini. InsyaAllah.
Suatu nikmat yang dianugerahkan Allah SWT sebagai peluang kepada kita semua untuk bertaubat dan memperbaiki mutu iman & takwa.
Sudah banyak peluang yang Allah SWT berikan kepada kita, sebanyak itu juga kita terleka.
Peluang ini juga saya memohon kemaafan daripada anda semua yang mengenali dan juga penjenguk blog amin1982.wordpress.com yang bakal cukup umur 3 tahun pada 9/9 akan datang.
Semoga blog ini terus bernafas untuk memberi kebaikan kepada semua.
Juga tidak lupa kepada para pejuang Gerakan Islam di Permatang Pasir (N11) mudah-mudahan Allah berikan kemenangan dunia & akhirat.
Juga kita mengharapkan agar dengan kehadiran ramadan tahun ini akan melenyapkan jua H1n1 di dunia ini dengan keberkatan doa dan ketaqwaan kita semua.
Akhirnya, saya hadiahkan anda satu puisi yang saya karang tahun lepas sebagai buah tangan untuk Ramadhan yang bakal akan tiba.
RAMADHAN & LAILATUL QADR
MATAHARI 30 SYABAN 1429
RAMADHAN
KAU HADIR LAGI TAHUN INI
HADIRMU PENUH PENGHARAPAN
SEGUNUNG HARAPAN BUAT PECINTA TUHAN
HADIRMU MEMBERI NAFAS BARU BUAT PEJUANGRAMADHAN
SILIH BERGANTIN SETIAP TAHUN
HADIRMU SEPI BUAT YANG BERJIWA MATERIALISMA
HADIRMU TIADA MAKNA BUAT YANG ALPA
HADIRMU TIADA ERTI PADA YANG LEKA
HADIRMU TIDAK TERASA OLEH MEREKA
RAMADHAN
AKU TERUS MEMASANG HARAPAN
AGAR RAMADHAN TAHUN INI
TERCATAT SATU PERUBAHAN
DALAM HIDUPKU YANG PENUH NODA DAN TITIK HITAM
KEMBALI KEPADA FITRAH
ITULAH YANG AKU HARAPKAN
RAMADHAN
TAWARANmu SUNGGUH BESAR
LAILATUL QADR MENJADI HARAPAN
SEMUA INSAN YANG BERIMAN
SEPANJANG RAMADHAN
HADAPILAH UJIAN DAN CABARAN
SEMOGA LAILATUL QADR MENJADI GANJARAN
RAMADHAN
MOGA RAMADHAN TAHUN INI CUKUP BEERTI
MENJADI TITIK MULA PERUBAHAN
PERUBAHAN KEPADA MUKMIN SEJATI
YANG MAMPU BERJIHAD MENEGAKKAN KEBENARAN
DI DALAM DIRIKU SENDIRI
KELUARGA, MASYARAKAT, NEGARA INI
YA ALLAH JADIKANLAH RAMADHAN
KALI INI RAMADHAN BEERTI BUATKU
MUHAMMAD AMIN BIN HJ CHE HASSAN AL-KALANTANI
8 RAMADHAN 1429
5.02 PM DI TRISYSTEM
Amin Al-Kalantani
https://amin1982.wordpress.com
Shah Alam
Salam kepada semua pembaca blog Amin Al-Kalantani.
Terima kasih atas sokongan kalian dengan blog ini.
Saya mengharapkan pandangan, kritikan dan sebagainya demi memantapkan lagi blog ini.
Saya tidak dapat untuk posting secara kerap dari hari ini sehingga 24 April.
Saya kena handle Internal FAT untuk projek Optimal Olefins di sekitar Bukit Jelutong.
InsyaAllah jika berkesempatan saya akan posting juga.
Amin Al-Kalantani
Minggu lepas saya sempat mendengar satu slot pengisian di IKIM.fm.
Penceramah jemputan itu ialah Professor Madya.Dr. Mohd. Arip Bin Kasmo.
Beliau telah mendedahkan satu kajian yang amat penting untuk kita perhatikan.
Saya telah menghubungi beliau melalui e-mail arip@ukm.my untuk mendapatkan hasil kajian tersebut.
Beliau dalam e-mailnya telah memberi link website terhadap kajian tersebut.
Kepada pembaca yang berminat bolehlah singgah di laman web ini. Sila klik di sini
maaf saya tak sempat nak update blog. sekadar memaparkan blog-blog yang bagus untuk dilawati.
http://www.kamparinn.blogspot.com
maaf kerana sudah lama tidak posting.
saya, isteri dan fatih demam-demam sejak dua hari yang lepas.
saya juga perlu segera menyiapkan projek Optimal sebelum 16/3 ini.
sebenarnya saya ingin berkonsgi serba sedikit berkaitan Kursus Sinergi Keluarga Bahagia bersama Ust SaifulIslam.com baru-baru ini.
akibat kekangan keadaan ini, saya menangguhkan dulu.
insyaAllah ada kelapangan masa, saya akan posting jua di sini.
Amin Al-Kalantani
KURSUS SINERGI KELUARGA BAHAGIA
BERSAMA
UST HASRIZAL (SAIFULISLAM.COM)
TARIKH : 1 MAC 2009 (AHAD)
MASA : 9.00 PAGI – 4.30 PETANG
TEMPAT:
DEWAN MBSA JALAN ADANG
BUKIT JELUTONG
ANJURAN :
MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK ZON 19
DAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT SEKSYEN U8
BAYARAN : RM50 PER INDIVIDU
CEPAT DAFTAR TEMPAT TERHAD UNTUK 50 PERSERTA TERAWAL!!!
HUBUNGI SAUDARA AMIN AL-KALANTANI DI TALIAN 019-7964780.
MAKLUMAT LANJUT KANDUNGAN KURSUS SILA KLIK DI SINI
MUHAMMAD FATIH BIN MUHAMMAD AMIN
HARI INI TANGGAL 23 SAFAR 1430 MAKA GENAPLAH USIA FATIH SETAHUN.
FATIH KINI SEDANG MEMBESAR.
FATIH JUGA SEORANG BAYI YANG AKTIF DAN CERGAS.
SERINGKALI JUGA SAYA ATAUPUN ISTERI MEMBAWA FATIH BERSAMA-SAMA DALAM MESYUARAT.
FATIH SEORANG ANAK YANG BAIK.
MUDAH-MUDAHAN FATIH MENJADI SEBAGAIMANA SULTAM MUHAMMAD AL-FATIH.
– AYAH & IBU –
ABU FATIH & UMMU FATIH
ALHAMDULILLAH, SEMALAM SAYA BERJAYA MENGUMPULKAN DALAM 7 ORANG PELAJAR YANG BERMINAT UNTUK MEMPELAJARI ASAS-ASAS BAHASA ARAB.
SAYA AMAT BERHAJAT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN DALAM BAHASA ARAB.
SAYA BERPANDANGAN BAHAWA BAHASA ARAB ADALAH BAHASA YANG PALING PENTING KERANA ALLAH SWT TELAH BERFIRMAN DALAM AL-QURAN :
MAKSUDNYA : Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. (sURAH YUSUF AYAT 2)
SAYA CUBA CARI BEBERAPA LAMANWEB YANG MEMBANTU DALAM MEMPERDALAMI LAGI BAHASA ARAB SAYA.
SAYA SENARAIKAN DI BAWAH INI :
1. APAKAH TUJUAN BELAJAR BAHASA ARAB?
2. http://www.durusarabiyyah.com
3. PANDUAN MUDAH BELAJAR BAHASA ARAB : http://www.belajarbahasaarab.com/
4. ARAB ONLINE. http://www.bahasaarab.net/
5.http://www.iiu.edu.my/arabic/rusli/
7.
ADA CADANGAN DARIPADA PEMBACA SEMUA?
BARU SEKEJAP AYAH SMS KHABARKAN ADIKKU FAIZAH DAPAT 9A DALAM PMR 2008.
TAHNIAH DARI KAMI SEKELUARGA.
SEMOGA FAIZAH TERUS CEMERLANG!
khwah satu Malaysia,
Angka kematian terkini 303 akibat serangan gila rejim Zionis bermula Sabtu. |
![]() Isnin,29/12/ 2008 –Sumber-sumber Palestin melaporkan pada hari Ahad bahawa tentera rejim Zionis telah mengebom beberapa kawasan dalam bahagian yang berbeza di emenanjung Gaza yang mengakibatkan lima Warga Palestin mati dan mencederakan beberapa penduduk . Jumlah yang maut akibat serangan Israel bermula pada hari Sabtu hingga kini berkedudukan pada 303 kematian manakala sekurang-kurangnya 1000 orang penduduk tercedera, 180 dengan kecederaan serius. Laman web berita Arabs48 melaporkan bahawa tentera rejim Zionis telah mengebom satu bengkel tukang besi dan sebuah rumah dalam kawasan al Zeitoun di Gaza City, seorang lelaki dan seorang wanita maut. |
PUTERI SOLEHAH MUJAHIDAH UMMAH
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” [As-Shafaat :100]
Baik Kawan Menunjuk Jalan