Catatan Hujung Minggu

Salam perjuangan buat sahabat/sahabiah,

Hujung minggu kali ini sedikit sebanyak telah menduga dan menguji kami sekeluarga.

Selepas program Seminar Pendakwah Muda pada 25 April (Ahad),  Fatih anak sulung saya demam.

Akhirnya hari khamis lepas Fatih kena tahan wad di DEMC kerana demam yang agak panjang.

Hampir semua kami sekeluarga  saya, zaujah, fatih dan ziyad demam.

Alhamdulillah hari ini Fatih dibenarkan keluar wad oleh Dr.Roliza. Alhamdulillah.

Badan fatih masih panas-panas sekitar 37-38 darjah celcius. Namun, petang tadi dah boleh main kereta kesayangannya.

“Gambar fatih dengan kereta kesayangannya”

Advertisement

Bersama Ust Hasrizal (SaifulIslam.Com)

image037

Pertemuan kedua saya dengan Ust Hasrizal

image034

Tenaga penggerak utama program Kurus Sinergi Keluarga Bahagia MPP19

Ini merupakan pertemuan kali ke-2 saya secara live dengan Ust Hasrizal (Saifulislam.com).

Pertama pertemuan ketika mengikuti kuliah haraki anjuran PAS Kawasan PUCHONG.

Pertemuan kedua semasa program Kursus Sinergi Keluarga Bahagia di Bukit Jelutong anjuran MPP19.

Saya mengambil peluang untuk berborak-borak dengan ust hasrizal waktu makan tengahari.

Saya ada menanyakan beberapa persoalan.

Pertama : Ust adakah orang barat yang dilihat baik disebabkan faktor ugama ataupun memang budaya mereka macam tu?

Jawapan ust : Mungkin faktor agama. Sebahagian disebabkan budaya mereka. Waktu kerja mereka buat sungguh-sungguh. Malam isnin depa enjoy habis-habisan.

Kedua : Ust, adakah sistem pendidikan kita kini yang melahirkan pelajar dan rakyat yang bermasaalah?

Jawapan ust : Mungkin ya. Sekolah di oversea ada yang melaksanakan sistem pendidikan yang tidak membezakan tahap kepandaian berdasarkan intelektual, sebaliknya berdasarkan kepandaian/jurusan bidang yang diminati.

Jawapan ust sudah saya tokok tambah.

Harapnya tidak lari dari tajuk.

Saya sempat minta ust coretkan sesuatu di buku autograf saya.

Teruskan membaca

Autograf & Nasihat Pemimpin

Pada 13 Safar 1427 sempena program Ijtima’ Nuqoba’ DPPP, telah tercetus idea untuk saya mengumpulkan autograf berserta nasihat beberapa figure yang saya ketemui.

Idea ini telah muncul apabila pertama kali bertemu dengan Ust. Nik Abduh Hj Nik Abdul Aziz.

Untuk posting kali ini saya akan berkongsi beberapa nasihat oleh beberapa pemimpin yang saya ketemui.

Ust Nik Abduh Hj Nik Abdul Aziz

Ust memetik kata-kata Ust Yahya Othman “Kita tidak cemas kalau PAS tiada tokoh koporat, tetapi cemas apabila PAS tiada yang boleh jadi IMAM” – 13 Safar 1427

Ust Riduan Mohammad Nor

Teruskan membaca

Minggu Yang Sibuk

Minggu ni adalah minggu sibuk buat kami sekeluarga. Jadual begitu padat. Setiap malam saya ada mesyuarat. Kadangkala, Isteri saya juga ada mesyuarat. Minggu ini memang sibuk.

Saya selaku Pengarah Program Induksi DPPSA perlu follow up AJK untuk memastikan program berjalan lancar pada 20/7/2008.

Hari Sabtu kami sekeluarga melawat Stokis HPA di Bukit Subang. Alhamdulillah saya dan isteri berusaha sedaya upaya untuk mempromosikan produk HPA. Gempur HPA!

Pagi Ahad, saya terus bergegas ke Sek 9 untuk program Induksi DPPSA. Sempat juga buka gerai HPA.

Penceramah pertama Ust Riduan Mohd Nor menyampaikan kuliah bertajuk Sejarah dan Pengenalan PAS. Penceramah kedua Ust Fadhli Ghani menyampaikan kuliah bertajuk Perlembagaan PAS.

Kehadiran pemuda sekitar 60 orang. Alhamdulillah kehadiran memberansangkan.

Saya juga membeli buku “Saat Cinta Bertasbih, Tribut untuk Tuan Guru” karangan Ust Riduan Mohd Nor. Bagus buku ni. Di dalamnya cerita-cerita kejayaan Kelantan selama 18 tahun PAS memerintah. Sedang berusaha mengkhatamnya.

jundi

Apapun minggu ni memang terisi. Banyak benda yang kena buat.

Terima kasih khusus buat isteri saya yang cukup memahami.


KULIAH BERSAMA UST MUHAMMAD FUAD

SEMALAM SAYA SEMPAT MENGIKUTI KULIAH UST MUHAMMAD FUAD DI SURAU BUKIT JELUTONG. MAJLIS DIMULAKAN DENGAN MEMBACA SELAWAT YANG DIKARANG OLEH AL HABIB UMAB BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDH.

UST MUHAMMAD FUAD MENEKANKAN BEBERAPA PERKARA:

1) SAMBUTAN MAULID NABI SAW ADALAH DIGALAKKAN DEMI MEMPERINGATI NABI SAW

2) TELAH TERJADI KEAJAIBAN ATAS DIRI NABI SAW SEBELUM DIANGKAT MENJADI RASUL

3) SEBAHAGIAN DIGELAR ULAMA TIDAK MEMAHAMI KONTEKS SAMBUTAN MAULID NABI SAW

APA YANG SAYA BOLEH SIMPULKAN IALAH TERDAPAT PERTENTANGAN DALAM MAULID NABI SAW. SATU GOLONGAN MENENTANG KERANA DIKATAKAN BID’AH DAN SEGOLONGAN LAGI MEMBENARKAN SAMBUTAN MAULID NABI SAW.

DALIL MEREKA YANG MENGATAKAN MAULID BUKAN AJARAN SUNNAH:

1) RASULULLAH SAW TIDAK PERNAH MELAKUKANNYA

2)ACARA MAULID TIDAK PERNAH PULA DILAKUKAN OLEH PARA KHULAFA’ ROSYIDIN ATAU SAHABAT-SAHABAT LAIN, TIGA GENERASI SELEPAS BAGINDA SAW

3) MAKSUD HADITH NABI SAW : BARANGSIAPA MENGADAKAN SUATU AMALAN BARU DALAM AGAMA KAMI YANG DI LUAR SYARIAT KAMI. MAKA AMALAN ITU TERTOLAK. HR IMAM AHMAD BIN HANBAL, AL-BUKHORI, MUSLIM DARI AISYAH RODIALLAHUANHA.

DALIL MEREKA YANG MEMBENARKAN MAULID NABI SAW:

1) KELAHIRAN NABI SAW MERUPAKAN NUR CAHAYA KEPADA SELURUH UMMAH

2) SEBAGAI TANDA KESYUKURAN ATAS KELAHIRAN RASULULLAH SAW

3) MEMPERINGATI RASULULLAH SAW

SAYA TETAP MENYAMBUT KELAHIRAN RASULULLAH SAW. TAPI TIDAK HANYA DIBULAN RABIULAWAL, TETAPI DI SETIAP MASA DAN KETIKA DENGAN MENGAMALKAN SEGALA AJARAN BAGINDA SAW. SEMOGA APA YANG KULAKSANAKAN INI MERUPAKAN SEBAHAGIAN TANDA CINTAKU KEPADA NABI SAW.

 

Halim Bustaman

Semalam di Cabot, Shah Alam aku terjumpa dengan seorang insan yang berjubah dan bekopiah. Dia sedang mengajar sesuatu. Di bajunya di sangkutkan satu kertas, Saya ketua saintis dunia. Dalam kepalaku “Betul ke pakcik ni?”.

Asalnya aku tidak berminat mendengar celotehnya. Aku pergi ke tempat lain. Bila aku datang lagi sekali, wah semakin ramai penonton dan merangkap pelajarnya. AKu berhenti sekejap. Cuba memberi masa untuk mendengar.

Ohh…pakcik ni namanya Halim  Bustaman. Sebelum ini tidak pernah aku berjumpa lelaki seunik dengannya. Mengajar di jalanan. Walaupun yang diajak hanya teknik mengenal sifir. Tetapi jauh yang aku belajar ialah ” perbezaan antara kreatif dan logik”.

Aku  membeli buku yang diphotosatnya. RM5. Bertajuk ”

“Otak Kanan Melayu, Hebat!!” oleh : Ketua Saintis Dunia Abdul Halim bin Bistaman.

Hebat Orangnya!

Selamat Menyambut Ma’al Hijrah 1429

Saya ingin menjadi orang yang pertama melaung-laungkan sambutan Ma’al Hijrah 1429.  Tahun 1429 bakal melakar banyak sejarah baru dalam hidup saya dan isteri sempena bakal kelahiran cahaya mata yang pertama. Tidak dinafikan lagi bahawa pasangan suami isteri pastinya begitu gembira dengan anugerah ini termasuk kami. Doakan kami semua! Semoga 1429 melakar sejarah yang manis kepada semua ummat Islam.

Ulang Tahun Pertama Perkahwinan

img_0963.jpg 

Sedar tak sedar, tanggal 26 Dzulkaedah 1428 hari ini, maka genaplah setahun usia perkahwinan kami. Usia yang masih setahun jagung. Jika usia ini disandarkan kepada seorang bayi. Maka kami barulah peringkat untuk belajar merangkak dan sedang belajar macam-macam untuk mencapai tahap kematangan.

Sesungguhnya hidup berumahtangga merupakan satu kerahmatan daripada Allah SWT kepada kita semua hambaNya. Allah SWT menjadikan setiap sesuatu berpasang-pasangan sebagai tanda Maha Bijaksana Allah. Di samping itu, Allah juga menjadikan sifat kasih sayang antara suami dan isteri, anak kepada ibubapa, orang beriman sesama orang beriman.

Ulang tahun pertama perkahwinan merupakan pengalaman yang cukup berharga bagi setiap pasangan rumahtangga. Usia setahun boleh dijadikan muhasabah dalam mempertingkatkan lagi mutu dan qualiti rumahtangga. Jika ada sebarang kelemahan dalam mentadbir Negara Kecil ini, maka wajiblah dimuhasabah dan dinilai semula secara serius oleh suami dan isteri.

Usia setahun perkahwinan juga, kebanyakan Negara Kecil ini sudah bertambah ahlinya. Paling kurang seorang cahaya mata penyejuk hati. Maka bertambah-tambahlah kasih sayang suami isteri dengan kehadiran orang baru dalam keluarga. Keluarga bertambah berseri dan meriah. Dalam kemeriahan dan kegembiraan itu, sewajibnya suami isteri bermuhasabah. Anda sudah naik pangkat ke satu tahap ayah dan ibu. Maknanya bertambahlah lagi satu kewajipan dan amanah.

Kepada semua yang bertandang ke blog saya yang serba dhaif ini, doakanlah kami berdua sentiasa istiqomah dengan Islam. Sesungguhnya di sebalik perkahwinan itu terdapat 1001 kerahmatan Allah SWT kepada manusia.