Selamat Berpilihan Raya

Salam Perjuangan,

Setelah kita berhari raya, maka kini tiba giliran pilihan raya.

Istilah raya merujuk kepada peristiwa atau perkara besar.

Istilah raya yang digunakan dalam masyarakat kita:

Hari Raya

Jalan Raya

Balai Raya

Hantu Raya

Pilihan Raya

?????

Kini selepas habis hari raya kita akan menyambut satu lagi pilihanraya di dun Bagan Pinang N.31.

Dapatkan maklumat secara langsung di website http://prkn31baganpinang.pas.org.my/.

Lihat beberapa analisis dari beberapa blog berkaitan pilihanraya.

Semuga Parti Islam terus melangkah ke hadapan.

Amin Al-Kalantani

Advertisement

Pertentangan Sengit Di Manek Urai

manek urai: pertentangan pas – umno sentiasa sengit

Sumber : Ustaz Nik Abduh

Salam Kamunting,

Walau apa pun isu mengenai perpaduan Melayu Islam di Malaysia galak ditimbulkan akhir – akhir ini, PAS dan UMNO tetap sebagai kawan dan lawan. Kedua – duanya adalah manifestasi kepada jalin hubung umat Melayu dengan agama mereka sendiri, Islam, sejak negara mencapai kemerdekaan daridapa penjajahan barat yang telah berjaya memporak – perandakan kekuatan dan kejernihan akidah mereka.

Pertentangan ini hanya akan berakhir apabila kedua – duanya bersatu di dalam Islam atau keluar daripadanya. Jika mereka bersatu dalam Islam, Allah akan suakan mereka dengan musuh baru yang menentang Islam. Jika mereka keluar daripada Islam, Allah akan suakan mereka dengan musuh baru yang membawa obor Islam. Itu sunnah Allah agar ujianNya ke atas manusia kekal berlaku dan pengasingan golongan baik daripada golongan jahat terus – menerus berjalan.

Janganlah anda melihat PAS – UMNO sebagai pertembungan nafsu politik dan duniawi semata – mata. Ia pasti meletakkan anda di satu sudut yang menyukarkan dan memeningkan anda sendiri untuk memahami bagaimana ulama – ulama besar tanah air berjuang dan beristiqamah mempertahankan perjuangan PAS di masa susah atau senang.

PAS dan UMNO boleh bersatu, tetapi kesukarannya tidak mungkin semudah ajakan oleh Tan Sri Harussani. Kita perlu mendasari punca pertentangan dan mengubatinya, bukan sekadar atas desakan untuk menyelamatkan status quo politik umat Melayu tertentu.

Dalam amalan demokrasi negara, pilihan raya adalah kemuncak perang ideologi semua parti politik yang terlibat. Itulah saat emas untuk setiap parti turun serapat dan sedekatnya kepada rakyat, menerang dasar dan menjawab setiap isu yang berbangkit. Justeru pilihan raya adalah panas di mana – mana.

Teruskan membaca

Mudah-mudahan Allah SWT Tunjukkan Jalan

ألسلأم عليكم ورحمة الله وبركاتة

Tahniah kepada seluruh perwakilan PAS yang telah menjalankan amanah memilih kepimpinan dalam siri muktamar kali ke 55.

Walaupun saya tidak dapat mengikuti sepenuhnya perjalanan muktamar kali ini, hangat dan panas muktamar terasa juga di sini.

PAS yang kini telah berusia lebih 50an nampaknya telah melangkah gagah ke hadapan.

Mengapa saya berkata begitu?

Kita lihat jika sebelum ini muktamar PAS tidaklah mendapat liputan yang meluas.

Namun muktamar kali ini, media-media UMNO/BN pun campurtangan seolah-olah menyokong Kepimpinan Ulama.

Musuh-musuh yang dengki dengan kemaraan Parti Islam pastinya tidak akan duduk diam.

Apabila musuh bertungkus-lumus untuk melemahkan Parti Islam, itu tandanya Islam sedang mara kehadapan.

Apabila musuh tidak mengapa-apakan kita, itu tandanya Parti Islam tidak mara kehadapan.

Saya tidaklah layak untuk membuat apa-apa kenyataan untuk muktamar PAS kali 55 ini kerana diri sendiri begitu dhaif sekali.

Saya melihat semua ahli PAS begitu sayang kepada PAS.

Semuanya takut kalau PAS menjadi alat kepada UMNO.

Termasuk saya juga sebagai ahli yang biasa.

Selepas muktamar saya menerewang ke beberapa laman web yang mengulas berkenaan keputusan pemilihan.

Kekadang terasa lemas juga dengan pelbagai komentar termasuk media musuh Parti Islam dan juga beberapa orang yang ‘sayang’ kepada PAS.

Yang mengulas jika anda tahu semua rahsia setiap pimpinan PAS, yakinilah bahawa ada yang lebih Maha Tahu tentang semua makhluk.

Jangan mendahului Yang Maha Tahu dengan ‘tahu’ anda yang cetek dengan memberi kenyataan dan analisis yang membuat semua orang seolah-olah begitu yakin dengan analisis anda.

Kepada anggota gerakan Islam pula, doakanlah mudah-mudahan Allah SWT tunjukkan jalan.

Berserah kepada Yang Maha Tahu & Yang Maha Kuasa.

Hamba Yang Fakir

Amin Al-Kalantani

8 June 2009.

Politik Tawan Manusia Dengan Islam

Islam adalah cara hidup yang lengkap untuk seluruh ummat Manusia.

Apa yang berlaku kini, umat Islam tidak dapat melaksanakan Islam secara sepenuhnya dalam kehidupan seharian mereka.

Bagi manusia yang kafir, kebanyakkan mereka melihat Islam pada penganutnya sebelum mereka tertarik mendalami Islam.

Saya berkesempatan berada di UPU Air Terjun, Bukit Gantang semalam.

Kehadiran Pengerusi dan Bendahari Kelab Penyokong Pas di kawasan Ust Solehhin menarik minat saya.

Dengan memakai vest yang jelas menandakan mereka memberi sokongan kepada PAS.

Asalnya saya ingin mengkoreksi padangan mereka berkenaan Islam.

Namun saya pendamkan dulu kaedah sebegitu dengan menyoal kenapa mereka boleh menyokong PAS tidak yang lain.

Kenapa anda boleh menyokong PAS?” soal saya pada pengerusi KPP tersebut.

PAS mesra rakyat dan YB PAS senang hendak dihubungi tanpa banyak prosedur!” jelasnya.

“Selama 50 tahun BN/MIC menjanjikan sesuatu dalam pilihanraya. Selepas kami memilih mereka, habis pilihanraya mereka tinggalkan kami! Kaum India sudah reforms!” katanya penuh semangat.

Niat di hati dan rakam gambar bersama mereka, tapi tak berkesempatan.

Sebenarnya peluang sebegini memberi banyak peluang dakwah untuk kita kepada mereka.

Saya boleh buat satu kesimpulan yang paling besar iaitu AKHLAK adalah DAKWAH yang paling berkesan!

Syabas atas kemenangan Parti Islam di Bukit Gantang!

AMin Al-Kalantani

Mutiara Tok Guru Buat Pemuda

Saya sempat singgah di blog Ustaz Nasharudin Al-Tantawi.

inilah catatn beliau

Sewaktu rancak kami berbincang dan saya menjelaskan tujuan kedatangan kami , Tok Guru sempat mengambil kesempatan untuk memberi amanah dan tazkirah kepada kami yang saya kira sangat tinggi nilai malah sangat bermakna buat kami .
Antara yang ditegaskan oleh Tok Guru agar ditangani oleh Dewan Pemuda PAS Pusat khususnya ialah :

1. Memperhebatkan dialog dengan golongan bukan Islam agar Islam difahami dengan baik dan tiada lagi salah faham terhadap agama Islam . Malangnya lebih 50 tahun negara di tadbir oleh UMNO dan BN tetapi mereka tidak berusaha untuk memahamkan Islam kepada golongan non muslim . Bahkan lebih malang , ummat Islam sendiri telah luntur nilai keislaman mereka .
2. Menekankan agar golongan muda dalam PAS ini memperbanyakkan bacaan justeru Islam berkembang dan Ilmu bertambah melalui pembacaan . Paling tidak satu buku untuk satu bulan atau jika tidak mampu juga , [ penuh sinis kata Tok Guru biarlah satu buku untuk satu tahun .]
3. Mengharapkan agar pemimpin muda dalam PAS dapat menggerakkan perjuangan Islam ini dengan lebih gigih merentas agama dan budaya sehingga dilihat PAS sebagai sebuah jamaah besar untuk rakyat bernaung setelah rakyat putus harap dengan UMNO dan BN , sesuai dengan slogan PAS For All .

Krisis Politik Kini

Pertamanya, bukanlah saya orang yang selayaknya bercakap mengenai situasi politik di Malaysia hari ini yang agak PANAS kerana turut melibatkan institusi Raja.

Walaupun isu ini telah berlalu, saya hanya ingin turun memberi pandangan yang dhaif.

Sejak  Perak  dirampas oleh UBN (pinjam istilah MSO), situasi POLITIK menjadi agak PANAS dan GEMPAR.

PANAS dan GEMPAR ini adalah kerana melibatkan Institusi Raja.

Jika kita imbau kembali sejarah Melayu dahulu kala, khususnya melalui filem2 p.ramlee dan b eberapa artis lain, kita lihat banyak peranan yang dimainkan oleh Bendahara dan beberapa yang terdekat dengan Raja.

Kita amat mengharapkan isu yang telah terjadi ini menjadi muhasabah bersama.

Amin Al-Kalantani