Nasihat Allahyarham Ustaz Fadhil Noor

ust-fadhil.jpg 

Jiwa UMAT ISLAM tidak harus kecewa dengan kekalahan, kerana bukan kalah atau menang yang kita cari, tapi kebenaran yang kita kehendakkan” – Aqidah Perjuangan (Allahyarham Ustaz Fadhil Noor)

Advertisement

Pilih kerana Calon @ Parti? Jawab saya : Pilih kerana Allah!

Alhamdulillah PRU12 memasuki Bahagian ke-2 setelah pembubaran parlimen pada 13 Februari dan sesi penamaan calon pada 24 Februari. Masing-masing telah bergerak kerja dengan penuh semangat untuk memenangkan parti dan calon masing-masing. Yang jelas pertentangan sengit antara BN dan BA akan berlangsung.

Sekali lagi saya nyatakan saya bukanlah penganalisis politik. Saya juga bukan berlatarbelakangkan aliran politik. Tapi politik merupakan sebahagian kewajipan yang dituntut oleh agam saya Islam. Maka secara tidak langsung saya wajib mengambil tahu dan seterusnya berkecimpung dalam arena politik tanah air.

Baru-baru ini di salah satu siaran televisyen memperbincangkan bagaimana hendak memilih calon pada PRU12 kali ini. Tajuknya “Pilih kerana calon ataupun parti?”. Kebanyakkan pemanggil memilih untuk memberi keutamaan kepada kriteria calon berbanding semata-mata Parti.

Saya tidak menolak persoalan ini. Cuma sebagai seorang muslim segala persoalan mestilah dikembalikan kepada al-Quran dan Sunnah Rasululullah SAW. Dalam al-Quran ada menyatakan bahawa yang bermaksud ” Taatlah Allah dan taatlah Rasul dan pemimpin di kalangan kamu”. Mentaati ataupun memilih pemimpin jelas mempunyai dua syarat yang paling utama. Iaitu yang pertama wajib taat kepada Allah dan taat kepada Rasulullah SAW barulah boleh mentaati pemimpin tersebut.

Jika dipersoalakn mana yang kamu hendak pilih dalam PRU 12 ini? Kerana calon atau kerana Parti? Jawab saya saya memilih kerana Allah SWT. Saya juga memilih calon dan parti yang mentaati Allah SWT dan Rasululullah SAW!.

Keliru, Nak Pilih Mana Yang Satu?

 MANA SATU PILIHANKU??

Antara isu besar yang diperbincangkan dalam PRU 12 ialah mana satu yang hendak pilih calon. Calon BN atau BA atau BEBAS atau Parti Atas Pagar (PAP)-tidak keluar mengundi (keliru memilih yang mana satu). Masalah ini mungkin tidak berapa bermasalah kepada ahli yang tegar@teras kepada parti masing-masing. Semuanya sudah faham kenapa mereka memilih parti masing-masing. Sudah tahu matlamat parti masing-masing.

Pada masa yang sama saya dipersoalkan oleh beberapa rakan. Saya tidak mahu menyokong Parti Islam kerana calonnya bermasalah. Ada track record yang buruk. Saya pun tidak tahu daripada mana sumber maklumat tersebut. Siapakah rawinya dan sebagainya. Mungkin benar atau mungkin salah.

Habis saya tanya kepadanya “Habis itu kita hendak sokong parti yang tidak bekendak melaksanakan Islam?”.. Dia terdiam dengan soalan saya. Berfikir sejenak. Em…..tak menjawab persoalan itu. Mungkin akhirnya joint Parti Atas Pagar (PAP) akibat keliru untuk memilih. Akhirnya ramai juga yang memilih tidak perlu turun mengundi kerana semua calon yang dihantar dalam PRU 12 kali ini semuanya bermasalah.

Keliru terus keliru. Nampaknya jelas walaupun sesebuah parti itu membawa agenda yang baik dan menarik tetapi calon-calon yang dikedepankan bermasalah (pada pandangan pengundi bukan pada pandangan parti), tentulah memberi kesan yang besar kepada pengundi. Jangan kita hanya salahkan pengundi semata-mata tanpa meneliti apakah kesilapan kita.

Saya bukan pengulas politik, tapi saya salah seorang yang bakal mengundi. Saya ialah pengundi yang sah. Saya berhak untuk mendapatkan maklumat tepat berkaitan parti dan semua calon yang bertanding khususnya di Parlimen dan Dun saya. Sebahagian besar pengundi tidak akan turun mengundi kerana frust dengan parti tertentu. Janji tak serupa bikin. Sebelum PRU macam-macam dijanjikan. Apabila sudah menang, batang hidung pun tak nampak!

Kita wajib mendekati semua pengundi yang keliru ini. Wajib untuk memberi maklumat yang tepat. Kita juga wajib bersedia menjawab pelbagai persoalan daripada mereka. Kumpulkan sebagai bentuk culaan. Jika tidak mampu menjawab, tulis tanya orang yang lebih arif untuk menjawab kemudian. Yang penting kita kena jumpa mereka!

PRU-12 Bagaimana Memilih Pemimpin ?

pilihanraya.jpg

Bahang PANAS PRU 12 semakin terasa di negara kita bermula dengan pembubaran parlimen pada 13 Februari 2008 baru-baru ini. Disebabkan bahang panas PRU 12 ini ada yang sudah demam dan ada yang tidak demam akibat tidak terkesan dengan suhu kepanasan PRU 12 ini. Mungkin bahang kepanasan itu terhalang disebabkan beberapa halangan.

Bagi yang secara terus terkena bahang kepanasan PRU 12 sudah tentu sudah demam. Demam bukan bermakna sakit dan sebagainya, tapi demam menyebabkan aktif untuk bergerak kerja untuk PRU 12. Saya sendiri terkesan dengan bahan kepanasan PRU 12 kali ini.

Apa yang saya hendak utarakan ialah bagaimana seseorang itu hendak memilih pemimpin? Pemimpin bagaimana yang hendak dipilih? Apa ciri-cirinya? Mampukan pemimpin ini bekerja untuk rakyat? Tentu persoalan ini bermain-main di fikiran setiap pengundi. Ada sebahagian pula langsung tidak membuat penilaian. Memilih yang sudah biasa dipilih setiap tahun. Cuma mengundi kerana tanggungjawab.

Saya bukanlah penganalisis politik yang hebat, cuma seorang rakyat biasa yang inginkan perubahan. Perubahan yang penting daripada segala yang penting iaitu “Pelaksanaan Islam secara menyeluruh” yang menjadi tuntutan setiap yang beriman. Persoalan memilih pemimpin tidak terhenti di atas dunia sahaja, bahkan sampai ke negeri akhirat persoalan ini akan ditanya.

Teruskan membaca