Puisi Buat Mujahid di Palestin

Puisi Buat Mujahid di Palestin

Mujahid Palestin

Engkaulah pejuang yang tabah

Engkaulah pejuang yang tiada goyah

Engkaulah pejuang yang sentiasa istiqomah

Mujahid Palestin

Darahmu menjadi galang ganti

Perjuangan mempertahankan al-aqsa yang penuh erti

Engkau menjadi wakil seluruh dunia ini

Engkau adalah pejuang yang cukup berani

Maut adalah syahid yang dicari

Mujahid Palestin

Walaupun Israel bertungkus lumus setiap hari

Penuh rakus mencabul setiap bumi Palestin suci

Engkau tetap berada di soff-soff perjuangan ini

Mempertahankan bumi para Nabi

Dari kekotoran nafsu serakah zionis yang membenci

Walau nyawa menjadi ganti

Mujahid Palestin

Engkau telah menolak janji-janji

Janji palsu dari zionis dan segala penjanji

Marilah kita berdamai dan bersatu hati

Palestin kita bahagi-bahagi

Muslim ambil yang ini

Israel ambil yang ini

Cukup senang bagi mereka membahagi

Mujahid Palestin

Telah ramai yang gugur dalam jihad suci

Telah banyak darah tersimbah ke bumi

Telah banyak yang terkorban hingga kini

Telah banyak tangisan air mata yang jatuh ke bumi

Telah banyak jiwa yang pergi

Telah banyak doa dipanjat kepad Ilahi

Ya Allah selamatkanlah palestin!!!

Ya Allah selamatkanlah al-aqsa!!

Ya Allah selamatkanlah muslim ya Allah!!!

Ya Allah bantulah mujahid Palestin!!

17 ogos 2009

Muhammad Amin bin Hj Che Hassan al-Kalantani

https://amin1982.wordpress.com

Cahaya Ramadhan-Aduhai Rejab

Salam perjuangan buat sahabat seperjuangan.

Perjuangan yang kita sedang harungi tidak mudah seperti yang kita sangkakan.

Perjuangan yang kita lalui ini menuntut pengorbanan.

Korban diri, nyawa, harta, keluarga, dan segenal aqal fikiran.

Puisi pendek tanda ingatan buat diri yang sering lalai dan alpa.

———————————————————————

Dalam keriuhan bulan-bulan yang telah lalu

Dalam noda dan maksiat yang kita telah laksanakan

Dalam kelalaian itu hadir sinar, cahaya dan haruman indah

Nun, di sana kulihat satu cahaya terang berderang

Ya, Rejab sudah pun tiba

Syaban menunggu di sana

Sinar cahaya ramadhan bergelipan buat yang menunggu sentiasa

Ingin sekali bersimpuh di depan Rabb meratapi lalainya diri ini

Rukuk dan sujud memohon ampun dan maaf

Beratnya noda dan dosa menghalang ibadah dan makrifah

Ramadhan

Walaupun engkau masih nun di sana

Namun, cahaya, baumu yang harum sudah terpancar kepada hamba yang fana

Fana terhadap dunia dan tipuannya

Sudah berbekalan di bulan Rejab

Buat persiapan, bekal dan amal

Ya Allah

Aku ini hambaMu yang alpa

Lalai sungguh dari mengingati dan melaksanakan ketaatan kepadamu

Adakah masih ada ampun dan maaf dariMu ya Allah?!

Semoga cahaya Ramadhan yang bersinar

Membawa harapan buatku

Insan yang alpa

Suara Rasa

Amin Al-Kalantani

Ayuh Kita Mujahadah

Mujahadah

Aduhai diriku yang lemah

Adakah engkau sedang bermujahadah?

Sesungguhnya engkau luput dari zikrullah

Runtunan nafsu nyata memusnah

Harapanmu untuk istiqamah

Mujahadah

Aduhai diriku yang lemah

Apakah engkau sedang bermujahadah?

Melawan bisikan syaitan yang sentiasa istiqamah

Siang dan malam tiada pernah mengalah

Membisikkan hatimu sampai engkau punah

Sampai maksiat berani engkau terjah

Larangan Tuhan berani engkau sanggah

Mujahadah

Aduhai diriku yang lemah

Engkau tewas dalam mujahadah

Engkau malas untuk mujahadah

Engkau alpa dari mujahadah

Engkau sisihkan mujahadah

Itulah sebabnya engkau terus kalah

Mujahadah

Wahai diriku yang lemah

Insafilah nyawamu bukan bertambah

Sakit sakaratul dekat sudah

Bila lagi engkau ingin taubat nasyuhah?

Mujahadah

Engkaulah kunci dalam hidup yang penuh rencah

Nafsu, iblis & syaitan datang dari semua arah

Semuanya dapat  engkau tepis dengan mudah

Kerana engkau terus istiqamah

Mujahadah yang tidak pernah lelah

Bersama zikrullah yang tiada noktah!

Ayuh

Bermujahadahlah wahai diriku yang lemah!!!


Hamba Yang Fakir

Muhammad Amin bin Hj Che Hassan al-Kalantani

24 Rabi’ul Awal 1430@21 March 2009

4.06am

Teruskan membaca

Puisibuat Isteriku

Saya sebenarnya telah menangguh beberapa hari untuk postkan satu puisi buat Isteri tersayang sempena ULANGTAHUN perkahwinan kami ke 2 pada 17/12/2008 yang lepas.

Apabila timbul isu Palestin, saya menangguhkan lagi untuk posting kan puisi ini tanda menghormati semangat JIHAD saudara islam kita di sana.

Semalam saya dan isteri berbual bicara (USrah) berkaitan dengan isu Palestin.

Antara isu yang isteri saya  bangkitkan ialah kenapa begitu lemahnya umat Islam dalam menangani isu Palestin.

Saya menjawab “TIADA KHALIFAH!“.

Bila kita mengimbas kembali sejarah lampau setelah kejatuhan Khalifah Tukri Uthmaniah pada tahun 1924, Yahudi dan se kutu-kutunya telah giat memulakan operasi menawan Palestin.

” Khalifah ini ialah ibarat ibubapa. Palestin ibarat anak-anak yang sedang dizalimi. Ibubapa sudah dipenjara. Anak-anak tiada tempat bergantung! ” : Saya memberikan perumpaan kepada isteri saya.

“OIC kan sudah mainkan peranan Khalifah?” soal isteriku lagi.

“OIC sepertilah OOO I See..yang hanya mampu melihat dan terus melihat tanpa action! Depa juga dikontrol oleh US dan ISrael!”..jelas saya

Akhirnya kami memutuskan setakat mana yang mampu tindakan yang boleh diambil oleh kami sekeluarga iaitu dengan mendoakan secara kosisten kepada umat Islam di Palestin dan masjidil Aqsa!.

Inilah hadiahku untuk isteri tesayang sempena ulangtahun ke-2 BAITUL AMRA

Teruskan membaca

Puisi : Perjuangan Belum Berakhir

Bila datang minat saya untuk menulis puisi saya akan tulis. Saya terjumpa semula puisi yang saya karang 10 tahun yang lepas yang bertajuk PERJUANGAN BELUM BERAKHIR.

Ayah & Fatih

Perjuangan Belum Berakhir

Perjuangan
Itulah kalimah yang aku hamburkan
Membakar setiap pelusuk hatiku
Ia perlu diteruskan
Ia perlu dihidupkan
Demi…Islam!

Perjuangan
Namun Ada Yang gentar
Dengan kalimah ini
Hanya…
Yang berdarah satria
Yang bersemangat waja
Yang mampu meneruskanmu

Perjuangan
Semakin hari kau semakin lupus
Tidak dihiraukan
Tidak dihidupkan
Akhirnya kau semakin ditinggalkan
Diketepikan!!Diusangkan!!Dibiarkan!!
Dinyahkan dari….
Hidup yang berhati suci!

Perjuangan
Akan ku teruskan engkau
Walau darahku menjadi galang gantinya
Nadi yang dulunya lemah
tetapi, kini bersemangat!
Dibakar olehmu
Ia kian mendidih
Kerana
Perjuangan belum berakhir

Nukilan
Muhammad Amin bin Hj Che Hassan Al-Kalantani
29 September 1997

Teruskan membaca

PUISI RAMADHAN

RAMADHAN & LAILATUL QADR
MATAHARI 30 SYABAN 1429

RAMADHAN
KAU HADIR LAGI TAHUN INI
HADIRMU PENUH PENGHARAPAN
SEGUNUNG HARAPAN BUAT PECINTA TUHAN
HADIRMU MEMBERI NAFAS BARU BUAT PEJUANGRAMADHAN
SILIH BERGANTIN SETIAP TAHUN
HADIRMU SEPI BUAT YANG BERJIWA MATERIALISMA
HADIRMU TIADA MAKNA BUAT YANG ALPA
HADIRMU TIADA ERTI PADA YANG LEKA
HADIRMU TIDAK TERASA OLEH MEREKA

RAMADHAN
AKU TERUS MEMASANG HARAPAN
AGAR RAMADHAN TAHUN INI
TERCATAT SATU PERUBAHAN
DALAM HIDUPKU YANG PENUH NODA DAN TITIK HITAM
KEMBALI KEPADA FITRAH
ITULAH YANG AKU HARAPKAN

RAMADHAN
TAWARANmu SUNGGUH BESAR
LAILATUL QADR MENJADI HARAPAN
SEMUA INSAN YANG BERIMAN
SEPANJANG RAMADHAN
HADAPILAH UJIAN DAN CABARAN
SEMOGA LAILATUL QADR MENJADI GANJARAN

RAMADHAN
MOGA RAMADHAN TAHUN INI CUKUP BEERTI
MENJADI TITIK MULA PERUBAHAN
PERUBAHAN KEPADA MUKMIN SEJATI
YANG MAMPU BERJIHAD MENEGAKKAN KEBENARAN
DI DALAM DIRIKU SENDIRI
KELUARGA, MASYARAKAT, NEGARA INI
YA ALLAH JADIKANLAH RAMADHAN
KALI INI RAMADHAN BEERTI BUATKU

8 RAMADHAN 1429
5.02 PM DI TRISYSTEM