Perjalanan

Assalamualaikum

Tanpa disedari masa begitu pantas berlalu.

Perubahan demi perubahan telah berlaku di dalam dunia.

Kemunculan pelbagai teknologi baharu yang menjadi fenomena zaman.

Perubahan demi perubahan ini harus dilihat dengan makrifat dan hakikat.

Dunia semakin laju dan pantas untuk sampai ke penghujungnya.

Beruntunglah bagi manusia yang kekal beriman dan beramal soleh.

Beruntunglah mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran.

Perjalanan kita cuma seketika di atas muka bumi ini untuk mengenal Pencipta.

Usah lalai dan leka.

Yakinilah dan berimanlah kepada Yang Maha Esa.

Semoga kita tetap selamat di atas dunia dan di akhirat sana.

Amin Al-Kalantani

Advertisements

Blog Nik Nur Madihah

Salam Perjuangan,

Salah satu minat saya ialah kajian ilmu terhadap al-Quran dan sains.

Manusia melalui eksperimen demi eksperimen untuk membuktikan sesuatu kejadian dan teori.

Sedangkan Allah SWT telah meletakkan satu panduan teori yang lengkap di dalam al-Quran.

Teruja terhadap Nik Nur Madihah dan keluarganya, saya cuba untuk mengikuti perkembangan pemikiran Nik Nur Madihah.

Idola ini seolah-olah telah dipadamkan dari ingatan kita berbanding Idola idola yang lain.

Saya terjumpa blog beliau iaitu http://kembaramencaridiri.blogspot.com/.

Saya juga telah berusaha untuk mendapatkan buku beliau bertajuk Catatan Hati Nik Nur Madihah terbitan Hijjaz.

Pada pandangan saya, beliau tetap sentiasa relevan dan sepatutnya sentiasa ditonjolkan sebagai Ikon ataupun Duta Remaja khususnya di bumi Malaysia.

Perlu ada inisiatif untuk mendapatkan buah fikirannya walaupun kini di Jordan.

Saya amat berkeyakinan bahawa Islam dapat menakluk semula melalui Ilmu Pengetahuan.

Itulah yang saya dapat baca daripada pemikiran Nik Nur Madihah.

Dia berjiwa besar, untuk menjadi ahli Fizik Islam terkemuka.

Kita perlu mencetak seramai mungkin sebagaimana Nik Nur Madihah!!

Saya teruja dengan nasihat ayahnya :

” Yang pertama, jangan bercita-cita nak jadi doktor, peguam , jurutera dan sebagainya. Ini adalah cita-cita nak makan gaji. Tapi tanamlah azam untuk jadi orang cerdik. Kalau kita cerdik, insyaAllah kerja akan datang sendiri pada kita”

Teruskan membaca

Dakwah Tidak Dapat Dipikul Orang Manja

Written by admin
Sunday, 02 November 2008
Oleh: Drs. DH Al Yusni

Sumber : http://www.dakwah.info

Wahai Saudaraku yang dikasihi Allah.

Perjalanan dakwah yang kita lalui ini bukanlah perjalanan yang banyak ditaburi kegemerlapan dan kesenangan. Ia merupakan perjalanan panjang yang penuh tantangan dan rintangan berat.

ftime.jpgTelah banyak sejarah orang-orang terdahulu sebelum kita yang merasakan manis getirnya perjalanan dakwah ini. Ada yang disiksa, ada pula yang harus berpisah kaum kerabatnya. Ada pula yang diusir dari kampung halamannya. Dan sederetan kisah perjuangan lainnya yang telah mengukir bukti dari pengorbanannya dalam jalan dakwah ini. Mereka telah merasakan dan sekaligus membuktikan cinta dan kesetiaan terhadap dakwah.

Cobalah kita tengok kisah Dzatur Riqa’ yang dialami sahabat Abu Musa Al Asy’ari dan para sahabat lainnya –semoga Allah swt. meridhai mereka. Mereka telah merasakannya hingga kaki-kaki mereka robek dan kuku tercopot. Namun mereka tetap mengarungi perjalanan itu tanpa mengeluh sedikitpun. Bahkan, mereka malu untuk menceritakannya karena keikhlasan dalam perjuangan ini. Keikhlasan membuat mereka gigih dalam pengorbanan dan menjadi tinta emas sejarah umat dakwah ini. Buat selamanya.Pengorbanan yang telah mereka berikan dalam perjalanan dakwah ini menjadi suri teladan bagi kita sekalian. Karena kontribusi yang telah mereka sumbangkan untuk dakwah ini tumbuh bersemi. Dan, kita pun dapat memanen hasilnya dengan gemilang. Kawasan Islam telah tersebar ke seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mengalami populasi dalam jumlah besar. Semua itu karunia yang Allah swt. berikan melalui kesungguhan dan kesetiaan para pendahulu dakwah ini. Semoga Allah meridhai mereka.

Duhai saudaraku yang dirahmati Allah swt.

Renungkanlah pengalaman mereka sebagaimana yang difirmankan Allah swt. dalam surat At-Taubah: 42.

Teruskan membaca

10 Muwasofat Tarbiyyah

Lama saya tidak ziarah ke http://www.dakwah.info. Pagi ini saya mengambil sedikit masa untuk berziarah ke sana.

Saya tertarik dengan satu artikel yang bertajuk 10 Muwasofat Tarbiyyah.

10 Muwasofat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseoarang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat di pisahkan dengan pembinaan muwasofat-muwasofat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasofat.


10 Muwasofat Tarbiyyah.

1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)

6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Untuk mendapatkan huraian yang lebih terperinci sila bertandang ke http://www.dakwah.info.

Kadang-kadang mengimbau semula proses tarbiah yang diikuti semasa sekolah menengah dan di universiti dulu.

Teruskan membaca

Bingkisan Sdr Dzulkhairi

Bingkisan seorang Mujahid Muda – Sdr Dzulkhairi Presiden PMIUM.

Ikuti kisahnya di http://dzulkhairi.blogspot.com/2008/07/inilah-hidupku.html

Juga lawati kisah perjuangan anak muda di http://mygamis.blogspot.com/

Kadang-kadang, rasa kecil juga hati, cemburu datang bertalu-talu, rasaingin ‘gugur’ bagaikan helainan dedauanan kering datang bersinggah. Rasa cemburu dan geram itu kerap kali juga mengusik hati, dan sering kali juga membuatkan aku terkedu dan sendu.

Menjadi orang penting dalam persatuan yang dinggap pemberontak no. 1 di UM kadang-kdang membuatkan hati pedih. Ada kala, ketika orang lain sibuk menyertai pelbagai seminar, kita pula terpaksa berhempas-pulas membuat kerja lain. Saya masih ingat, ketika itu ada seminar peringkat kebangsaan diadakan di Akademi Islam tetapi saya dengan berat hati terpaksa melupakannya kerana menumpukan gerak kerja pilihan raya kampus. Tapi hati mana tidak pedih.

Beberapa kali juga kursus kahwin diadakan namun tidak pernah sempat untuk saya meluangkan masa, sedangkan yang lain seronok je dengar cerita pasal kahwin. Kursus tu takpelah, tetapi bagaimana dengan seminar-seminar ilmu? Saya masih ingat program dakwah yang menghadirkan Siddiq Fadzil dan Shah Kirit, sekali lagi saya terpaksa melupakannya. Adik saya Wasif juga kerap kali menjemput saya untuk program keilmuan PKPIM tetapi banyak juga terpaksa saya lupakan.

Geram juga kadang-kadang. Jauh sudut hati, ah, pedulikan jamaah, pedulikan Islam, lebih baik aku masuh seminar je. Tetapi seminar hanya memberikan kebaikan untuk diriku seorang sedangkan gerak kerja jamaah adalah untuk umum.

Orang lain mungkin tidak tahu, bahawa kami hidup membela kebajikan mereka. Kami sanggup dihadapkan di mahkamah Universiti, dimarahi pihak pentadbiran, berdepan dengan pelbagai cabaran, semuanya untuk kebaikan student tetapi tengok-tengok, student pula menyalahkan kami. Kami berjuang untuk merendahkan kadar caj perkhidmatan Ptptn malah meniadakannya sama sekali, tengok-tengok student pula yang membenci kami. Walhal kami berjuang untuk mereka. Ah, pedulikan. Mereka bukan faham pun.

Teruskan membaca