Perjalanan

Assalamualaikum

Tanpa disedari masa begitu pantas berlalu.

Perubahan demi perubahan telah berlaku di dalam dunia.

Kemunculan pelbagai teknologi baharu yang menjadi fenomena zaman.

Perubahan demi perubahan ini harus dilihat dengan makrifat dan hakikat.

Dunia semakin laju dan pantas untuk sampai ke penghujungnya.

Beruntunglah bagi manusia yang kekal beriman dan beramal soleh.

Beruntunglah mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran.

Perjalanan kita cuma seketika di atas muka bumi ini untuk mengenal Pencipta.

Usah lalai dan leka.

Yakinilah dan berimanlah kepada Yang Maha Esa.

Semoga kita tetap selamat di atas dunia dan di akhirat sana.

Amin Al-Kalantani

Advertisement

Pilihlah Jalan Yang Lurus

Salam. Tercetus untuk mencetuskan sesuatu cetusan.

Rakan-rakan FB sekelian. Adakah kita benar2 memahami doa yang diwajibkan kita berdoa sebanyak 17 kali dalam sehari yang terkandung dalam surah al-Fatihah?

Ya Allah Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan-jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka,
bukan jalan-jalan orang yang engkau murkai dan golongan yang sesat. Ameen

Fikirkah kita siapakah jalan yang telah Allah berikah nikmat kepada mereka? Mereka ialah jalan-jalan para nabi, orang-orang yang benar, syuhada dan orang-orang yang sholeh.

Apakah ciri-ciri jalan nabi dan ciri jalan orang-orang yang benar , syuhada dan orang-orang sholeh?

Antara ciri-cirinya :
1. Menyeru manusia kepada Tauhid dan ketaatan hanya kepada Allah SWT.
2. Menyeru manusia mentaati seluruh perintah Allah SWT, bukan sebahagian sahaja.
3. Dakwah dan seruan para Nabi meliputi orang awam, golongan pertengahan sehingga kepada pemimpin di zaman mereka.
4. Penentangan yang berterusan kepada para Nabi datang daripada pemerintah di zaman mereka.
5. Penentangan kepada dakwah Nabi sehingga tahap paling tinggi dengan cara dibunuh.

Apakah pula ciri-ciri yang dimurkai Allah SWT?
1. Mereka yang mengikuti sifat Yahudi.
2. Menerima perintah Allah SWT yang mereka suka, dan menolak perintah Allah SWT yang mereka tidak suka.
3. Melanggar perintah para Rasul.

Apakah pula ciri-ciri sesat?
1. Mereka yang mengikuti perangai Nasrani.
2. Mengatakan Tuhan mempunyai Tuhan anak.
3. Menokok tambah dan menukar ajaran Injil.

Cuba kita fahami daripada doa yang kita hari-hari duk baca ini? Mana jalan yang Allah SWT telah iktiraf jalan yang lurus? Mana dia jalan yang lurus jika tidak jalan yang telah ditunjuk oleh Nabi MUhammad SAW yang berpesan agar kita berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Saya pernah mendengar kuliah daripada Ustaz menyebut, apabila kita membaca al-Quran, rasailah seolah-olah baru sebentar tadi diturunkan kepada Rasulullah SAW. Al-Quran adalah satu-satunya mukjizat Nabi Muhammad SAW masih kekal hingga kini yang memisahkan golongan yang benar dan golongan yang salah.

Adakah kita sudah berbangga apabila beragama Islam? Adakah kita yakin kita benar-benar yakin dengan kewujudan Allah SWT? Yakin yang bagaimana? Ilmu Yakin? Haqqul Yakin? Ainul Yakin? Ataupun kita sekadar mewarisi Islam daripada kedua ibubapa kita?

Pilihlah Jalan Yang Lurus.

Amin Al-Kalantani
Marang 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru 2013 Masihi (Syamsiah – Tahun Matahari)

Berkurang lagi baki umur dan usia kita di atas muka bumi Allah SWT ini.

Terbaca satu artikel di majalah Al-Ustaz Isu No.6 bertajuk Demi Matahari karangan Ustaz Fauzi Abdul Hamid.

Ingin berkongsi sedikit topik tersebut yang menyentuh ‘Matahari akan Mati’.

SUN

Apabila matahari mati, bumi akan turut mati.

Matahari akan mati apabila kehabisan bahan bakar.

Apabila matahari mati, bahagaian dasarnya akan mengecil dan menjana haba yang teramat panas.

Ini akan menyebabkan lapisan luarnya mengembang hingga dalam sistem solar.

Dalam proses pengembangan ini, ia akan menjadi semakin dekat dengan bumi.

Haba pada waktu itu adalah 2000 kali ganda lebih panas daripada kepanasan yang biasa.

Pada waktu ini, bumi akan terbakar dan lenyap kerana kepanasannya.

Semuga Allah SWT menyelematkan kita dan keluarga dan keturunan daripada hari yang dahsyat tersebut.

Mudah-mudahan saya dan anda dipermudahkan untuk memberi peringatan sesama kita untuk tahun 2013 ini.

Catatan Hujung Minggu – Renungi Kembali KPI Orang Mukmin

Assalamualaikum semua,

Sudah lama rasanya tidak membuat sebarang posting di ruangan blog ini.

Namun, saya mengambil kesempatan untuk kita sama-sama bermuhasabah tentang KPI (Key Performace Indicator) yang Allah SWT telah gariskan di dalam surah Al-Mukminun.

Maksud ayat al-Quran

1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (QS. 23:1)

2. (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam shalatnya, (QS. 23:2)

3. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, (QS. 23:3)


4. dan orang-orang yang menunaikan zakat, (QS. 23:4)


5. dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, (QS. 23:5)


6. kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki 995; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. (QS. 23:6)


7. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (QS. 23:7)


8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya, (QS. 23:8)


9. dan orang-orang yang memelihara shalatnya. (QS. 23:9)


10. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (QS. 23:10)


11. (ya’ni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya. (QS. 23:11)

 

KPI ini walaupun rasanya biasa kita dengar, namun penekanan yang dibuat oleh ALlah SWT di dalam surah ini benar-benar menusuk di hati siapa yang membaca untuk mencari makna kejayaan orang yang beriman.

Solat merupakan hubungan secara langsung dengan Allah SWT, sementara zakat merupakan hubungan sesama orang beriman.  Sementara itu tugas sukar kita juga untuk mengelak diri daripada perkara yang sia-sia. Juga tugas yang mencabar untuk menahan nafsu serakah kita hanya untuk isteri yang halal sahaja. Juga tugas sukar jika diberi amanah (contoh bekerja), amanah itu kita laksanakan dengan benar-benar amanah.

Ayuh sama-samalah kita muhasabah diri sejauh mana solat,zakat, amanah kita, dan hawa nafsu kita telah kita benar-benar jaga untuk mencapai maqam surga firdaus.

Ya Allah bantulah kami insan yang lemah ini.

Amin Al-Kalantani

Terengganu.

 

 

Ketidakpastian

Salam Ramadhan,

Saya ingin berkongsi satu posting daripada blog saifulislam.com.

Di bawah ini saya cut n paste di blog ini.

MAKAN GAJI VS KERJA SENDIRI

Lebih mudah untuk kita analogikan seorang yang makan gaji dengan seorang yang berniaga sendiri. Orang yang makan gaji, pendapatannya tetap setiap hujung bulan. Sama ada dirinya produktif atau tidak, hasilnya sama.

Malah pada bulan Ramadhan ini, dengan membanyakkan tidur di pejabat dan pulang awal setiap hari, hasil pendapatan tetap sama. Sesuatu yang tetap dan pasti, rupa-rupanya boleh menjejaskan kesungguhan dan produktiviti, seiring dengan kurangnya rasa bersyukur atas kurniaan.

Berbeza pula dengan yang berniaga sendiri. Penghasilannya amat bergantung kepada kesungguhan, kerajinan dan produktiviti masing-masing. Kuat bekerja banyak hasilnya. Sedikit berusaha, terjejaslah pendapatannya.

Ketidakpastian adalah rahsia kesungguhan dan kerja keras yang diperlukan.

Ketidakpastian + usaha keras = kemajuan, itu sifirnya.

Demikianlah hikmah sebuah ketidakpastian.

Selamilah kata-kata ustaz secara mendalam.

Amin Al-Kalantani

40170 Shah Alam

24 Ramadhan 1431

Satu Muhasabah….

Saya paparkan coretan ustaz mohd nor,

Sumber :

http://takwinfardilmuslim.blogspot.com/2009/08/satu-muhasabah.html
Ada di kalangan abnaul jamaah..mengadu keresahan jiwanya..kekacauan hidupnya..masalah sering menekannya. Aktiviti jamaah tidak menenangkan jiwanya..akademik menjadi bebanan..jawatan menghantuinya.

Abi hanya menjawab..bagaimana tahajjudnya setiap malam..berapa masanya yang dia sediakan untuk menghadap Allah Ta’ala di waktu qiyamnya setiap malam..apakah seorang da’ie mujahid akan dialpai oleh Allah Azz wa Jalla bila di saat orang tidur sang dai’ merintih..merayu..mengadu padaNya..?

Bagaimana aurad qurannya..Al Waqi’ah..Al Mulk..Yaa Sin..semuanya surah-surah yang amat berkuasa membina kekuatan ruh..kekuatan iman..kekuatan keyakinan. Menghapuskan kotoran-kotoran dosa..menambahkan bekalan pahala yang mampu menaikkan darjah ketenangan dalam hati para dai’e ila Rabbil Jalil…

Bagaimana solatnya..yang mengandungi sentuhan-sentuhan ruhi ….unsur-unsur ta’abudan
( pengabdian ), tasliman ( penyerahan ), takhasyua’an ( khusyu’), tabazzulan ( kehinaan diri ), takhaddu’an ( kerendahan hati), tamalluqan(kerinduan)…yang sayugia membina jiwa hamba dalam diri para da’ie mujahid….Sering kali seseorang itu tidak menemui hatinya di dalam solat..sehingga solatnya tidak ada ruh yang dapat menghidupkan jiwanya..

Bagaimana wirid dan zikirnya..yang sepatutnya menghidupkan hati..menyalakan ingatan, kerinduan. keasyikan kepada Allah Rabbul Jalil…membuahkan kemulian..menumbuhkan sifat-sifat mahmudah..membersih dan menggilap dari noda dosa..

ABi sukar mempercayai ..seorang da’ie yang istiqamah dengan wasilah-wasilah tarbawi akan resah jiwanya..tertekan hidupnya..Oleh itu ya abnaie..muhasabah lah dirimu sebelum mu dimuhasabah di hadapan Tuhanmu..

ABi
http://takwinfardilmuslim.blogspot.com/2009/08/satu-muhasabah.html

Rumah Tangga Impian Yang Tidak Dimasuki Syaitan

Salam Perjuangan,

Coretan saya kali ini berkisar tentang rumahtangga yang diidamkan oleh semua anggota gerakan Islam. Rumahtangga yang dibina atas dasar aqidah Islamiyyah.

Saya merujuk kepada buku karangan Drs Kasmuri Selamat yang bertajuk Panduan Perkahwinan, Kunci Syurga yang terbuang.

Ada 4 ciri yang dinyatakan oleh beliau dalam buku tersebut iaitu :

1-Rumah isteri yang sholehah

2-Rumah orang yang mensucikan diri dan sentiasa ingat kepada Allah SWT

3-Rumah orang yang sujud dan rukuk kepada Allah SWT

4-Rumah orang yang menunaikan hak dan kewajipan

Isteri solehah merupakan pendamping dan sahabat yang paling baik bagi si suami. Dialah penenang, pendamai, penyejuk, penolong, pengkobar semangat buat si suami yang berada di medan jihad.

Jika ada kebahagiaan dalam rumah tangga, maka syaitan dapat dicegah untuk masuk ke dalamnya. Sebab ianya merupakan rumah yang didirikan dengan berasaskan iman dan Islam.

Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :

“Empat hal yang termasuk kebahagiaan : Isteri yang sholehah, tempat tinggal yang lapang, tetangga yang baik, kenderaan yang nyaman. Empat hal yang termasuk kesengsaraan: Isteri yang buruk perangainya, tetangga yang buruk, tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk”.

(HR Ibnu Hibban)

Sebaik-baik rumah adalah yang ada di didalamnya isteri yang sholehah. Ia mampu membangun keluarga muslim dan mendirikan peradaban umat, serta sebagai ibu yang siap mendidik, membimbing, membiasakan kebaikan, membangunkan anak-anaknya untuk mengerjakan sholat dan membantu suami untuk taat kepada TuhanNYa.

Rumah yang didalamnya berterusan didirikan solat fardhu dan sunat adalah rumah yang bercahaya yang dimasuki oleh malaikat. Sementara syaitan akan bertempiaran melarikan diri daripada rumah-rumah yang sentiasa disebut nama Tuhan.

Penghuninya sentiasa bertaubat, membersihkan diri daripada maksiat dan sentiasa berhubung rapat dengan Allah SWT. Inilah rumah yang sentiasa bercahaya dengan cahaya iman dan taqwa.

Seluruh unit ahli dalam rumahtangga khususnya suami & isteri masing-masing memainkan peranan dalam memastikan semua ahli menunaikan perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mereka sewajibnya ingat mengingati antara satu sama lain agar tidak melanggar larangan Allah dan meninggalkan segala perintah Allah SWT.

Alangkah indahnya rumah yang sentiasa bercahaya. Syaitan tidak mampu memporak-perandakan seisi rumah tersebut. Hanyalah Allah tempat mereka memohon pertolongan.

Islam Memimpin Perubahan

Bangunlah dan Berikanlah Peringatan

Amin Al-Kalantani

Shah Alam

Mengurus Kerjaya, Keluarga dan Dakwah

Salam Perjuangan,

Alhamdulillah hujung minggu lepas saya dan seorang sahabat ke Johor. Saya diminta untuk menyampaikan satu perbentangan bertajuk Pengurusan Kerjaya & Keluarga.

Objektif utama tajuk ini ialah bagi memastikan ahli gerakan Islam sentiasa istiqomah dalam perjuangan Islam walaupun telah berada di medan kerjaya dan keluarga.

Tajuk ini amat berat bagi saya yang baru berkerjaya hampir 4 tahun dan berkeluarga hampir 3 tahun. Pengalaman dan panduan yang hendak dikongsi amat cetek sekali, namun saya gagahi juga kerana harapan jawatankuasa.

Saya sebetulnya amat berminat dalam bidang Training & Consultancy dan akan cuba memperkembangkannya. Jadi peluang sebegini amat baik untuk melatih skill persembahan dan interaktif dua hala antara penyampai dan peserta.

Kunci kepada pengurusan kerjaya, keluarga dan dakwah terdapat dalam surah al-taubah ayat 24.

Al-Taubah,24

Maksudnya :

Katakanlah : “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kamu keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiaanya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq”.

Apabila kita mentadabbur ayat ini, maka jelaslah bahawa jihad di jalan Allah SWT (dalam bentuk menyampaikan Islam, memperjuangkan, mempertahankannya) adalah lebih utama berbanding ahli keluarga dan pekerjaan kita sendiri.

Tuntutan kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulnya berada pada tingkat yang utama berbanding yang lain. Ini merupakan kunci pengurusan yang jelas kepada anggota gerakan Islam.

Tawazun dalam rumahtangga, kerjaya & dakwah

Ada tiga elemen yang perlu diseimbangkan :

Q. Di antara kecintaan kepada isteri dan anak-anak dengan kecintaan kepada Allah dakwah dan jihad.

R. Di antara kecintaan kepada keselesaan hidup bersama keluarga dengan kesungguhan berdakwah di tengah tengah masyarakat yang sangat mencabar.

S. Di antara kecenderungan untuk memberikan kesenangan hidup keluarga dengan harta benda dengan tuntutan berbelanja ke jalan Allah SWT.

Kesimpulan

Dalam memastikan kita sentiasa istiqomah di dalam perjuangan Islam, maka kita perlu mengimbangkan antara kerjaya, keluarga & dakwah. Faktor utama di sini ialah tugas dan tanggungjawab kepada Allah SWT lebih utama berbanding yang lain.

Pada waktu yang sama, ia tidak bermakna kita menidakkan hak kepada ibubapa, isteri, anak-anak dan saudara mara. Kepada ibubapa, isteri, anak-anak dan saudara mara ada tuntuntan sendiri yang perlu dilaksanakan oleh orang-orang yang beriman mengikut panduan Allah SWT dan RasulNya.

Apabila bertembung kepentingan jihad dengan peribadi dan keluarga, maka mestilah diutamakan kepentingan jihad. Secara realitinya, jika pertembungan ini benar-benar berlaku maka mestilah mendapat nasihat kepimpinan & jamaah bagaimana kita ingin memutuskannya.

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

Amin al-Kalantani

Tazkirah Pagi Jumaat.

Saya mendapat satu tazkirah melalui email rakan.

Hayatilah dan praktis……

Assalamu’alaikum wr wb ..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta Baginda SAW memberi ucapan khusus
untuk kaum wanita
. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di
Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil
Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah
seperti berikut:

“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.

Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab,
“Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di
bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba,
akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus
agaknya.”
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas
rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis.. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas.
Masa ni jugak nak habis.”
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti
tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Teruskan membaca

Tazkirah Jumaat : 4 Tanda Celaka & 4 Tanda Bahagia

4 Perkara Tanda Celaka & 4 Perkara Tanda Bahagia

Malam jumaat saya sempat mengikuti kuliah Ustaz Taib Azamuddin di Masjid Ibtisam TTDI Jaya.

Ustaz mendatangkan tazkirah berkaitan 4 perkara tanda celaka dan 4 perkara tanda bahagia yang dipetik daripada Hadith Rasulullah SAW.

4 Perkara tanda celaka.

1-Melupai akan dosa-dosanya yang lalu. Lantas dia tidak segera bertaubat kerana alpa atasnya.

2-Mengingati akan amal-amal baiknya yang telah lalu. Lantas dia merasa cukup atas kebaikannya.

3-Melihat orang yang lebih tinggi dalam soal-soal duniawi. Lantas dia tidak pernah bersyukur dan sentiasa merasai tidak pernah cukup.

4-Melihat orang yang lebih rendah dalam soal ibadah. Lantas dia merasa cukup dan puas atas amal ibadahnya.

4 Perkara tanda bahagia.

1-Mengingati akan dosa-dosanya yang lalu. Lantas dia bersegera untuk bertaubat kerana sentiasa mengingati akannya.

2-Melupai akan amal-amal baiknya yang telah lalu. Lantas dia bersegera untuk menambah amal baiknya.

3-Melihat orang yang lebih rendah dalam soal duniawi. Lantas dia sentiasa bersyukur dan sentiasa merasai cukup dengan rezki Allah SWT.

4-Melihat orang yang lebih tinggi dalam soal ibadah & ketaatan. Lantas dia merasa tidak puas atas amal ibadahnya berbanding dengan orang lain dan cuba untuk mempertingkatkannya.

Tazkirah daripada ulama’ yang ikhlas mendatangkan momentum untuk perubahan diri. Hisablah diri kita di manakan kedudukan kita. Adakah dalam kategori celaka ataupun bahagia. Jika dalam kategori celaka, wajiblah kita merubah dan mujahadah untuk menjadi kategori bahagia.

Sabar Dalam Berjuang

Islam Sentiasa Dijulang!

Amin Al-Kalantani