diariku

Bahagian ini adalah untuk diari-diari semasa merangkumi aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan

44 thoughts on “diariku

  1. Ya Akhi Rizal,
    Ana rindu jugak ke POLIKU….ari tu datang ngan che det ngan zamil. InsyaAllah kalau ada kelapangan wang dan masa ana nak ziarah zon sarawak punya. Nak tengok setakat mana kekuatan kat sana. Camna baby sehat ka?

  2. Program Berbuka Puasa & Solat Tarawikh Yokogawa berjalan dengan lancar pada 2/10/07 bersamaan dengan 19 Ramadhan 1428. Selain itu juga satu tabung amal yang digelar Tabung Amal Ramadhan berjaya dilancarkan untuk mengumpulkan derma dan sumbangan daripada semua staff muslim Yokogawa. Terima kasih khasnya buat Akhi Fadhil yang mendapatkan pentazkirah, Ust Bakri.

  3. Waalaikumussalam buat Sdr Fakrurrozy,

    Salam ziarah kembali. Terima kasih kerana sudi bertamu di laman web saya yang serba dhaif ini. Alhamdulillah semoga melalui penulisan kita di ruangan maya ini menjadi satu titik tolak kepada kebangkitan Islam yang telah dijanjikan oleh Allah SWT kepada kita semua. Teruskan menulis!

  4. Pada 6/11/07, saya bersama Isteri telah menghantar mak mertua saya ke DEMC. Mak mertua saya mengalami kebengkakan di tulang rawang disebabkan beliau terjatuh dari katil. Alhamdulillah sekarang mak mertua saya dah keluar dari wad DEMC.

  5. 19/11/07 – Memulakan Diskusi Ilmu : Tafsir Al-Fatihah di Surau Apartment Delima. Alhamdulillah dalam 5 orang. Diskusi Ilmu ini akan diketuai oleh saya sendiri setiap malam isnin, selasa dan jumaat selepas maghrib.

  6. 21/11/07- Mengikuti Kuliah pertama kali dengan al-Ustaz Rashiq kat Surau Apartment Delima. Beliau banyak menyentuh perihal aqidah dan pegangan ahlus sunnah wal jamaah. Beliau juga menggunakan slaid power point yang menarik dan juga tanyangan vedio jihad muslimin di Palestin dan vedioa ulama’ulama’ nusantara.

  7. 23/11/07 – Bersama isteri, mak mertua dan keluarga kakak ipar ke Bukit Cerakah. Tempat yang paling menarik ialah rumah 4 musim. Sekarang nie musim sejuk. Hu…sejuknya tak terkira.

  8. 5/12/07 – Mengikuti kuliah Lepas Maghrib Kuliah Aqidah oleh Ust Rashiq dan kuliah Tajwid selepas Isya’ dengan Ust Aniq. Alhamdulillah banyak benda yang baru bertambah.

  9. 31/12/07 – Mengikuti program XPDC Dakwah bersama Pemuda Shah Alam. Bermula jam 11.30 malam dan berakhir jam 1.30 pagi. Mengedarkan risalah dan kalender.

  10. 2/1/08 – Mengikuti kuliah Lepas Maghrib Kuliah Aqidah oleh Ust Rashiq dan kuliah Tajwid selepas Isya’ dengan Ust Aniq. Alhamdulillah banyak benda yang baru bertambah.

  11. 1/1/1429 – Mengikuti Program Majlis Sambutan Maal Hijrah 1429 di Surau Apartment yang diketuai oleh Ust Rashiq. Majlis dimulai dengan Bacaan Yaasin sampai ayant 51 dan membaca doa awal tahun. Setelah azan maghrib dilaungkan, kami menyambung semula bacaan surah Yaasin sampai habis. Kemudiannya disambung dengan bacaan doa awal tahun. Setelah solat maghrib ada ceramah maal Hijrah. Selepas solat isyak ada jamuan ringan.

  12. 2/1/1429 – Mesyuarat penubuhan Kelab Hafazan peringkat Apartment Delima yang diketuai oleh Ust Ismail. InsyaAllah kami akan mengadakan program ini setiap hari selasa malam rabu selepas isyak. Kaedah hafazan yang digunakpakai ialah AlHuffaz iaitu ulangan sebanyak 60 kali. Pihak kelab memutuskan untuk memulakan hafazan bermula Juz yang ke 30 iaitu surah An-Naba’.

  13. 2/1/1429 – Majlis Sambutan Ma’al Hijrah peringkat Yokogawa akan diadakan daripada jam 11.30 pagi hingga 12.15 tengahari. Majlis dimulakan dengan Tazkirah (saya sendiri yang akan menyampaikannya). Kemudian doa awal tahun dan akhir tahun serta jamuan makan tengahari.

  14. 23/11/2008 – LIQA FIKRI PEMUDA SHAH ALAM BERSAMA UST ZAHARUDIN MUHAMMAD (MENANTU TG HJ ABD HADI AWANG) JAM 9.15MLM – 10.30 MLM BERTAJUK SIYASAH SYAR’EYAH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s