Tips Untuk Anak Panas Baran
Assalamualaikum buat pembaca budiman semua.
Saya merasa amat terpanggil untuk berkongsi dengan anda tips2 yang terbaru berkaitan pendidikan anak-anak. Saya juga sebagai seorang bapa cukup merasai bagaimana mencabarnya tugas dan tanggungjawab ibubapa hari ini.
Saya berkongsi sedikit berkaitan pelayar yang melawat blog ini setiap hari. Puratanya sekitar 150 kali sehari. Ini menunjukkan betapa ibubapa hari ini amat memerlukan panduan dan dorongan untuk mendidik anak-anak.
Saya ingin berkongsi satu tips untuk mengatasi anak yang panas baran. Perkongsian ini merujuk kepada penulisan Sdr Rashidah Mustaffa dalam SOLUSI keluaran 42 mukasurat 30 – 31. Bagus untuk dibaca oleh semua ibubapa.
Antara sebab yang menjadi anak-anak panas baran ialah :
1. Faktor genetik.
2. Rasa lapar.
3. Keletihan.
4. Tidak mendapat apa yang dikehendaki.
6. Tidak mendapat perhatian.
Antara saranan penulis untuk mendidik anak mengawal kemarahan ialah :
1. Marah kerana Allah SWT.
2. Urus kemarahan anak-anak dengan cara yang hikmah.
3. Sentiasa ingat Allah.
4. Perbanyakkan ta’awwuz.
5. Berdiam diri.
6. Tenangkan dan ubah posisi.
7. Menghukum.
8. Hayati sirah Nabi SAW.
Tips untuk anak panas Baran
1. Azankan di telinga kanan anak-anak semasa mereka hampir terlelap tidur sebanyak 7 kali.
2. Jaga pemakanan. Elakkan daripada makanan ringan (jajan), jeruk, air berkarbonat dan buah epal hijau. Sebaliknya bagi mereka kismis mengikut bilangan ganjil.
3. Jaga pergaulan. Jangan biarkan anak-anak berada diluar rumah pada waktus senja sehingga Isyak.
4. Bacakan surah al-Soffat, surah al-Jin dan Surah Yassin pada air. Kemudian mandikan anak-anak dengan air tersebut dan juga jadikan minumannya.
Untuk bacaan lanjut sila rujuk kepada Majalah Solusi keluaran 42.
Semuga bermanfaat untuk pembaca budiman.
Ketua Editor AnakkuSoleh.Wordpress.com
Catatan Hujung Minggu – Renungi Kembali KPI Orang Mukmin
Assalamualaikum semua,
Sudah lama rasanya tidak membuat sebarang posting di ruangan blog ini.
Namun, saya mengambil kesempatan untuk kita sama-sama bermuhasabah tentang KPI (Key Performace Indicator) yang Allah SWT telah gariskan di dalam surah Al-Mukminun.
Maksud ayat al-Quran
1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (QS. 23:1)
2. (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam shalatnya, (QS. 23:2)
3. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, (QS. 23:3)
4. dan orang-orang yang menunaikan zakat, (QS. 23:4)
5. dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, (QS. 23:5)
6. kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki 995; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. (QS. 23:6)
7. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (QS. 23:7)
8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya, (QS. 23:8)
9. dan orang-orang yang memelihara shalatnya. (QS. 23:9)
10. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (QS. 23:10)
11. (ya’ni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya. (QS. 23:11)
KPI ini walaupun rasanya biasa kita dengar, namun penekanan yang dibuat oleh ALlah SWT di dalam surah ini benar-benar menusuk di hati siapa yang membaca untuk mencari makna kejayaan orang yang beriman.
Solat merupakan hubungan secara langsung dengan Allah SWT, sementara zakat merupakan hubungan sesama orang beriman. Sementara itu tugas sukar kita juga untuk mengelak diri daripada perkara yang sia-sia. Juga tugas yang mencabar untuk menahan nafsu serakah kita hanya untuk isteri yang halal sahaja. Juga tugas sukar jika diberi amanah (contoh bekerja), amanah itu kita laksanakan dengan benar-benar amanah.
Ayuh sama-samalah kita muhasabah diri sejauh mana solat,zakat, amanah kita, dan hawa nafsu kita telah kita benar-benar jaga untuk mencapai maqam surga firdaus.
Ya Allah bantulah kami insan yang lemah ini.
Amin Al-Kalantani
Terengganu.
Persona : AirCond Problem
Salam,
Lama tak post apa-apa kat sini.
Just nak share sedikit pengalaman repair aircond persona.
Baru-baru ni kereta persona yang baru kami pakai 3 tahun ada licking kat piping aircond.
Saya hantar kat workshop biasa dia bagitahu saya compressor dan valve dalam sistem air cond kereta saya rosak. perlu tukar semua sekali. Total cost dalam RM1700.
Saya tak puas hati. Saya cancel repair kat situ dan bertanya kat Proton Servis Centre. Warranty kereta proton Persona hanya cover sampai 50K.
Saya minta pandangan dia. So dia minta saya ke kilang aircond terus di SANDEN atau PATCO.
Nasib baik saya pergi repair di PATCO. Technician hanya bagitahu kat saya bahawa piping sahaja yang problem. Total cost piping+gas+labour hanya RM210.
Itulah yang menjadi pengajaran kepada saya. Perlu servis kereta ditempat yang betul agar kita tidak mudah ditipu.
Yakjuj & Makjuj Bencana Di sebalik Gunung
Assalamualaikum,
Yakjuj & Makjuj merupakan suatu misteri yang tidak ramai mengkajinya. Namun penulis Muhammad Alexande dan Wisnu Sasongko telah menghasilkan sebuah karya merungkai misteri Yakjuj & Makjuj ini.
Karya ini berupa sebuah pengkajian yang serius mengenai Yakjuj dan Makjuj yang menggabungkan studi tiga kitab utama iaitu al-Quran, Taurat dan Injil dan dikupas secara ilmiah. Sesiapa yang memiliki buku ini, pasti akan mengetahui misteri yakjuj dan makjuj ini.
Dapatkan segera dari saya.
Harga pasaran RM31.00
Harga tawaran RM20.00 <Second Hand Book>
Rezeki Allah Maha Luas
“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Thalaq : 2-3)
Tafsir Quran Perkata – Miracle
Makrifat Cinta
Makrifat Cinta
Dia memandang jauh ke arah matahari yang hampir terbenam di ufuk barak. Aroma dan suasana petang itu cukup menggamit perasaannya. Perlahan-lahan dia menyedut udara petang itu yang sungguh bersih dirasakan hidungnya. Dia menyedut dalam-dalam agar udara bersih isu memberi seribu kebaikan untuk jasadnya. Angin sepoi-sepoi bahasa yang menerobos mukanya itu dirasakan seperti alam bersalaman dengan jiwanya yang dalam keresahan. Alam ciptaan Tuhan adalah untuk manusia belaka.
“Allahuakbar….Allahuakbar!”
Astaghfirullahalazim. Sudah masuk solat Maghrib rupanya!
Dia beristighfar panjang. Terlalai sekejap dengan keindahan dunia yang fana. Dia terus berkejar pulang ke hotel untuk mandi. Boleh saja terus ke masjid, tapi badannya yang melekit-lekit pasti menggangu dirinya. Sudah siap, dia bergegas-gegas memandu keretanya menuju ke masjid berdekatan dengan hotel tumpangannya.
“Waduh! Jemaah sudah selesai solat m aghrib!”
Dia cuba mencari-cari kalau-kalau ada jamaah yang lain yang masbuk menyambung solatnya. Nampak di kejauhan seorang berjubah putih bersih dan berserban sedang menambah solatnya. Dia bersegera menghampirinya dan mengangkat takbir berdekatannya. Allahuakbar!
Tak perlu cuit lagi kerana cukup dengan takbir yang sudah memberi signal kepada orang itu menjadi imam. Syukur! Sempat berjemaah malam ini. Sunguh enak solat maghrib dalam keadaan yang tenang dan damai. Selesai salam, dia terus menyambung solat sunat selepas maghrib.
Terdengar di telinganya ada kuliah selepas maghrib ini oleh Ustaz Mustafa Al-Makki. Alhamdulillah ada santapan malam buat jiwaku yang resah ini. Dia sememangnya rindu pada kuliah dan tazkirah yang manis dan penuh mengarah kepada kejernihan jiwa. Walaupun dia merupakan lulusan kejuruteraan, namun minat mendalamnya terhadap ilmu agama sentiasa bermain-main dalam benak fikirannya.
“Assalamualikum semua hadirin sekelian………………”lamunannya terhenti dengan sapaan salam oleh ustaz yang telah bersedia didepan para jemaah.
“Waalaikumussalam….”serentak jemaah menjawab salam. Oh sungguh indahnya Islam. Masing-masing berdoa keselamatan satu sama lain.
“Tuan-tuan hadirin jamaah semua. Alahmdulillah marilah sama-sama kita mengucap syukur tahmid memuji Allah SWT Rabbul Jalil yang terus menerus memberi rezeki kepada kita. Allah SWT sentiasa mengingati kita walaupun kita banyak melupaiNya.
Cuba saya dan tuan-tuan muhasabah diri kita hari ini. Berapa banyak kita ingat akan Allah SWT? Berapa banyak ucapan tahmid dengan ikhlas hati kita lafazkan?”
Persoalan ustaz itu seolah-olah begitu mendalam dan terus menusuk jiwa para jemaah. Lembut dan cantik susun katanya ditambah dengan panahan yang mendalam. Dia terus tertunduk dan cuba mengingati apakah ada dia bersyukur hari ini atas segala nikmat kurniaan Tuhan? Ah…kalau adapun sedikit….
“Saya dan tuan-tuan pastinya kita mengira segala rezeki, isteri dan anak-anak yang berada disekeliling kitalah yang membuat kita bahagia. Kemewahan, kesenangan memiliki kerja yang bagus. Kereta yang mewah. Pejabat yang gah. Maka kita rasa bahagia sekali berbanding orang lain. Namun, pernah tak kita perhatikan itu semua anugerah Allah SWT kepada kita?”
Ketidakpastian
Salam Ramadhan,
Saya ingin berkongsi satu posting daripada blog saifulislam.com.
Di bawah ini saya cut n paste di blog ini.
MAKAN GAJI VS KERJA SENDIRI
Lebih mudah untuk kita analogikan seorang yang makan gaji dengan seorang yang berniaga sendiri. Orang yang makan gaji, pendapatannya tetap setiap hujung bulan. Sama ada dirinya produktif atau tidak, hasilnya sama.
Malah pada bulan Ramadhan ini, dengan membanyakkan tidur di pejabat dan pulang awal setiap hari, hasil pendapatan tetap sama. Sesuatu yang tetap dan pasti, rupa-rupanya boleh menjejaskan kesungguhan dan produktiviti, seiring dengan kurangnya rasa bersyukur atas kurniaan.
Berbeza pula dengan yang berniaga sendiri. Penghasilannya amat bergantung kepada kesungguhan, kerajinan dan produktiviti masing-masing. Kuat bekerja banyak hasilnya. Sedikit berusaha, terjejaslah pendapatannya.
Ketidakpastian adalah rahsia kesungguhan dan kerja keras yang diperlukan.
Ketidakpastian + usaha keras = kemajuan, itu sifirnya.
Demikianlah hikmah sebuah ketidakpastian.
Selamilah kata-kata ustaz secara mendalam.
Amin Al-Kalantani
40170 Shah Alam
24 Ramadhan 1431
Kurma Yusuf Taiyoob
JUALAN KURMA YUSUF TAIYOOB (YUTA) SEMPENA RAMADHAN 1431H
ألسلأم عليكم ورحمة الله وبركاتة
Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1431Hijrah
Semoga kita sempat menyambut Ramadhan tahun ini dan beroleh manfaat darinya.
Untuk juadah berbuka, anda boleh mendapatkan kurma Yusuf Taiyoob dengan harga yang lebih murah berbanding di pasaran.
InsyaAllah stok akan sampai Selasa atau Rabu minggu depan.
Jika berminat untuk belian biasa atau borong, just e-mail(al_amin1982@yahoo.com) atau call saya terus 019-7964780 (Amin Al-Kalantani)
JENIS KURMA YUSUF TAIYOOB
|
HARGA PASARAN SEKOTAK | HARGA JUALAN SEKOTAK |
KURMA WASEM |
RM 12 |
RM10 SAHAJA |
KURMA SAFINA
|
RM 12 |
RM10 SAHAJA |
KURMA MADU YUTA | RM 11 |
RM10 SAHAJA |
KURMA SAFIA TIDAK BERTANGKAI |
500gram = RM10
|
Ramadhan Return (R2)
Salam Ramadhan,
Ramadhan semakin dekat,
Persiapan masih kelat,
Jiwa masih berkarat,
Penuh dengan maksiat,
Ayuh semua berpakat,
Cepat-cepat taubat,
Agar iman sehat,
Menempuhi bulan berkat,
Dengan jiwa hebat,
Lepas ramadhan naik derajat,
Taqwa akhirnya kita dapat.
Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak!
Teratak Buruk
Nukilan : Amin Al-Kalantani
Nun jauh dihujung sebuah kampung ada sekeluarga yang hidup harmoni dalam keadaan yang serba kekurangan. Hidup mereka cukup rukun dan bahagia walaupun dalam suasana serba kekurangan. Inilah nikmat ketenangan yang jarang diperolehi oleh orang-orang yang banyak duit.
Hidup mereka bahagia ditambah hidup ditepian pantai yang begitu indah menggamit perasaan keinsafan kepada Pencipta. Si ayah hanyalah seorang nelayan. Si ibu pula hanyalah seorang surirumah dan pembuat kuih. Namun kedua-duanya mempunyai jiwa besar yang tidak terfikir oleh orang lain.
Hidup mereka sekeluarga amat perit. Hasil pendapatan si suami dan si isteri tidak dapat menampung lima anak-anak mereka. Namun, demi sebuah kehidupan digagahi jua hidup ini.
“Abang, petang ni kita nak makan apa?. Lauk dah habis kat dapur…”si isteri mula bersuara kegelisahan memecahkan keheningan petang yang damai.
“Goreng sajelah nasi tu dengan ikan bilis” cadang si suami seolah. Bagi dirinya biarlah berpada-pada dengan apa saja yang ada. Maklumlah sekarang ni musim tengkujuh. Bahaya ombak badai menyebabkan semua nelayan tidak turun ke laut. Jadi duitpun tak bertambah.
“Abang kena fikir cara bagaimana nak cari duit lebih! Kita semua perlu duit nak beli makan. Anak-anak pula nak sekolah. Duit yang saya buat kuih tu tak cukup bang! “ si isteri terus bersuara.
Si suami asyik memandang ke arah laut. Tergambar olehnya rezeki Allah yang terbentang luas di dalam lautan. Itulah sumber rezeki yang halal. Dia sentiasa berpegang teguh bahawa wajib dirinya untuk memberi anak dan isteri rezeki yang halal. Walaupun rezekinya sedikit, tetapi pasti ada keberkatan.
“Bang…apa yang abang mengelamunkan lagi tu! Buatlah sesuatu…” getus si isteri lagi bila melihat si suami tidak memberi apa-apa respon.
“Yah aku ni tak pandailah nak buat kerja lain. Laut itulah saja tempat aku berpencak mencari rezeki selama ini. Kalau di atas darat ni aku tak berapa pandai!” Pak Man cuba memberi penjelasan pada isterinya Mak Yah. Memang betul dia tak pandai nak buat kerja di atas darat. Selama ni pun dia sejak kecil lagi mengikut ayahnya ke laut. Jarang sekali dia bekerja di atas darat. Itupun dia cuba buat kerja ikut-ikut orang buat rumah. Tak menjadi! Tangan baku!
“Kalau macam tu saya ajelah bekerja…abang duduk dirumah basuh baju, masak, sapu rumah, sidai kain! “ Mak Yah dah tak tahan dengan gelagat suaminya. Anggapannya memang pemalaslah orang suaminya.
“Jangan macamtu. Cukuplah dengan awak buat kuih. Tak perlu kerja lain dah. Saya cubalah cari jalan lain sementara musim tengkujuh sebulan dua bulan ni. Anak-anak dah nak cuti. Paling kurang saya cuba cari untuk kita buat makan sekeluarga” biasalah suami bila dah kena cabar, pantang dicabar. Walau tak nampak lagi apa yang nak dibuat. Cabaran mesti disahut.
Petang tu selepas solat asar berjemaah di Masjid Pak Man terus menuju ke kedai kopi. Tujuan dia nak bertanya kalau-kalau kedai kopi tu memerlukan tukang basuh pinggan ke ataupun ada sebarang kerja lain untuknya. Janji kerja halal!
Singgah di kedai kopi dia ternampak kawannya Pak Mail sedang berbual-bual kencang dengan beberapa orang yang tak dikenalinya. Nampak meriah semacam jer. Pak Man terus meluru ke meja Pak Mail duduk. Harap-harap ada kerja yang lebih bagus sedang diperkatakan oleh mereka. Maklumlah Pak Mail pun nelayan. Mesti tak turun ke laut. Duit kena cari jugak.