PENGEMIS KASIH
Dia melempar jauh pandangannya ke pantai seolah-olah ingin membuang segala masalah yang membuku di hati. Masalah yang semestinya tidak dapat dipisahkan daripada hidup seorang insane bernama manusia. Angin sepoi-sepoi bahasa menerjah mukanya sehingga terasa bagai dibelai oleh alam dengan belaian maha lembut.
Hari ini dia bertekad untuk lari daripada hiruk pikuk Bandar yang menyesakkan dada sehingga tiada masa rehat. Hidup di Bandar hanya satu tujuan untuk menambah duit dan pendapatan. Keluar seawal pagi dan pulang lewat senja. Itulah rutin hariannya macam robot yang telah diatur hidupnya. Kaku tiada apa-apa dalam jiwanya.
Hari demi hari dilalui dengan jiwa yang tidak tenteram. Seolah-olah hidupnya selama ini tidak beerti sangat. Deruan bunyi enjin motorbot memecahkan suasana hening di pantai petang itu. Dia inging menikmati sepenuhnya suasana senja di tepi pantai. Nun jauh di sana matahari sedang tenggelam di ufuk barat. Perlahan-lahan warnanya berubah-ubah…Jiwanya terasa cukup damai diberi kesempatan seperti hari ini.
“Jauh mengelamun wahai anak muda!” lamunannya tiba-tiba diganggu dengan sapaan seseorang yang tidak dikenali.
“Oh..pakcik . Ada apa ya? “ dia melontar persoalan. Bagaimana tiba-tiba pakcik itu boleh berani menyapanya yang tidak pernah mengenalinya sebelum ini.
“Pakcik sebenarnya dah lama memerhatikan kamu dari tadi. Macam kenal saja dengan kamu ni. Kamu dari mana ya wahai anak muda?”..pakcik itu mula mengatur soalan.
“Oh saya dari Kuala Lumpur pakcik. Kenapa pakcik pernah berjumpa dengan saya ke sebelum ini?” dia pula menyoal. Pelik benar orang tua ni. Pakaian yang sedikit selekih. Berbaju dan berkain pelikat lusuh.
“Macam pernah jumpa dengan kamu. Tapi pakcik dah lupa di mana.”
——-
Kedengaran laungan azan maghrib memecahkan kehiningan senja. Masing-masing telah berangkat pulang ke rumah dan ada yang bergegas ke masjid menunaikan solat berjemaah. Tapi masing ada insan-insan yang tidak peduli malam ataupun siang. Masih lalai dengan cara hidupnya di pelusuk bumi.
Dia masih di situ juga. Selepas solat maghrib di chalet. Dia bergegas ke tepian pantai. Seolah-olah dia benar-benar tidak ingin melepaskan suasana pantai yang mendamaikan. Disedut-sedutnya dalam-dalam nafasnya dan dihembus perlahan-lahan. Oh sungguh segar dan membahagiakan! Kalaulah dia perolehi ini sejak dulu lagi.
Sejak ibubapanya berpindah dari Kelantan ke Kuala Lumpur, dia telah hidup dalam hiruk pikuk suasana Kota. Dia bukanlah seorang budak yang baik. Sentiasa berfoya-foya bersama-sama rakan di supermarket dan kadang-kadang berani juga dia singgah di NightClub. Itulah budaya yang semakin subur di kalangan orang muda. Kalau tak merempit, macam-macam lagi gaya hidup orang muda yang diselongkarinya. Hinggalah satu ketika dia dikejutkan dengan satu mimpi yang telah mengubah 180 darjah kehidupannya.
“ Amir…apa yang dimenungkan lagi tu. Engkau dah ok ke? Esok kita dah nak balik KL. Kau macam nak duduk lama lagi kat sini jee“ Malik kawannya orang Terengganu yang sudi membawa dia berjalan-jalan di Terengganu.
“Aku masih tak boleh lupakan peristiwa hari tu! Masih terngiang-ngiang lagi dalam fikiranku. Aku rasa aku nak sambung cuti dalam dua tiga hari lagi kat sini.” Dia tak dapat menipu diri sendiri. Paling kurang jika dia masih di sini dia rasa ada satu ketenangan.
“Emm…sebenarnya apa yang dah terjadi pada kau Mir. Asyik-asyik itulah yang engkau sebut-sebut. Tapi bendanya engkau tak terus terang. Macamana aku nak tau!” Malik macam naik angin sikit. Bagi Malik sia-sialah dia bawa Amir bercuti di kampungnya. Alih-alih tak dapat menolong selesaikan juga masalah kawannya ini.
“Bukan macamtu Malik. Aku tak dapat ceritakan lagi buat masa sekarang ni. Bila masanya aku akan ceritakan pada kau.”
——-
Pagi itu dia bergegas menuju ke masjid tempat pakcik itu menumpang teduh. Baginya pakcik itu ada satu kelainan dan rahsia yang tersurat daripadanya. Dia juga ingin menceritakan kejadian aneh yang telah menimpanya sebelum dia datang bercuti.
Waktu dia tiba di masjid, dilihatnya pakcik itu sedang membersihkan laman masjid dengan begitu tekun sekali. Kadang-kadang sampai membongkok hampir rebah kerana dek bersungguh-sungguh benar dia menyapu dan meniliti takut-takut ada tahi cicak yang bertempek ke sejadah dan saf-saf solat.
Dia hanya memerhati dari jauh gelagat pakcik itu. Walaupun sudah tua, namun riak-riak wajah pakcik tersebut seolah-olah menunjukkan dia begitu kuat dan tabah.
“Wahai anak muda ada apa kamu datang ke sini?”
“Saya ingin meminta sedikit nasihat daripada pakcik!”
“Nasihat apa wahai anak muda. Aku sendiri tiada apa-apa.”
Itulah yang bermain-main difikirannya. Pakcik itu begitu merendah diri. Walhal dia cukup yakin ada sesuatu yang ada pada pakcik tua ini yang mampu meleraikan masalah yang dihadapinya sejak dua tiga minggu yang lepas.
——— Teruskan membaca