Anda Hebat jika boleh akui kehebatan orang lain

“Anda Hebat jika boleh akui kehebatan orang lain”

Apabila kita berada di suatu kedudukan ataupu kemajuan, kita akan merasai bahawa diri kita lebih hebat dari orang kebanyakkan.

Apabila kita merasai diri sudah hebat, amat payah kita untuk menerima teguran dan pandangan.

Apabila kita susah menerima teguran dan pandangan, kita akan tersesat di perjalanan.

Anda Hebat jika akui kehebatan orang lain.

Anda hebat jika anda sudi mendengar kritikan orang bawahan anda.

Anda hebat jika anda sudi mendengar nasihat orang lain.

Anda hebat jika berani buat perubahan ke arah kebaikan!

Amin Al-Kalantani