18 Hotel sahaja dari 2,360 dapat sijil halal di Malaysia

Tertarik dengan perbahasan di Parlimen berkaitan isu tahap keHALALan makanan di Hotel di MAlaysia.

Persoalan ini telah diutarakan oleh YB Siti Zailah dari Rantau Panjang.

Soalannya berbunyi :

4. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah hotel yang sedang beroperasi di seluruh negara mendapat pengiktirafan “Logo HALAL” dan berapakah yang masih belum mendapat pengiktirafan tersebut. Apakah usaha untuk mengatasi masalah ini.
– Soalan Tambahan – PAS Rantau Panjang (teks sila klik) (10.40 pagi), BN Kuala Krau

Rujuk : http://www.mppas.blogspot.com/

Jawapan menteri pada persoalan ini cukup mengejutkan.

Dalam penjelasan tadi Mashitah memberi tahu Parlimen daripada 2,360 hotel hanya 18 buah saja yang mendapat sijil halal daripada Perbadanan Kemajuan Islam (HDC). Ini bermakna tidak sampai 1 peratus atau hanya 0.76 peratus saja yang mendapat sijil halal. Bayangkan betapa umat Islam negara ini yang berkunjung ke hotel terdedah dengan memakan makanan yang tidak halal.

Rujukan : MSOMelayu