Kesan dan Pengaruh Maksiat Bahagian 3

Saya menyambung lagi tajuk ini untuk bahagian 3.

Pada bahagian 3 tajuk ini, saya akan menyambung kesan ke -6 dengan merujuk Bab 7 buku Taubat Untuk Allah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi iaitu yang bertajuk Kesan dan pengaruh maksiat m/s 454.

Maksiat mempunyai kesan-kesan yang buruk lagi keji serta memudaratkan hati dan badan di dunia dan di akhirat. Tiada siapa yang mengetahui sejauhmana kesannya melainkan Allah SWT.

Oleh sebab kekangan masa lapang yang ada, saya hanya sempat membawa hanya satu kesan maksiat untuk bahagian 3 ini. Apapun saya berpandangan bahawa kesan ke-enam ini merupakan satu kesan yang berkait rapat dengan diri kita.

Kesan dan pengaruh maksiat yang ke-enam ialah:

6.Kegelapan hati

Kegelapan di dalam hati adalah satu hakikat yang dapat dirasai seperti mana dapat dirasakan kegelapan malam yang pekat apabila ia melabuhkan tirainya.

Kegelepan di dalam hati akan menjadi seolah kegelapan fizikal yang berlaku pada pemandangannya. Ketaatan adalah cahaya, sementara kemaksiatan adalah kegelapan.

Jika kegelapan menjadi semakin pekat, kebingungannya semakin bertambah sehingga dia terjerumus ke dalam perkara-perkara bid’ah, kesesatan dan perkara-perkara yang memusnahkan tanpa disedarinya.

Samalah dengan orang buta yang berjalan berseorangan di tengah kegelapan malam. Kegelapan hati ini akan menjadi semakin kuat sehingga ia naik ke mata, kemudian ke muka, sehinggalah mukanya kelihatan muram pada pandangan orang lain.

Ibnu Abbas r.a berkata; “Kebaikan menyebabkan sinaran keputihan di wajah, cahaya di hati, keluasan di dalam rezeki, kekuatan  pada badan dan kecintaan di dalam hati orang lain. Kejahatan menyebabkan kehitaman pada wajah, kegelapan di dalam hati, kelemahan pada badan, kekurangan pada rezeki dan kebencian di dalam hati orang lain”

Teruskan membaca

Advertisements

Kesan dan Pengaruh Maksiat Bahagian II

Saya menyambung lagi tajuk ini untuk bahagian II.

Pada bahagian 2 tajuk ini, saya akan membawa anda kepada subtopik terakhir di bawah Bab 7 buku bertajuk Taubat Untuk Allah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi iaitu yang bertajuk Kesan dan pengaruh maksiat m/s 454.

Maksiat mempunyai kesan-kesan yang buruk lagi keji serta memudaratkan hati dan badan di dunia dan di akhirat. Tiada siapa yang mengetahui sejauhmana kesannya melainkan Allah SWT.

1.Terhalang dari ilmu.

Ilmu adalah cahaya yang dilontarkan oleh Allah di dalam hati manusia, sementara maksiat akan memadamkan cahaya tersebut.

Pada suatu masa ketika Imam As-Syafie duduk serta membaca di hadapan Imam Malik, Imam Malik kagum melihat kebijaksanaan, kecerdikan dan kefahaman yang terdapat pada Imam Asy-Syafie. Beliau pun  berkata; “Sesungguhnya aku telah melihat Allah melontarkan ke dalam hati kamu cahaya, maka janganlah kamu memadamnya dengan kegelapan maksiat”.

Imam Asy-Syafie pernah menceritakan;

AKu telah mengadu kepada Waki’ tentang kelemahan hafalanku, lalu beliau menasihatku agar meninggalkan maksiat. Katanya; ketahuilah bahawa ilmu itu adalah kurniaan, kurniaan itu tidak diberikan kepada pelaku maksiat.

2.Terhalang Dari Rezeki

Tersebut di dalam kitab Al-Musnad; “Sesungguhnya manusia terhalang dari rezeki lantaran dari rezeki lantaran doa yang dilakukannya”. Sedangkan ketaqwaan mendatangkan kemiskinan. Cara untuk mendapatkan rezeki ialah dengan meninggalkan maksiat.

3.Merasa Jauh dari Allah

Merasa berjauhan dari Allah di dalam hati pelaku maksiat, sama sekali tidak mendatangkan kenikmatan dan kesenangan. Jikalau kelazatan dunia dihimpunkan keseluruhannya, ia tetap tidak akan dapat terlepas dari hubungan yang buruk itu. Perkara ini tidak akan dirasakan melainkan oleh manusia yang hidup hatinya. Kelukaan tidak memberi sebarang kesakitan kepada hati yang telah mati.

Seorang lelaki telah mengadu kepada seorang arif tentang rasa kesunyiaan yang terdapat di dalam hatinya. Lalu dikatakan kepadanya; Jikalau kamu dijauhkan oleh dosa, maka tinggalkannya jika kamu mahu menjadi dekat.

Teruskan membaca

Kesan dan Pengaruh Maksiat Bahagian I

Alhamdulillah malam ini saya mengambil sedikit masa untuk membelek-belek beberapa buku yang berada dalam simpanan Maktabah AMRA.

Suasana semasa banyak memperihalkan soal-soal politik yang begitu PANAS dan GEMPAR.

Di celah-celah itu, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri.

Sebagai ahli gerakan Islam, kita wajib meneliti tajuk ini supaya generasi yang benar-benar ampuh dan mantap jiwanya dapat dibina bagi menegakkan panji-panji Islam.

Saya pilih dua buku untuk diulas dan diperbincangkan di sini.

Buku pertama bertajuk ‘Taubat Untuk Allah’ karangan Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi yang ditejemahkan oleh Ustaz Mohammad Zaini bin Yahya.

Buku ini mengandungi 7 bab keseluruhannya.

Bab 1 : Kewajipan dan keperluan bertaubat

Bab 2 : Ciri-ciri asas taubat

Bab 3 : Kesempurnaan taubat serta hukum-hukum berkaitan dengannya

Bab 4 : Dosa yang dituntut bertaubat serta pembahagiannya

Bab 5 : Faedah bertaubat

Bab 6: Penghalang-penghalang taubat

Bab 7 : Pendorong-pendorong taubat

Buku kedua ialah Penyakit Rohani dan Penyembuhannya karangan Ibnu Qayyim al-Jauziyah.

Buku ini dibahagikan kepada beberapa fasal. Saya akan memfokuskan kepada beberapa fasal yang bersangkutan tajuk di atas.

Teruskan membaca