Salam Perjuangan 2018

Assalamualaikum

Tahun 2018 telah berada dipertengahan bulan Februari 2018.

Tahun 2018 adalah tahun yang ditunggu oleh rakyat Malaysia.

Tahun 2018 adalah tahun yang besar maknanya.

Tahun 2018 adalah peluang untuk rakyat Malaysia memilih siapa yang akan menerajui kerajaan Malaysia.

Tahun 2018 menuju kepada tahun 2020 yang diletakkan asas Malaysia menjadi negara maju.

Tahun 2018 bakal melakar sejarah baru untuk Malaysia.

Tahun 2018 ini adalah peluang untuk rakyat Malaysia memilih solusi Islam yang ditawarkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menerusi Gagasan Sejahtera.

Tahun 2018 menjadi saksi kepada usaha PAS untuk meletakkan Islam sebagai pilihan kepada rakyat Malaysia.

Tahun 2018 ini ayuh kita bersama PAS dan Gagasan Sejahtera untuk Malaysia Sejahtera Bersama Islam.

#UP

#GagasanSejahtera

#GagasanSejahterauntukMalaysia

Advertisements

Muhasabah Iman & Solat

Salam Perjuangan

Sedikit catatan untuk diri yang alpa.

Dalam banyak-banyak muhasabah, marilah kita muhasabah iman dan keyakinan kita terhadap Allah SWT.

Di mana tahap keyakinan kita kepada Allah SWT?

Haqqul Yaqin
Ainul Yaqin
Ilmul Yaqin

Rasulullah SAW telah diangkat mengadap Rabbul Jalil semasa peristiwa isra’ mikraj dan dianugerahkan dengan ibadah khususi yang tidak diperolehi oleh ummat yang lain iaitu solat lima waktu.

Di dalam solat kita bercakap-cakap dengan Allah SWT dan pelbagai doa yang kita lafazkan.

Latihan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT amat sesuai dilaksanakan ketika menunaikan solat.

Solat sunat juga perlu untuk menambahkan lagi ikatan dan hubungan kita dengan Allah SWT.

Jika zaman canggih dan teknologi sekarang kita berhubung dengan pelbagai cara.

Berhubung dengan Allah SWT melalui solat dan doa.

Mereka yang rindukan Allah SWT akan merasakan manisnya solat dan pasti akan sentiasa rindu.

Lihatlah solat kita sekarang.

Adakah manis ataupun hampas?

Muhasabah diri kita masing-masing.

Amin Al-Kalantani
3 Disember 2017M / 14 Rabi’ulawwal 1439H

Perjalanan

Assalamualaikum

Tanpa disedari masa begitu pantas berlalu.

Perubahan demi perubahan telah berlaku di dalam dunia.

Kemunculan pelbagai teknologi baharu yang menjadi fenomena zaman.

Perubahan demi perubahan ini harus dilihat dengan makrifat dan hakikat.

Dunia semakin laju dan pantas untuk sampai ke penghujungnya.

Beruntunglah bagi manusia yang kekal beriman dan beramal soleh.

Beruntunglah mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran.

Perjalanan kita cuma seketika di atas muka bumi ini untuk mengenal Pencipta.

Usah lalai dan leka.

Yakinilah dan berimanlah kepada Yang Maha Esa.

Semoga kita tetap selamat di atas dunia dan di akhirat sana.

Amin Al-Kalantani

Damailah Di sana Wahai Murabbi Ummah

image

DAMAILAH DI SANA WAHAI MURABBI UMMAH

Wahai Murabbi,
Engkau telah pergi meninggalkan kami.
Engkau telah pergi menuju Tuhan Rabbi Izzati.
Damailah di sana wahai Murabbi.

Wahai Murabbi.
Rohmu telah pergi mengadap Ilahi.
Semuga engkau ditempatkan bersama para Rasul dan Nabi.

Wahai Murabbi.
Permata ummah ini.
Damailah kamu di sana dalam nikmat ILahi.

Wahai Murabbi.
Semuga kita berjumpa lagi.
Di negeri akhirat kekal abadi.
Dirimu tetap hidup dalam hati-hati kami.

Nukilan Buat Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz b Hj Nik Mat
Amin Al-Kalantani
13.2.2015 (Jumaat)

HIJRAH 1436

Assalamualaikum

Telah lama hilang catatanku dalam blog ini.

Telah hilang masaku untuk menulis.

Telah hilang pengaruh blog mahupun wordpress.

Muncul pengaruh FaceBook dan Whatshapp dan seangkatan dengannya.

Cepatnya berlalu zaman.