Negara Islam akan diterima

Saya tertarik dengan satu tajuk berita dalam Malaysiakini iaitu yang bertajuk ‘Lambat laun negara Islam diterima’. Inilah kenyataan yang tidak dapat ditolak oleh sesiapapun.

Jika bukan memahami ISLAM melalui sumber yang asal, maka mereka akan berbondong-bondong menerima ISLAM. Selama ini bukan Islam bahkan orang ISLAM sendiri memahami ISLAM dari sumber yang tidak tepat.

Sumber ini semua merupakan provokasi ganas daripada pihak tertentu yang membenci ISLAM. ISLAM bukan ciptaan orang Melayu. ISLAM bukan ciptaan Nabi Muhammad SAW. ISLAM merupakan cara hidup yang diturunkan oleh ALLAH SWT untuk manusia.

Sedarlah wahai orang Melayu, Cina, India dan lain-lain. ISLAM bukan milik Melayu, Cina, India ataupun sesiapa. ISLAM milik semua bangsa manusia yang mencari kebenaran.

Cubalah dapatkan maklumat sebenar berkaitan ISLAM. Kata orang tak kenal maka tak CINTA!

Lihat berita :

‘Lambat laun negara Islam diterima’
Apr 15, 08 1:12pm
PAS yakin lambat laun Pakatan Rakyat boleh menerima ideologi parti itu untuk melaksanakan pentadbiran Islam sepenuhnya, kata mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

pas islamic state agenda hadi and nik aziz 200105Bercakap kepada sebuah akhbar berbahasa Cina, menteri besar Kelantan berkata Pakatan memerlukan masa untuk menerima pendirian PAS kerana Islam telah lama membeku di Malaysia sewaktu zaman penjajahan.

Sebab itu, tambahnya dalam Sin Chew Daily baru-baru ini, beliau menggesa pemimpin-pemimpin DAP melawat negeri itu dan meninjau sendiri layanan PAS terhadap masyarakat bukan Islam.

Pandangannya dalam wawancara itu diterbitkan kembali dalam The Sun hari ini.

Semalam gabungan tiga parti pembangkang itu sekali lagi mengeluarkan kenyataan bahawa ia komited dengan perjuangan bersama untuk membangunkan negara dan memakmurkan rakyat tanpa ada batasan kaum, agama dan budaya selaras dengan hak asasi manusia sejagat.

pas pkr dap pc barisan rakyat coalition 010408 05“Pakatan berazam melaksanakan dan membawa perubahan berlandaskan prinsip-prinsip demokrasi, keadilan sosio-ekonomi, peluang ekonomi yang saksama dan kebebasan beragma.

“Tugas besar ini kami tanggung bersama selaras dengan janji kami semasa pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

“Pakatan bukanlah medan bagi mana-mana pihak untuk memperjuangkan ideologi persendirian atau parti masing-masing,” kata tiga pemimpin utama pembangkang dalam satu kenyataan.

“Walaupun ada pihak-pihak yang memberi pandangan berbeza dari pada yang telah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin utama tiga parti dalam Pakatan, pandangan itu adalah pandangan peribadi yang tidak sama sekali mewakili mana-mana parti dalam Pakatan.”

Kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang menegaskan “semua pemimpin dan ahli dalam Pakatan telah diarahkan menghentikan pandangan yang lain daripada muafakat bersama.”

ong ka ting 040108MCA semalam berkata ia tidak akan menerima penubuhan negara Islam yang disuarakan oleh PAS kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Presidennya Datuk Seri Ong Ka Ting berkata semua peringkat pemimpin parti Islam itu menyatakan hasrat untuk membentuk negara Islam jika mereka berjaya mengambil alih kuasa kerajaan Persekutuan.

Beliau kemudian menyeru semula parti politik dan pertubuhan agar bersama-sama menghalang PAS daripada membangunkan hasratnya itu.

“Sebarang organisasi atau parti yang bekerjasama dengan PAS hanya akan membantu PAS menjayakan agendanya mendirikan negara Islam,” tambahnya, dipercayai mengulas kenyataan Pakatan Rakyat pada Sabtu bahawa gabungan tiga parti pembangkang itu tidak akan menjayakan agenda peribadi parti masing-masing yang berlainan ideologi itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s