Keluarga Peluk Islam Selepas 8 Tahun

Segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Rabbul Jalil di atas segala kurniaan limpahan nikmat Islam dan rezekiNya kepada kita semua hambanya.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW , ahlul bait, sahabat-sahabat , tabien, serta ke atas suluruh kaum mu’minin dan mu’minat.

Dalam suasana duka dan pasrah terhadap saudara kita di Palestin, marilah kita sama-sama memohon dan memanjatkan doa secara kosisten kepada mereka.

“Ya Allah tolonglah Islam dan kaum muslimin khususnya saudara kami di Palestin yang sedang ditindas dan dizalimi!”.

Jika yang tahu membaca Qunut Nazilah, bacalah pada setiap rakaat terakhir solat fardhu selepas rukuk., Secara kosisten!

Dalam suasana kecamuk kezaliman Israel terhadap Palestin, saya ingin membawa saudara/I pembaca budiman semua kepada kisah insan bernama Paster Yohanes (sebelum memeluk Islam).

Saya ingin memberi azam dan semangat kepada diri saya sendiri, walaupun umat Islam dizalimi dan terus ditindas sinar kebenaran Islam pasti akan menyerlah.

Saya tertarik dengan kisah Paster Yohanes ataupun Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz dalam ranjaunya mendalami dan menghayati Islam.

Seterusnya beliau berjaya mengISLAMkan ibubapanya selepas 8 tahun.

Sebetulnya saya telah menyimpan keratan dalam sisipan Mega Utusan Malaysia bertarikh 27 September 2007, Khamis mukasurat 18 bertajuk “ Pengislaman keluarga termakbul selepas lapan tahun” yang ditulis oleh Zuarida Mohyin.

Sisipan ini menceritakan secara ringkas perihal perjuangan Sdr Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz.

Saya akan memetik beberapa perenggan penting untuk dicoretkan di sini.

Untuk maklumat lanjut, saya mengambil inisiatif scan sisipan tersebut.

Teruskan membaca

RUMAHTANGGA DA’WAH DAN PEMBINAAN GENERASI PEWARIS

RUMAHTANGGA DA’WAH DAN PEMBINAAN GENERASI PEWARIS

Dipetik daripada sebuah laman wb
Topic: 1. KONSEP RUMAHTANGGA

 family-dakwah.jpg

Pendahuluan.

Adalah satu hakikat yang telah kita sama sama fahami bahawa kita hidup di dalam suasana yang berlakunya pertembungan antara Islam dan jahiliyah. Pertembungan ini berlaku di setiap peringkat sama ada dari peringkat individu hinggalah keperingkat masyarakat dan negara. Setiap muslim yang merasai hakikat ini hendaklah menyedari bahawa dirinya perlu membuat persiapan yang rapi. Kegagalan di dalam pertarungan ini akan menjejaskan akhiratnya, dan juga keluarganya. Oleh yang demikian kita di tuntut untuk memahami amal Islami dan melaksanakannya dan juga menyediakan anggota anggota keluarga untuk sama sama mendukung tanggungjawab dakwah dan jihad ini.

Salah satu aspek dalam persiapan jihad ini ialah menyediakan rumahtangga dakwah. Asy Syahid Imam Hassan Al Banna telah meletakkan pembentukan rumahtangga muslim sebagai fasa ke dua dalam amal Islami. Kertas kerja ini cuba membincangkan persoalan rumahtangga dawah dan kedudukannya dalam pembentukan generasi anak anak kita yang mampu mewarisi dakwah Islam.

Apa Kata Islam Mengenai Pembinaan Rumahtangga.

Sebelum kita meneruskan perbincangan mengenai tajuk ini marilah kita memahami pengertian rumahtangga atau keluarga muslim. Apa yang dimaksudkan dengan keluarga muslim adalah keluarga yang mendasarkan segala aktivitinya pada pembentukkan keluarga yang sesuai dengan syariat Islam. Berdasarkan Al quran dan as Sunnah terdapat beberapa tujuan terpenting pembentukkan rumahtangga muslim ini iaitu :

a) Mendirikan syariat Allah dalam segala permasalahan rumahtangga.

b) Mewujudkan ketenteraman dan ketenangan jiwa dan ruh.

Allah berfirman:

“dan di antara tanda tanda kekuasannya ialah dia menciptakan untukmu isteri isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.dan dijadikan Nya di antaramu rasa mawaddah dan rahmah.Sesungguhnya pada yang demikian benar benar terdapat tanda tanda bagi kaum yang berfikir.“
(Surah ar-Rum :21)

Teruskan membaca

Kempen 1 Keluarga 1 Hafiz/Hafizah

Tajuk ini saya pilih hasil saranan seorang Ustaz yang memberi kuliah di Masjid al-Falah USJ sebelum masuk waktu solat jumaat. Kempen 1 keluarga 1 Hafiz/Hafizah telah berjaya dibuat di Pakistan dan di negara Arab yang lain, tapi kat Malaysia belum lagi menjadi satu matlamat.

Mungkin bermain di benak fikiran kita, jika anak-anak dihantar sekolah Tahfiz lepas habis nak jadi apa? Jadi imam? Jadi Ustaz? Gaji sket tak mainlah…Kerjaya kita sekarang dan anak-anak kita kebanyakannya dipengaruhi oleh keadaan negara kita. Waktu saya di sekolah menengah dulu, guru-guru sentiasa memberi dorongan untuk mengambil bidang sains/kejuruteraan, medic dan sebagainya…Menurut mereka gaji tinggi….

Mungkin sedikit-sebanyak mempengaruhi kerjaya sekarang..Namun hafaz al-Quran mesti menjadi satu kewajipan kepada kita semua. Jika kita tidak mampu untuk melaksanakannya, cubalah anak-anak kita pula. Mudah-mudahan mereka dapat memberi syafaat kita di akhirat kelak. Sama-sama semarakkan kempen ini!

Pendidikan Anak-Anak

 

1.0 Muqaddimah

Anak-anak yang dilahirkan oleh isteri kita merupakan satu ujian Allah SWT kepada kita. Sebagaimana yang telahdisebutkan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang berbunyi :   al-anfal-28.jpg

 Maksudnya “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Al-Anfal : 28) Allah SWT telah menjelaskan kepada kita dalam ayat ini bahawa harta benda dan anak-anak yang kita sayangi ini merupakan satu ujian kepada kita. Jika harta benda yang kita perolehi dengan secara yang halal dan menggunakan ke jalan yang halal maka beroleh ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Dalam ayat ini juga Allah SWT telah menyebut anak-anak juga merupakan ujian kepada orang yang beriman. Jika anak-anak yang kita didik mengikut acuan Islam, maka kita akan beroleh ganjaran yang besar hasil ketaatan mereka.  

 2.0 Bilakah pendidikan bermula ?

Persoalan ini telah menjadi isu kepada kita hari ini. Ibubapa hari ini begitu gelisah dengan keadaan semasa anak-anak mereka. Anak-anak mereka berpeleseran tanpa hala tujuan. Suka hiburan daripada buat kerja sekolah ataupun menolong kedua-ibu bapa. Lebih rapat dengan kawan berbanding keluarga sendiri. 

3.0 Rahsia Mendidik Anak-anak.

Di sini saya akan mengupas sedikit sebanyak rahsia mendidik anak-anak daripada pengalaman dan juga pemerhatian saya. Saya akan mengupasnya dengan sedikit ilmu yang ada pada saya melalui pembacaan, kuliah-kuliah, perbincangan dan sedikit pemerhatian. Mungkin ada sedikit kelemahan kerana ia tidak dibuktikan dengan sebarang kajian dan penyelidikan. Apapun saya ingin berkongsi dengan pembaca.  

3.1 Sentiasa berdoa untuk mendapatkan anak yang soleh

Berkaitan berdoa ini, kita sepatutnya mengambil contoh daripada doa Nabi Ibrahim AS. Ketika banginda berdoa dengan doa yang difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang berbunyi : as-shafaat-100.jpg   

Maksudnya “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”

[As-Shafaat :100] Dengan berkat kesungguhan Nabi Ibrahim AS dan keyakinannya, maka Allah SWT mengurniakan kepadanya anak yang penyabar iaitu Nabi Ismail AS dengan firmanNya yang berbunyi: as-shafaat-101.jpg   
Maksudnya : “Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar” [As-Shafaat : 101] Dan banyak lagi khazanah doa para nabi dan para waliyullah yang terkandung dalam al-Quran yang saya tidak letakkan dalam risalah ini. Doa merupakan rahsia utama kepada kunci berolehnya anak-anak yang soleh. Kepada ibu bapa dan bakal bergelar ibu bapa doa amat memainkan peranan utama jika anda bekehendak anak yang soleh dan solehah. Jadi sentiasalah amalkan doa sewaktu memilih pasangan hidup, ketika bersama dengan isteri ataupun suami dan dalam semua pekerjaan. Anda akan dapat tahu natijahnya. 

3.2 Memelihara pendengaran dan penglihatan anak-anak

Rahsia pertama ialah kita sebagai ibubapa mesti mengawasi penglihatan ataupun pandangan anak-anak dan pendengarannya sejak dalam kandungan dan selepas dilahirkan.Pandangan saya ini berpandukan satu firman Allah SWT yang berbunyi :   Maksudnya “Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat Di dalam ayat-ayat al-Quran Allah SWT selalu mendahulukan “pendengaran” dan dipadankan dengan “penglihatan”. Jika diamati mengikut kajian sains semasa hari ini, semasa dalam kandungan, antara organ yang pertama terbentuk ialah telinga kemudian disusuli dengan mata. Telinga untuk mendengar dan mata untuk melihat.  Disebabkan itulah disunatkan kepada setiap bapa mengazankan anaknya disebelah telinga kanan dan diiqamahkan disebelah telinga kiri apabila anaknya dilahirkan. Inilah kunci pertama untuk memastikan pendengaran anaknya mendengar kebesaran Allah SWT apabila pertama kali keluar daripada perut bumi dan akan menjadi salah seorang penduduk bumi.  Setelah beberapa hari, bayi mula membuka matanya buat kali yang pertama. Alangkah indahnya jika sewaktu dia membuka mata buat kali pertama, matanya memandang kepada kebesaran Allah SWT. Saya terfikir untuk menunjukkan bayi saya jika lahir nanti dengan al-Quran. Agar kekal dalam ingatannya bahawa al-Quran menjadi panduannya. Jadi pada anggapan saya apa yang dilihat dan didengar buat kali pertama merupakan satu perkara yang besar bagi anak-anak. 

3.3 Mendidik anak-anak dengan penuh ikhlas

Seorang ibu dan seorang bapa semestinya menyambut bayi mereka dengan penuh kegembiraan dan penuh kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh. Tetapi sejak anaknya dalam kandungan, ibubapa mestilah ikhlas untuk mendidik anak-anak. 

3.4 Mengetahui tujuan manusia diciptakan dan dilahirkan

Pemahaman dan pengetahuan tujuan Khalik menciptakan manusia mestilah difahami dan dihadam oleh para ibubapa. Bagi pandangan saya, apabila ibubapa mengetahui tentang penciptaan manusia maka akan mempengaruhi cara kasih-sayang kepada anaknya. Dalam al-Quran Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : “Dan tidak aku jadikan jin dan manusia selain daripada mengabdi kepadaKu” Maknanya jelas di sini ialah tujuan penciptaan diri kita, anak kita dan keturunan yang mungkin tidak sempat kita temui masa yang akan datang ialah satu tujuan. Tujuannya ialah untuk melaksanakan ubudiyyah kepada Allah SWT dengan sepenuh hati.  Lantaran daripada kefahaman inilah seorang wanita di zaman Rasulullah SAW menangis apabila mengetahui masih ada anaknya yang tidak syahid dalam perang Jihad Fisabillillah. Inilah hati dan seorang ibu yang mempunyai aqal dipandu oleh wahyu bukan dipandu oleh nafsu.  

3.5 Memastikan sahabat karib anaknya 

4.0 Cabaran pendidikan anak-anak di zaman moden

Satu hal yang amat penting diberi perhatian kepada ibubapa hari ini ialah mesti mengetahui cabaran yang menghalang anak-anak mereka taat kepada Allah SWT. Didikan ibubapa di rumah masih tidak menjamin anaknya menjadi taat kepada Allah SWT. Hari ini, rangkaian television, internet, bahan bacaan dan lain-lain sumber ilmu pengetahuan kebanyakkannya tidak menjurus kepada ketaatan.

5.0 Penutup 

Betapa pentingnya kita mengetahui ilmu untuk mendidik anak-anak dan rahsia untuk mendapat keturunan yang sholeh dan sholehah. Hanya abdi mereka kepada Khalik semata.      

Bagaimana melahirkan generasi ubudiyyah kepada Allah SWT?

 I'am muslim

 Tajuk ini saya pilih untuk dituliskan dalam muqaddimah wordpress saya yang baru saya baru bina ini. Dalam setiap ucapan dan perkongsian saya dengan rakan-rakan jamaah, seringkali saya menyebut soal pembentukan baitul dakwah dan mewujudkan keturunan yang mewarisi ubudiyyah kepada Allah SWT. Soalnya bagaimanakah caranya kita semua pencinta Islam untuk memastikan generasi kita akan datang terus dan meningkatkan lagi mutu ubudiyyah kepada al-Khalik.

Sebagaimana Nabi Zakaria berdoa kepada Allah SWT ” Ya Allah, kurniakanlah daku waris yang meneruskan amanah ini”. Nabi Zakaria yang sudah tua dan isterinya juga mandul sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan kepada mereka zuriat yang soleh. Ini menunjukkan kepada kita bahawa pewaris kepada penerusan Ubudiyyah kepada Allah SWT amat dicintai oleh para nabi. Mereka memohon waris/anak bukan atas tujuan untuk dipertontonkan kepada manusia. Sebagaimana ujian yang Allah SWT berikan kepada Nabi Ayub. Semua anaknya meninggal dunia, tetapi Nabi Ayub gagah menghadapi ujian Allah SWT.

Nabi Adam dengan anaknya Habil dan Qabil. Nabi Nuh dengan anaknya yang degil mengikuti ajarannya. Nabi Ibrahim dengan anaknya, Nabi Ismail yang taat kepada Allah. Siti Fatimah anak kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW pula menjadi penyambung zuriat Banginda SAW. Jika diperhatikan dengan teliti, tujuan kita berumah tangga selain daripada menyelamatkan diri daripada fitnah nafsu, kahwin juga bertujuan untuk mewujudkan generasi yang Taat dan Patuh kepada Allah SWT.

Tajuk ini agaknya menjadi satu tajuk yang agak penting kepada yang inginkan keturunan yang soleh. Saya cuba menyambung dan memperpanjangkan tajuk ini dengan sentuhan dan tambahan pandangan saya. Pertamanya jika anda inginkan ana yang soleh, maka semestinya anda dan pasangan anda juga soleh. Kesolehan anda sedikit sebanyak akan memberi impak kepada keturunan anda.

Keduanya, tarbiah baby/anak berlaku semenjak waktu pemilihan pasangan lagi. Bagaimana memilih pasangan untuk mendapatkan zuriat amat penting. Jika kita memilih yang beragama maka kita akan selamat kerana dia akan menjadi ayah atau ibu yang mendidik anaknya nanti ke arah ketaatan kepada Allah SWT.

Ketiganya, tarbiah baby juga bermula apabila dalam kandungan ibunya. Jika mahu anaknya jadi tahfiz al-Quran dan penghafaz hadith, maka sayugia dengarkanlah bacaan al-Quran dan al-Hadith kepada si anak yang masih dalam kandungan. Ini kerana anak yang masih dalam kandungan amat sensitif dengan bunyi-bunyian di luar rahim ibunya. Sentiasa melafazkan kalimah syahadah kepada anak dalam kandungan kerana ianya memberi kesan yang baik kepada aqidah anaknya bila ia dilahirkan di muka bumi.

Keempatnya, kita kena memahami apakah tujuan mendapatkan anak? Adakah semata untuk dikasihi? Adakah setakat untuk menjadi pewaris keluarga kita? Bukan setakat itu sahaja, kita mestilah memandang ke hadapan mungkin sampai 250 juta tahun ke hadapan kalau belum kiamat. Siapakah yang akan meneruskan Ubudiyyah kepada Allah SWT kalau bukan keturunan kita akan datang.