POKOK GHARQAD (AFRICAN BOXTHORN)

Pagi ini saya terjumpa beberapa artikel yang cukup menarik untuk kita sama-sama kaji dan prihatin.

Tajuk : POKOK GHARQAD (AFRICAN BOXTHORN)

Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: ” Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: ‘wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi “.

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw.Dan sekarang,orang Yahudi laknat nie dah buat satu website http://www.jnf.org/work-we-do/our-projects/forestry-ecology/
untuk mengumpul dana bagi menanam 220 juta pokok Gharqad.

Kalau ade sape-sape yang nampak pokok Gharqad ada di tanam di Malaysia nie….harap-harap dapat panggil majlis, suroh tebang ok…. Nama lain dia African Boxthorn.

Sumber : http://jebats.blogspot.com

Lagi Gambar-gambar Pokok Gharqad

Categories: Umum

Rujukan Lain

1. Kenali Pokok Gharqad. Klik di sini

2. Gambar Pokok Gharqad. Klik di sini.

9 thoughts on “POKOK GHARQAD (AFRICAN BOXTHORN)

  1. Yakinlah, Kiamat itu pasti akan tiba.. Islam pasti akan menang.. Semua tu dah tercatit dalam kitab suci kita, Al-Quran.. Walau bumi ni di tutup pokok ni pun, Allah dah kata yang Islam akan kalahkan yahudi..

    Betulkan kalau salah..

  2. Terima kasih akhi khai atas komentar.

    Bagi pandangan personal saya, jika yahudi menanam pokok ini banyak-banyak pun lebih merbahayakan mereka sebenarnya.

    Apabila mereka lari dibalik pokok ini nanti, maka lagi senang ummat Islam untuk menjejak mereka berada.

    Ini bermakna tiada tempat lagi di atas muka bumi buat bangsa Yahudi yang tidak taat kepada Allah SWT.

    Bahkan ini menjadi hints daripada Rasulullah SAW peristiwa yang akan berlaku di akhir zaman.

    Maaf jika pandangan ini tidak tepat sebagaimana maksud hadith nabi SAW.

    AMin AL-Kalantani

    • Subhana-Allah,Maha Suci Allah…

      Bukankah tiap2 ciptaan Allah itu, Dia lebih tahu hikmah & kegunaannya…
      Saya setuju dgn pndpt saudara AMin AL-Kalantani…biarkan saje kafir yahudi tanam pokok 2 byk2 supaya senang umat Islam nak jejak mereka nanti…

      Saya ade terbaca dkt beberapa blog yg suruh org majlis tebang kalau jumpe pokok 2 ade di tanam di Malaysia…

      Knapa perlu tebang??bukahkah pokok itu nanti yg akan menolong kite??betul x??

  3. Salam. Dari sehari ke sehari nak copy tajuk ni, tapi saya terpaksa mengaku kalah. Nak update blog B.Arab pun terkejar-kejar saya dibuatnya. Saya minta maaf sebab tak dapat buat seperti yang saya cakap. Saya cuma mampu buat tajuk dan pautkan ke laman ini. Jazakallahu khairon.

  4. Pingback: POKOK GHARQAD (AFRICAN BOXTHORN) « Just to make you smile.blog

  5. Pingback: POKOK GHARQAD (AFRICAN BOXTHORN) | ArabMykrk.com

  6. Pingback: POKOK GHARQAD (AFRICAN BOXTHORN) | ArabMykrk

Tinggalkan komen