Kesan Meninggalkan Amar Makruf & Nahi Mungkar – Ust Idris Ahmad

 Ust Idris Ahmad

Kembali menulis. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Rabbul Jalil untuk menggerakan jari jemariku menaip untuk menyampaikan apa yang didengar, yang dilihat, yang difahami dan difikirkan. Dalam seminggu ni banyak kejadian-kejadian yang baru dalam hidup ini berlangsung.

Di kesempatan program Majlis Idulfitri baru-baru ini, saya dapat mendengar tazkirah dan nasihat daripada al-Ustaz Idris Ahmad, Ahli Majlis Tertinggi PAS Pusat. Beliau mengulas tentang ‘kesan apabila meninggalkan amar makruf dan nahi mungkar’. Beliau memberi pandangan bahawa suasana dan senario permasalahan yang berlaku di Malaysia hari ini ialah berpunca daripada kita meninggalkan kegiatan amar makruf dan nahi mungkar.

Beliau mengambil contoh beberapa negara luar. Aktiviti mencegah kemungkaran dalam konteks masyrakat umum contohnya penindasan kepada rakyat berjalan dengan baik. Jika harga sesuatu perkhidmatan ataupun barang-barang naik, rakyat akan bertindak memprotes dan harga kembali turun kesan daripada protes tersebut. Keadaan ini tidak berlaku kepada rakyat Malaysia. Apabila sesuatu barang atau perkhidmatan naik, hanya minoriti yang bertindak menegur dan memprotes!

Jika dilihat daripada sudut kebersihan dan layanan di Lapangan Terbang antarabangsa, beliau membandingkan dengan negara orang kafir dengan negara orang Islam. Beliau menyebut hasil lawatan beliau ke luar negara, layanan dan perkhidmatan di lapangan terbang negara orang Islam lebih menyedihkan daripada negara orang kafir. Mutu dan perkhidmatan mempunyai perbezaan.

Kesan daripada meninggalkan aktiviti ini juga, negara kita dibalakan dengan pelbagai bala. Akhir-akhir ini kes rasuah, rogol, bunuh, rompak, ragut dan bermacam-macam jenayah semakin menular khususnya dalam masyarakat Melayu Islam (MI). Bagi saya, masalah ini ialah ‘tanda’ atau’bala’ atau ‘peringatan’ daripada Allah SWT apabila ummah Islam meninggalkan perintah Allah SWT khususnya melaksanakan Islam secara Syamil dalam pemerintahan.

Akhirnya, Ust Idris Ahmad memperingatkan kami agar sentiasa dalam jamaah. Ini kerana dalam jamaahlah kita mampu untuk mengasah minda dan pemikiran kita. Selain menguatkan antara satu sama lain, beriltizam dengan jamaah merupakan perintah daripada Allah SWT.

2 thoughts on “Kesan Meninggalkan Amar Makruf & Nahi Mungkar – Ust Idris Ahmad

  1. assalamualaikum,

    i can say.. nilai ukhuwah di kalangan masyarakat kita sgt low. & mungkin sikap tak prihatin & tak amik peduli. kalo nak kata kurang agama, org yg xde agama pun tahu nak hormati orang lain & berbuat baik adalah common sense & fitrah semulajadi manusia.

  2. Waalaikumussalam,
    To along,
    Saya bersetuju dengan pandangan along. Ukhwah antara kita khususnya masyarakat Melayu sudah longgar kerana Islam tidak lagi dijadikan pegangan. Lihatlah pada sejarah Kesultanan Melayu Melaka, Islam dapat didaulatkan. Betapa orang Melayu di waktu itu cukup kuat. Islam yang menguatkan kita. Apa yang saya tengah fikirkan ialah bagaimana membuka minda orang Melayu terhadap Islam yang syamil?Ada pandangan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s