KELAS PERTAMA ILHAM 26/7
Saya cuba menulis untuk berkongsi apa yang saya perolehi sewaktu pengajian ILHAM siri pertama. Apa yang saya tulis hanya point-point penting sahaja. Untuk kajian lanjut anda boleh mendapatkan melalui kelas-kelas ataupun merujuk kepada ustaz. Penulisan ini akan dibahagikan kepada 4 bahagian mengikut modul pengajaran ILHAM iaitu :
Bahasa Arab
Pengantar Pengajian Al-Quran
Politik Islam
Aqidah Islamiyyah
BAHASA ARAB (UST HUSNI)
Untuk sesi pertama saya terlepas kelas. InsyaAllah saya akan menulis semula selepas belajar kemudiannya.
PENGANTAR PENGAJIAN AL-QURAN (UST SYED HISYAM)
Isi kandungan pengajian :
Definisi Al-Quran dari sudut Bahasa dan Istilah.
Dari sudut bahasa
Al-Quran berasal daripada perkataan bahasa arab QA-RA-A yang membawa makna baca.
Dari sudut Istilah
Al-Quran merupakan panduan yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk menjadi panduan kepada seluruh alam.
Nama-nama lain bagi Al-Quran. Diperbahaskan nama-nama lain al-Quran iaitu :
Al-Furqan (Pembeza antara yang hak dan yang batil)
An-Nur ( Cahaya Kebenaran)
As-Syifa (Penyembuh)
Al-Mauizah (Pengajaran)
Az-Zikr (Peringatan)
Ar-Roh (Penghidupan Jiwa)
POLITIK ISLAM (UST WAN ABDUL RAHMAN WAN ABDUL LATIF)
Definisi politik mengikut secular : pertentangan, kuasa dan konflik.
Definisi politik mengikut Islam : konsep amanah
Terms yang dipelajari: Kuasa, Pengaruh dan Authority
Kuasa : A suruh B. B buat dalam keadaan terpaksa.
Pengaruh : A suruh B. B buat dalam keadaan rela.
Authority : A suruh B. B buat kerana termaktub dalam undang-undang.
Pandangan Ust, di zaman Rasulullah SAW dan khalifah 4 mentadbir dianggap sebagai zaman nubuwwah (konsep amanah). Bermula dengan zaman Khalifah Muamiyyah sudah mula konsep monarki (kuasa). Saya sempat bertanya kepada ust, apakah Islam mengiktiraf konsep monarki?
Ust memberi ulasan ada dua pandangan. Pertama, menolak sistem monarki. Pemimpin yang dipilih mestilah daripada cirri-ciri yang diredhai Allah SWT. Pendapat kedua, apa-apapun sistem boleh diterima asalkan syariat Islam dapat dilaksanakan.
AQIDAH ISLAMIYYAH
Kelas ditangguhkan kepada 9/8/2008.
KESIMPULAN SAYA UNTUK KULIAH PERTAMA
Kelas berjalan dengan baik. Saya Cuma ingin mencadangkan agar sessi dua hala dipertingkatkan lagi bagi memperkemaskan dan memcambahkan idea-idea penuntut. Bagi saya ILHAM adalah suatu wadah membuka minda pendakwah menghadapi arus deras perjuangan terkini. Mudah-mudahan saya istiqomah dengan ILHAM.