PENGARUH BOLA

Malam ini sewaktu pergi mesyuarat di seksyen 9, saya telah melalui jalan stadium shah alam. Pelik juga kenapa ramai sangat orang malam ni. Bersusun-susun kereta.

Biasanya ramai macam ni kalau ada ceramah-ceramah umum anjuran PR. Tapi malam ni rasanya tak ada ceramah. Saya cuba berfikir sejenak apalah agak-agaknya. Tengok dari jauh stadium bergitu cerah. Sahlah ada perlawananan bola sepak.

Saya cuma tidak pasti kumpulan mana yang sedang bertanding. Tapi pastinya kumpulan yang bertanding ini bukan calang-calangnya kerana menarik begitu ramai penonton.

Mungkin perlawanan Chelesea dan Malaysia kot. Saya baru teringat. Wah adakah ini namanya pengaruh? Tidak perlu dipaksa hadir. Semua yang hadir datang dengan sukarela. Ingin melihat aksi setiap pasukan bola sepak yang mereka minat.

Saya cuba menyamakan dengan teori politik yang saya telah belajar melalui ILHAM. Sahlah ini dalam kategori pengaruh. Pengaruh bola! Ini kerana ramai yang datang sanggup menghabiskan wang, minyak, masa dan lain-lain kerana nak tengok bola.

Bola mungkin sama. Cuma pasukan yang menendang bola itu lain. OOO…mungkin pengaruh pasukan. Jika ditenung dalam-dalam setiap pasukan pasti ada pemain yang mahsyur. Pandai mengelecek dan banyak menyumbat gol. Pengaruh ini namanya.

Saya sendiri tidaklah begitu minat dengan perlawanan bola sepak. Cuma masa sekolah menengah adalah juga tengok FIFA. Minat saya kepada pasukan BRAZIL kerana rentak sambanya. Yang saya minat time tu Ronaldo yang berkepala botak. Pandai benar dia mengelecek bola hingga berjaya menyumbat gol.

Pasukan-pasukan yang lain saya jahil. Tapi tokoh2 besar bola sepak setakat yang saya tahu Ronaldo, David Beckham, Ronaldihno, Robinho, Kaka dan beberapa lagi individu. Mungkin saya kenal sebab mereka ni memang tersohor dalam arena bola sepak.

Minat saya tidaklah sampai menyebabkan saya terpaksa bangun malam melihat aksi mereka. Saya tidaklah sampai ‘tidur bola, makan bola’. Saya sekadar ambil peduli dengan perjalanan bola sepak terkini. Bagi saya sudah cukuplaa itu.

Saya tidak hendak nak mengata yang “minat gila” dengan bola ataupun pasukan mana-mana. Itu mungkin hak peribadi masing-masing. Tapi disebalik itu kita kena mengetahui beberapa fakta di sebalik perlawanan bola ini :

1)    Adakah pasukan yang kita tonton menutup aurat?

2)    Adakah dengan menonton pertandingan bola tidak menyebabkan kita meninggalkan yang fardhu?

3)    Adakah dengan menonton bola kita tidak meninggalakan aulawiyyat (keutamaan) yang lain?

4)    Adakah dengan menontongbola kita mendapat menfaat yang baik?

5)    Adakah ketika menonton bola kita tidak lupa kepada Allah SWT?

6)    Adakah ketika menontong bola kita tidak bercampur gaul secara bebas antara bukan muhrim?

7)    Adakah pasukan yang kita tonton tiada apa-apa kaitan dengan sensitivity ummat Islam keseluruhannya?

 

Jika jawapan kepada 7 soalan di atas ‘ya’, saya yakin anda boleh meneruskan minat anda untuk menonton bola sepak. Jika jawapan di atas bercampur antara ya dan tidak, kita perlu muhasabah semula.

Penutup

Dalam kepala saya jika seramai ini yang sukarela dalam gerakan Islam, maka sudah tentu ISLAM akan subur di SHAH ALAM. Semua yang hadir adalah sukarela kerana tahu akan amanah dan juga tanggungjawab dalam menggerakkan ISLAM. Sama-sama kita fikirkan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s