KELAS KEDUA ILHAM 9/8/08
Saya cuba menulis untuk berkongsi apa yang saya perolehi sewaktu pengajian ILHAM siri kedua. Apa yang saya tulis hanya point-point penting sahaja. Untuk kajian lanjut anda boleh mendapatkannya melalui kelas-kelas ataupun merujuk kepada ustaz. Saya juga memohon maaf kerana tidak dapat mendatangkan ayat-ayat al-Quran sekadar menyatakan surah dan ayat mana untuk kajian lanjut pembaca. Penulisan ini akan dibahagikan kepada 4 bahagian mengikut modul pengajaran ILHAM iaitu :
Bahasa Arab
Pengantar Pengajian Al-Quran
Politik Islam
Aqidah Islamiyyah
BAHASA ARAB (UST HUSNI)
Untuk sesi kedua ust mengulangkaji berkaitan kelas yang pertama. Mengikut bahasa arab sesuatu kalimat itu terdiri daripada tiga perkara:
1)ISIM (KATA NAMA)
2)FE’EL (PERBUATAN)
3)HARAF (KATA SENDI)
DI BAWAH TAJUK ISIM, PENERANGAN DIFOKUSKAN KEPADA KATA GANTI NAMA (DHAMIR). Pembaca boleh merujuk dalam gambar di bawah:
PENGANTAR PENGAJIAN AL-QURAN (UST SYED HISYAM)
Isi kandungan pengajian :
Penurunan Al-Quran
Hikmah penurunan al-Quran adalah rahmat untuk sekelian alam.
Cara Penurunan Al-Quran
1)Al-Quran diturunkan secara JUMLAHTANWAHIDAH (sekaligus) ke LUH MAHFUZ. Dalilnya surah al-Buruj ayat 21-22.
2)Al-Quran diturunkan secara JUMLAHTANWAHIDAH (sekaligus) dari LUH MAHFUZ ke BAITUL IZZAH (pada . Dalilnya surah ad-dukhan ayat 3, surah al-qadr ayat 1-5, surah al-baqarah ayat 185)
3) Al-Quran diturunkan secara MUNAJJAMAN (beransur-ansur) dari BAITUL IZZAH kepada NABI MUHAMMAD SAW selama 23 tahun. 13 tahun sebelum hijrah dan 10 tahun selepas hijrah. Dalilnya surah as-syuara’ : 193-195.
AsbabulNuzul (Sebab2 penurunan al-Quran)
Al-Quran dapat dibahagi dua:
1)tidak mengandungi asbabulnuzul, iaitu ayat atau surah yang turun secara terus dari Allah SWT tanpa perantaraan sebab.
2)mengandungi asbabul nuzul, iaitu surah atau ayat yang turun berdasarkan sebab2 kejadian sesuatu perkara.
Cara hendak mengetahui asbabulnuzul
Berdasarkan kepada riwayat sahih sahaja.
Ayat Makki dan Madani
Ayat makki ialah ayat@surah yang diturunkan sebelum peristiwa HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW. Ayat madani ialah ayat@surah yang diturunkan selepas peristiwa HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW sehingga BANGINDA WAFAT. Pembahagian surah tidak berdasarkan tempat tetapi berdasarkan masa HIJRAH.
Tugasan : Ambil satu masalah dlm negara kita, dapatkan penyelesaian mengikut cara islam. mesti mengandungi hadtih, al-quran, pandangan ulama’ dan lain-lain. Contoh masalah : sosial, rogol, curi dll.
POLITIK ISLAM (UST WAN ABDUL RAHMAN WAN ABDUL LATIF)
Kelas ditangguhkan atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan.
Tugasan : Bincangkan secara umum ciri2 penting membezakan politik Islam dengan politik sekular. Tidak lebih 10ms.
AQIDAH ISLAMIYYAH (UST RIDUAN ISMAIL)
Makna tauhid
Pecahan tauhid
1)Tauhid Rububiyyah
2)Tauhid Uluhiyyah
3)Tauhid Asma’ Wa Siffah
Hubungan tauhid dengan syahadah.
Tugasan :
Buat ulasan setakat mana syarienya(wajibnya) kita mempejuangkan PAS ini berpandukan kepada TAuhid Uluhiyyah.
KESIMPULAN SAYA UNTUK KULIAH PERTAMA
Kelas berjalan dengan baik. Cuma sesi soal jawab saya teragak-agak untuk contribute. Cuba mencari soalan-soalan yang KILLER untuk ditanyakan, namun tiada masa dan ruang. Namun apapun kelas kedua kali ini semakin rancak dan semakin panas khususnya kelas Aqidah Islamiyyah.
Wallahua’alam