Alhamdulillah malam ini saya mengambil sedikit masa untuk membelek-belek beberapa buku yang berada dalam simpanan Maktabah AMRA.
Suasana semasa banyak memperihalkan soal-soal politik yang begitu PANAS dan GEMPAR.
Di celah-celah itu, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri.
Sebagai ahli gerakan Islam, kita wajib meneliti tajuk ini supaya generasi yang benar-benar ampuh dan mantap jiwanya dapat dibina bagi menegakkan panji-panji Islam.
Saya pilih dua buku untuk diulas dan diperbincangkan di sini.
Buku pertama bertajuk ‘Taubat Untuk Allah’ karangan Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi yang ditejemahkan oleh Ustaz Mohammad Zaini bin Yahya.
Buku ini mengandungi 7 bab keseluruhannya.
Bab 1 : Kewajipan dan keperluan bertaubat
Bab 2 : Ciri-ciri asas taubat
Bab 3 : Kesempurnaan taubat serta hukum-hukum berkaitan dengannya
Bab 4 : Dosa yang dituntut bertaubat serta pembahagiannya
Bab 5 : Faedah bertaubat
Bab 6: Penghalang-penghalang taubat
Bab 7 : Pendorong-pendorong taubat
Buku kedua ialah Penyakit Rohani dan Penyembuhannya karangan Ibnu Qayyim al-Jauziyah.
Buku ini dibahagikan kepada beberapa fasal. Saya akan memfokuskan kepada beberapa fasal yang bersangkutan tajuk di atas.
Fasal : Perbuatan derhaka itu boleh menyebabkan lenyap seseorang dari muka bumi dan menyebabkan tergelincirnya seseorang m/s 96
Fasal : Perbuatan dosa boleh memadamkan semangat hidup m/s 200
Fasal : Perbuatan derhaka akan melemahkan hati m/s 220
Fasal : Perbuatan derhaka boleh memutusakan perhubungan di antara hamba dan Allah SWT m/s 248
Fasal : Akibat perbuatan derhaka boleh menyebabkan hidup ini susah dan sempit m/s 368.
Pada bahagian pertama tajuk ini, saya akan membawa anda kepada subtopik terakhir di bawah Bab 7 buku pertama iaitu yang bertajuk Kesan dan pengaruh maksiat m/s 454.
Maksiat mempunyai kesan-kesan yang buruk lagi keji serta memudaratkan hati dan badan di dunia dan di akhirat. Tiada siapa yang mengetahui sejauh mana kesannya melainkan Allah SWT.
Antaranya :
1.Terhalang dari ilmu.
2.Terhalang dari rezeki
3.Merasa jauh dari Allah.
4.Merasa terpinggir dari manusia
5.Urusan Menjadi Sulit
6.Kegelapan hati
7.terhalang dari ketaatan
8.memendekkan umur
9.mengheret kepada kemungkaran lain
10.melemahkan rangsangan ketaatan
11.merasa bangga dengan maksiat
12.mendapat kehinaan dari Allah
13.menanggap kecil maksiat kepada Allah Swt
14.kesan buruk maksiat terhadap semua makhluk bernyawa
15.Menyebabkan kehinaan
16.Melemahkan akal
17.Menyebabkan hatinya tertutup.
18.Mengundang laknat
19.Terhalang dari dosa nabi dan malaikat
20.Melemahkan perjalanan hati kepada Allah
21.Menghilangkan nikmat
22.Mengabaikan diri sendiri
23.Merasakan kehidupan seolah-olah menjadi sempit
Saya hanya mendatangkan point-point penting sahaja di sini tanpa membawa perbahasan yang lanjut.
Berdasarkan 23 kesan di atas, marilah kita sama-sama bermuhasabah.
Adakah ia telah atau sedang berlaku dalam diri kita?
Anda semestinya tahu situasi diri anda sekarang.
Secara keseluruhannya buku Taubat untuk Allah ini mengandungi Dalil- dalil Naqli yang cukup banyak.
Didatangkan selepas sesuatu perbicaraan.
Insyaallah akan bersambung kepada Kesan dan Pengaruh Maksiat Bahagian II dengan huraian dan rujukan yang lebih banyak berdasarkan dua buku ini untuk santapan rohani diri saya sendiri dan pembaca budiman semua.
Wallahua’lam.
Hamba Yang Fakir
Amin Al-Kalantani
Baitul Amra Shah Alam
11.29pm
https://amin1982.wordpress.com
Rujukan :
-
Taubat untuk Allah karangan Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi
-
Penyakit Rohani dan Penyembuhannya karangan Ibnu Qayyim al-Jauziyah