Islam semakin subur di Jerman

 
Ramai wanita Jerman peluk Islam
11 April 2008
BERLIN, 11 April – Walaupun Islam seringkali dipersenda dan umatnya pula dilabelkan sebagai pengganas oleh pelbagai pihak terutama Barat, namun cahaya kebenaran tidak pernah pudar, contohnya dengan penemuan sebuah penyelidikan yang menyatakan bilangan umat Islam di Jerman semakin bertambah.

Menurut laporan Lembaga Statistik Bagi Umat Islam di Jerman, jumlah orang yang memeluk agama Islam di negara itu bertambah dari tahun ke tahun.

Pada tahun 2006, jumlah mereka yang ‘mengisytiharkan’ diri memeluk Islam sekitar 4,000 orang, berbanding pada tahun 2005, hanya kira-kira 1,000 orang.

Buat masa ini, lembaga tersebut sedang menjalankan penyelidikan bagi mengemaskini data pengislaman bagi tahun 2007 dan awal 2008.

Menurut pengarah lembaga tersebut, Salim Abdullah, terdapat sekurang-kurangnya 18,000 warga Jerman yang sudah memeluk agama Islam.

Menerusi penyelidikan di bandar kecil, Sost, terdapat 1,240 orang Muslim yang berketurunan ‘penduduk asal Jerman` daripada keseluruhan 732,000 orang Muslim daripada pelbagai latar belakang di negara itu.

“Kebanyakan `saudara baru` itu adalah kaum wanita yang mengaku bahawa mereka amat yakin akan kebenaran agama suci ini.

“Ini bukan perkara yang aneh kerana mereka juga golongan terpelajar yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dari pelbagai institusi pendidikan.

“Mereka tidak terpedaya dengan dakyah pihak-pihak yang memusuhi Islam kerana cahaya kebenaran telah menyinari jiwa mereka ” kata Salim.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s