Negara Islam, Orang Bukan Islam perlu penjelasan!

Entry saya sebelum ini Negara Islam, kenapa orang takut?, nampaknya sedikit sebanyak mendapat feedback yang baik daripada pembaca blogger. Saya berterima kasih atas segala pandangan yang diberikan.

Hari ini saya membaca berita bertajuk DAP: Apa lagi selain negara Islam? di Malaysiakini. Saya tidak berapa pasti adakah penulis berita ini menulis sebagaimana yang dicakapkan. Saya anggap berita ini benar dan perlu dibahaskan secara lanjut.

Isu negara ISLAM bukannya muncul hari ini, sebenarnya ia muncul sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Penentangan berterusan terhadap kewujudannya adalah kerana ramai di kalangan bukan Islam dan orang Islam sendiri tidak didedahkan secara terbuka.

Penerangan terbuka berkaitan negara ISLAM mesti dibuat kepada umat Islam dan orang bukan ISLAM. Orang ISLAM sepatutnya menghadam permasalahan ini kerana pewujudan ISLAM bukan hanya untuk individu, tetapi ISLAM sesuai untuk semua peringkat dari individu sampai ke seluruh alam.

Bukan ISLAM mesti didekati dan diberi penjelasan sejelas-jelasnya berkaitan isu ini.

Lihat Berita di Malaysiakini :

DAP: Apa lagi selain negara Islam?
Apr 9, 08 4:43pm
Apa lagi isu yang lebih besar daripada hasrat PAS untuk menubuhkan negara Islam di Malaysia? – pengerusi DAP Karpal Singh menjawab  gesaan agar beliau “menutup mulut” daripada mengulas isu tersebut.ronnie liu dap ceramah klang 020308 sentinelMenteri besar Kedah, Azizan Abdul Razak, hari ini dilaporkan berkata  “saya harap dia (Karpal) jangan bercakap lagi mengenai hal ini jika dia belum benar-benar faham apa itu hukum hudud.”

Menjawab tempelakan itu, Karpal berkata negara Islam menjadi isu
awam yang paling penting kerana Malaysia kini sebuah negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi dan jaminan perlembagaan semua agama boleh diamalkan secara aman dan harmoni.

“Isu ini tidak boleh, dan tidak wajar, disapu bawah permaidani,” katanya, dalam satu kenyataan hari ini.

“Jika usaha PAS menukar Malaysia menjadi negara Islam menjadi kenyataan, ia bermakna undang-undang hudud akan dikenakan terhadap bukan Islam.”

Kenyataan Karpal ini, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, siri terbaru dalam perang mulut antara DAP dengan PAS susulan cadangan penubuhan Pakatan Rakyat pada 1 April.

Azizan menggesanya tidak meneruskan isu itu selepas Karpal menjawab kenyataan menteri besar Kelantan, yang juga mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Aziz pada Ahad.

klang campaign 030308 indian man with pas flagBerikut rentetan ‘perang mulut’ dua parti pembangkang itu:

1 April: Tiga pemimpin utama pembangkang mengumumkan cadangan penubuhan Pakatan Rakyat. Pengumuman itu disertai penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang.

2 April: Timbalan menteri besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakub dilaporkan berkata “PAS wajar menjadi tunjang kepada pakatan itu sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah Negara Islam.”

3 April: Kenyataan ini disokong Pemuda PAS Kelantan.

4 April: Merujuk kenyataan Ahmad dan setiausaha presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir, Kit Siang berkata PAS belum mengambil iktibar krisis dalam Barisan Alternatif sehingga mendorong DAP meninggalkan pakatan tersebut pada 2001

5 April: Pengerusi DAP Karpal Singh menggesa Abdul Hadi bertanggungjawab atas kenyataan Ahmad.

Karpal dilaporkan berkata: “Bagaimana mungkin PAS menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat jika kerusi parlimen yang dimenangi mereka adalah yang paling sedikit jumlahnya berbanding DAP dan PKR.”

6 April: Menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendakwa Karpal memperkecil-kecilkan usaha PAS mempromosikan pentadbiran Islam di negeri itu.

Kenyataan Ahmad, setakat ini, menerima dukungan Pemuda PAS, sekurang-kurangnya di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

karpal singh parliament 1506047 April: Karpal menafikan tuduhan Nik Abdul Aziz. Karpal berkata: “Saya tidak pernah, pada bila-bila masa pun, memperkecil-kecilkan Islam.

“Kami tidak berbalah dengan PAS melainkan berhubung ideologi asas parti itu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam dan memperkenalkan undang-undang hudud.”

Ahmad – yang dilaporkan memulakan kenyataan kontroversi itu minggu lalu – berkata beliau tidak bermaksud memaksa DAP dan PKR menerima PAS sebagai teras utama Pakatan dan menyalahkan media atas kekeliruan yang berlarutan.

Datuk Husam Musa, naib presiden PAS dan exco Kelantan, memberi jaminan negara Islam hanya menjadi idealisme parti itu dan tidak terdapat dalam agenda Pakatan Rakyat.

8 April: Pemuda PAS Kedah meminta Karpal tidak membesar-besarkan isu tersebut, sementara menteri besarnya Azizan Abdul Razak menggesa pengerusi DAP tidak bercakap sesuatu isu yang tidak difahaminya, termasuk isu hudud.

10 thoughts on “Negara Islam, Orang Bukan Islam perlu penjelasan!

  1. Minta karpal dan orang-orang DAPmendalami Islam sedalam-dalam yang mungkin. Karpal tolonglah janganlah jadi bodoh, kan you are the educated man. Before you critic you try learn about Al Quranand you can think. Why you very fearand stupid, sekiranya you tempat yang betul ia takan menjadi ketakutan. wahai… DAP in Islam also have the democratic but not all. Islam takan menganggu mana-mana agama untuk terus beribadat, bahkan dalam perang pun Islam dilarang merobohkan mana rumah ibadat samaada kalah atau menang. Mungkin kerana nafsu, hasutan perasaan benci terhadap Islam dan cemburu dengan kehebatan Islam yang telah terbukti menyebabkan DAP busuk hati terhadap PAS, dengan alasan keselamatan.

  2. Saya rasa kama tak patut tudoh EnKarpal bagitu. Mungkin pada dasarnya Islam yang u gambarkan itu betul. tapi apa yang diamalkan adalah jauh berbeza. Itu lah punca wujudnya orang macm Wilder. Setahu saya masa islam berkuasa di India banyak kuil- kuil di hancorkan dan dibena masjid di atas nya. Ini satu perkara yang dilarang di bawa bicara oelh kerajaan India sebab takut ‘mengorek luka lama’.
    Kes-kes rampas mayat yang berlaku di Malaysia dalam zaman ini juga telah memberi gambaran negatif. Kalau seseorang bukan Islam itu memeluk agama islam tak ada ‘perang’ dari bukan islam sekianya perkara itu di akukan mengikut lunas- lunas undang- undang dan dibicara dan di beri keputusan adil . Semua akan beres. Kenapa perlu ada samseng ‘merampas’ mayat dari kaum kelaurga yang belum pasti akan proses menukar agama.
    Siapa yang lantang sampai nak bunuh kalau seseorang itu tukar agama? Orang Islam atau bukan Islam? Mengapa orang islam yang lainnay tak betulkan keaadan bila perkara bagitu terang-terang berlaku?
    Jadi pokok pangkalnya orang Islam mesti berlaku sedemikian supaya orang bukan islam yakin di perlakukan adil.
    Tak guna bericara katakan yang si anu buat itu bkan Islam betul tetapi tidak batah secara terang dan ambil tindakan wajar.
    siapa yang rosakan imej islam dan orang islam? Fikirkan sendiri…

    MACH : MEMAHAMI ISLAM MESTI DARI SUMBER YANG ASLI AL-QURAN DAN AS-SUNNAH. HARI INI RAMAI YANG MENGAKU ISLAM TETAPI TIDAK BERIMAN!

  3. Hei, faham sikit! Negara ini bukan hanya kepunyaan orang Islam, Malayu atau Pas faham! Orang islam yang liberal dan bertamaddun sendiri tak nak negara Islam! Tah-tah nanti jadi macam Iran dan Arab Saudi yang berfikiran mundur tu! Kenapa tak habis-habis perjuangkan isu ini sedangkan isu yang lebih penting seperti kekejaman pemimpin-pemimpin Islam sendiri tak pula hang nak lawan! Baiklah hang perjuangkan isu-isu yang lebih penting seperti kemusnahan ISA, penindasan dan kekejaman terhadap kaum wanita, yang tukar agama dan bukan Islam terutamanya bawah “undang-undang” Sharia, pembunuhan terhadap rakyat Islam dan bukan islam yang tak berdosa, dan macam-macam lagi, semuanya oleh orang-orang islam sendiri!
    ORANG ISLAM BERFIKIRAN FUNDAMENTALIST DAN FANATIK MACAM INILAH YANG MENJATUHKAN ISLAM! DAN JGN NAK PERSALAHKAN ORANG BUKAN ISLAM! SEDARLAH SIKIT KENAPA ORANG ISLAM LIBERAL YANG BERTAMADDUN DAN BUKAN ISLAM DAH MUAK DENGAN FIKIRAN ORANG ISLAM YANG BAHLUL MACAM NI! LIHATLAH SEKALI LAGI SIAPA YANG KEJAM KALAU BUKAN PEMIMPIN ISLAM SENDIRI, TERUTAMANYA DARI UMNO; LETAK ORANG DALAM PENJARA TANPA BICARA BAWAH ISA, GILAKAN KORUPSI, GILAKAN BERBINI SAMPAI 2/3 SEDANGKAN SATU TAK TERJAGA, KEGANASAN & PENINDASAN TERHADAP KAUM WANITA DALAM ISLAM, SIFAT TALAM DUA MUKA YANG AMAT KEJI SEPERTI PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM DI TIMUR TENGAH DAN MALAYSIA SENDIRI YANG MENYEMBAH KERAJAAN KAPITALISMA AMERIKA DAN BRITAIN -KERANA KETAMAKAN, DAN MACAM-MACAM LAGILAH! JADI, HANG SEMUA JGN NAK MENYALAHKAN BUKAN ISLAM, CERMIN DIRI SENDIRI, TAK TAHU MALU PUNYA MANUSIA! DAN PAS, KALAU KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT LAGI BAGUS; TAK BOLEH PERCAYA – MACAM ULAR BERBISA DENGAN LIDAH BERCABANG!!!!!!!!!!

    NOOR AZA OTHMAN.

    MACH : TERIMA KASIH ATAS PANDANGAN SAUDARA. SAYA HARAP INI MERUPAKAN PANDANGAN IKHLAS BUKAN BERBENTUK PROVOKASI. INILAH PANDANGAN KEBANYAKKAN UMAT ISLAM KHUSUSNYA KAUM MELAYU KITA DI MALAYSIA. SAYA TELAH MENJAWABNYA SERBA SEDIKIT DALAM KOMEN TAJUK “NEGARA ISLAM,KENAPA ORANG TAKUT?”

  4. sebab itu dalam AL-Quran ada disebut” masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan”…berbeza dgn org islam hari ini..ambil itu tinggal yang ini…ikut suka hawa nafsu dia ja…..apa2 pun kut islam…nak makan…nak tgk tv..nak dgr muzik..nak pakai internet..nak interaksi dgn org bukan islam….fikir2 unutk kemaslahatan manfaat…kemafasadatan dan darurat…MARI SAMA2 kita tingkatkan diri kita………

  5. La cuba kita fikir balik keadaan org islam yg majoritinya melayu.Kenapa hari ini islam dihina sebabnya tengoklah macamana org bukan islam nak ikut.Kita ambil contoh selepas kewafatan Nabi S.A.W tertubuhnya kerajaan Islam Turki Uthmaniah dimana kerajaan tersebut menakluki dunia 2/3 dunia.Adakah kerajaan islam menceroboh negara lain utk menaklukinya?Jawapannya tidak tetapi daripada kehebatan kerajaannya dimana pada masa itu tiada seorang org miskin.tiada lagi masalah sosial bahkan pada masa itu salah seorang pemimpinya sultan yusuf baru berusia 12 thn!Nah ini baru hebat negara Islam.Tapi hari ni kita org islam di Malaysia,majoriti org miskin org melayu.Kalau tak percaya tengokla bersamamu,bangsa ape paling ramai keluar tv.Dari segi ekonomi bangsa ape yang pegang?dari segi pendidikan bangsa lain kalau tak dapat masuk IPTA mereka IPTS walaupun IPTS kosnya tinggi mereka berusaha mendapatkanya tetapi sebaliknya bangsa melayu.Sebenarnya org melayu dah kebelakang sedikit dari bangsa lain dari segi ekonomi dan pendidikan.Cuma politiknya yang kuat.Sebab tulah org Islam di Malaysia boleh dihina,dicaci bukan di Malaysia bahkan Dunia.Cadangan saya buatlah satu topic yang menarik pembaca bukan sahaja kisah nabi Muhammad tetapi kisah2 Kerajaan Islam selepas Khalifah ar-rasyidin spt Umayyah,Habasiah dan byk lagi supaya mereka terutama org Islam ambil pelajaran utk meningkatkan bukan sahaja dari segi politik bahkan dari segi ekonomi dan pendidikan(e.g.Ibnu sina-salah satu kehebatanya ialah pembedahan tanpa mengunakan bius)Seperti Firman Allah S.W. T dalam surah Yusuf(12):ayat 111- Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.Sekian

    MACH : MARI BERSAMA MUHASABAH DIRI. KADANG-KADANG RAMAI UMAT ISLAM YANG TIDAK SEDARKAN DIRI. MENGAKU ISLAM, TETAPI ACUAN DAN CARA HIDUP MERUJUK KEPADA ORANG BUKAN ISLAM. TERIMA KASIH ATAS KOMENTAR ANDA!

  6. Saudari Noor Aza, adakah pemimpin Islam yang anda sebutkan itu betul2 mengamalkan Islam? boleh bagi hadis atau quran yg kata boleh berlaku zalim? siapa yg bagi peluang kepada kaum wanita bersuara kalau bukan pemerintahan Islam? Sayidina Umar, pemerintah yang tegas, dgn rendah hati menerima kesilapan beliau setelah ditegur oleh org perempuan. saya rasa masa itu orang perempuan barat masih dianggap rakyat kelas ke-2 . betulkan saya jika salah.

  7. kenyataan Karpal yg menyatakan hudud akan turut dilaksanakan ke atas bukan Islam amat menjelikkan.. di mana kesarjanaan kamu? hudud hanya untuk org Islam sahaja. org bukan islam akan dibicarakan melalui civil law.

  8. Ada yang buta.
    Ada yang rabun.
    Yang nak menunjuk jalan pun masih kabur.
    Susahlah.

    MACH : TERIMA KASIH SAUDARA KNB KERANA SUDI MENJENGUK WEBLOG SAYA. BETUL YANG ADA KATAKAN. CUMA SEGOLONGAN LAGI ADA YANG DIBUTAKAN, ADA YANG MEMBUTA, ADA YANG MENYIMPANG ADA YANG TAK NAK…DLL YANG SEWAKTU DENGANYA. JOM PAKAT SEDARKAN YANG MASIH MEMBUTA!

  9. In my opinion, the pro-Islamic state should provide a long list of FAQs about the Islamic state. Some examples:
    – Will the places of worship for non-Muslims be bulldozed?
    – Will pig farming be totally banned?

    On the other hand, the pro-Islamic state could also come out with a list of questions to these people who do not like Islamic state, since the burden of asking questions should not be on just one side. Some examples:
    – If non-Muslims are not under jurisdiction of Syariah law, why the Muslims have to be under the British Common Law? Isn’t it a kind of discrimination?
    – Can you differentiate between UMNO and PAS?
    – Which country that you normally refer to when somebody mentions about ‘Islamic state’?
    – Can you live without pork, liquor and gambling sites? If so, why?

    A good example of misconception can be found at the following URL:
    http://the-authenthic.blogspot.com/2008/01/haha-mencuri-tangan-kena-gelek-dengan.html

    Wonder why the non-Muslims fell for the propaganda. Iranians have fairer skin.

    MACH : THANK WITH YOUR OPINION. GOOD OPINION. WE MUST BUILD UP ONE ISLAMIC STATE SIBER IN INTERNET TO ANSWER ALL MISUNDERSTANDING ISSUE ABOUT ISLAMIC STATE. HOPEFULLY!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s